Anfaal Saari

Anfaal Saari Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Selangor | ADN N15 Taman Templer

07/09/2026

Ada satu kisah hari ini yang buat saya tersenyum. ❤️

Alysha Aryana, baru 12 tahun, turun buat kali pertama di Para SUKMA dengan hanya seminggu latihan. Namun berjaya membawa p**ang emas 100m gaya bebas S14, malah memecahkan rekod kebangsaan milik sendiri.

Yang paling menyentuh saya, Alysha tidak berenang untuk menang. Dia cuma menikmati setiap renangan.

Tahniah Alysha. Terus percaya pada diri sendiri. Selangor bangga denganmu.

Pada pilihan raya yang lalu, hanya 13.4% Ahli Parlimen kita terdiri daripada wanita. Di peringkat Dewan Undangan Negeri ...
07/09/2026

Pada pilihan raya yang lalu, hanya 13.4% Ahli Parlimen kita terdiri daripada wanita. Di peringkat Dewan Undangan Negeri p**a, perwakilan wanita masih lebih rendah. Jelas bahawa kita masih jauh daripada sasaran sekurang-kurangnya 30% perwakilan wanita dalam politik.

Bagi saya, kehadiran lebih ramai wanita dalam politik bukan sekadar soal angka. Ia penting untuk mencabar stereotaip gender dan norma masyarakat yang selama ini membataskan peranan wanita kepada tanggungjawab domestik. Lebih ramai wanita di meja membuat keputusan bermakna lebih banyak perspektif dan pengalaman wanita turut diambil kira.

Namun, kita juga perlu melihat mengapa masih ramai wanita tidak memilih untuk terlibat dalam politik. Ada faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi, daripada keyakinan diri dan sokongan keluarga hinggalah kepada budaya serta persekitaran politik. Sebab itu, usaha memperkukuh penyertaan wanita bukan tanggungjawab wanita sahaja dan lelaki juga perlu perlu menjadi allies dalam mewujudkan ruang politik yang lebih selamat, inklusif dan adil.

Poster tak siap sebab team media saya tengah bercuti 😂Tapi berita baik tak boleh tunggu!Baucar Kita Selangor RM600 masih...
05/09/2026

Poster tak siap sebab team media saya tengah bercuti 😂
Tapi berita baik tak boleh tunggu!

Baucar Kita Selangor RM600 masih dibuka untuk permohonan.
RM600 agihan secara berfasa hingga Disember 2026.

Yang layak, jangan lupa mohon ya.

📲 Nak tahu layak atau tidak? Jom semak sekarang:
https://baucarkitaselangor.com/

Sebelum menjadi wakil rakyat, saya pernah berkhidmat sebagai pembantu politik dan seterusnya sebagai Ahli Majlis. Pada t...
04/09/2026

Sebelum menjadi wakil rakyat, saya pernah berkhidmat sebagai pembantu politik dan seterusnya sebagai Ahli Majlis.

Pada tahun 2023, saya bertanding buat kali pertama di kerusi DUN Taman Templer dan hari ini, saya diberi amanah sebagai EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, serta Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor.

Dalam podcast ini, kami bukan sahaja berbicara tentang politik, tetapi turut menyentuh perjalanan peribadi dan pengalaman yang membentuk diri saya sehingga ke hari ini. Apabila melihat kembali perjalanan yang telah dilalui, saya sedar setiap fasa sebenarnya saling berkait dan membawa saya ke tahap ini.

Apa yang menarik, perbincangan ilmiah ini atas usaha mahasiswa dan mahasiswa pelajar Sains Politik di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM).

Nantikan episod podcast bersama POSSA Pedia, by POSSA! 🎙️✨ possaofficial

Tahun lepas, kilang ini masih kosong. Hari ini, ia telah diberi nafas baharu sebagai kilang pemprosesan pati herba yang ...
03/09/2026

Tahun lepas, kilang ini masih kosong.

Hari ini, ia telah diberi nafas baharu sebagai kilang pemprosesan pati herba yang turut membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk berkembang dalam bidang keusahawanan.

Minyak Pati Seri Cindai, hasil inovasi MARDICorp, membuka potensi baharu dalam industri ini. Saya perasan ramau usahawan wanita terlibat dalam bidang minyak pati, tapi masih menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bersama Wanita Berdaya Selangor (WBS) ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang untuk wanita membina, mengembangkan dan membawa perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Semoga lebih ramai wanita berani mencuba dan melihat industri ini sebagai peluang untuk berkembang.

Ramai sebenarnya usahawan wanita ada produk yang bagus. Sekarang, kita mahu bantu produk itu pergi lebih jauh. Melalui k...
02/09/2026

Ramai sebenarnya usahawan wanita ada produk yang bagus. Sekarang, kita mahu bantu produk itu pergi lebih jauh.

Melalui kerjasama WBS dan MARDI Corp, usahawan wanita akan dibantu dari segi R&D dan formulasi produk berasaskan minyak pati, inovasi serta penambahbaikan produk dan akses kepada pemasaran serta pasaran yang lebih luas.

Saya harap kerjasama ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang bukan sekadar berniaga tetapi mampu mengembangkan perniagaan dengan lebih kukuh.

Seronok dapat meluangkan masa bersama lebih 200 waris generasi kedua dan ketiga penduduk asal Kawasan 6 dan 8 Selayang B...
01/09/2026

Seronok dapat meluangkan masa bersama lebih 200 waris generasi kedua dan ketiga penduduk asal Kawasan 6 dan 8 Selayang Baru Barat dalam Majlis Hi Tea Reunion Pewaris Komuniti.

Paling menyentuh hati apabila generasi terawal yang masih bersama kita turut diraikan dan diberi penghormatan. Mereka adalah sebahagian daripada sejarah hidup komuniti ini, yang mula membina kehidupan di Selayang Baru sejak 1969.

Bagi saya, majlis seperti ini bukan sekadar reunion tetapi bagi mengenang sejarah, menghargai generasi terdahulu serta memastikan hubungan silaturahim terus kekal walaupun generasi silih berganti🌍

01/09/2026

Kalau anak-anak belajar tentang dunia, biarlah mereka belajar dengan hati.

Menerusi Kids Walk For Humanity sempena Selangor Children Literature Festival (SCLF) 2026 dan Hari Kebangsaan, anak-anak diajak berjalan, bermain dan menyelesaikan cabaran di setiap checkpoint, sambil mengenali kisah kanak-kanak Palestin.

Kita bukan hanya mahu anak-anak membesar dengan ilmu, tapi juga dengan hati yang tahu untuk peduli.

Address

No. 3, Jalan Besar, Taman Selayang Segar
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anfaal Saari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Anfaal Saari:

Shortcuts

Share