Pusat Koreksional Batu Gajah

Pusat Koreksional Batu Gajah KINTA PRISON 1902

KEBERANGKATAN MENCEMAR DULI, DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN SEMPENA LAWATAN KERJA KE PUSAT KOR...
25/07/2026

KEBERANGKATAN MENCEMAR DULI, DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN SEMPENA LAWATAN KERJA KE PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH

Merafak Sembah dan Menjunjung Kasih

BATU GAJAH, 23 JULAI — Seluruh warga pengurusan dan warga kerja menjunjung kasih setinggi-tingginya ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan atas limpah perkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Lawatan Kerja ke institusi penjara di Batu Gajah pada hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 10.00 pagi telah disambut penuh takzim. Turut hadir mengiringi keberangkatan baginda ialah isteri YAB Menteri Besar Perak, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Dato' Salbiah binti Mohamed; Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd. Annuar bin Zaini; Orang Besar Jajahan Kinta, YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato' Ab Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan; serta Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, YBhg. Datin Sri Hajah Rosnani binti Mohamed.

Majlis dimulakan di Wisma Pegawai Penjara dengan sembah ucapan alu-aluan oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional), YBrs. KP Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din. Acara kemudiannya diteruskan dengan sembah taklimat berhubung pengoperasian yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Perak, YDH. TKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi.

Selepas itu, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan berkenan mencemar duli berangkat ke Pusat Pemulihan Akhlak (Wanita) Batu Gajah. Sejurus keberangkatan tiba baginda di pusat tersebut, majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak dan disusuli dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Semasa lawatan kerja ini, baginda telah berkenan menyaksikan persembahan Daie yang dijayakan oleh para pelajar Akademi Az-Zahrah.

Baginda seterusnya berkenan meluangkan masa melawat kemudahan yang disediakan di Akademi Az-zahrah dan bengkel pastri, serta menyantuni para penghuni di Cafe D'Wanita73, sebelum berangkat meninggalkan majlis pada jam 11.30 pagi.

Sesungguhnya, keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan ini amatlah bermakna dan menyuntik semangat buat seluruh warga kerja serta penghuni ke arah pemerkasaan program pemulihan insan.

Daulat Tuanku.

*SEMARAK MUHARAM, ERATKAN SILATURAHIM: MAJLIS GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH*...
14/07/2026

*SEMARAK MUHARAM, ERATKAN SILATURAHIM: MAJLIS GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH*

*Batu Gajah, Perak 14 Julai 2026* – Pusat Koreksional Batu Gajah telah menganjurkan Majlis Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura Peringkat Pusat Koreksional Batu Gajah sebagai salah satu pengisian sempena bulan Muharam bagi menyemarakkan semangat perpaduan, kerjasama serta menghayati amalan bersedekah dalam kalangan warga kerja.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PKP S. Tanabal A/L Socklingam, yang turut meluangkan masa menyantuni warga kerja serta bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti penyediaan bubur Asyura.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan muhibah ini berjaya menghimpunkan pegawai serta kakitangan daripada pelbagai bahagian untuk berganding bahu menyediakan bubur Asyura secara bergotong-royong. Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga institusi, malah turut memupuk nilai kebersamaan, kerjasama dan semangat kekitaan yang menjadi teras kepada budaya kerja cemerlang.

Sejurus selesai dimasak, bubur Asyura telah diagihkan kepada seluruh warga Pusat Koreksional Batu Gajah sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka. Selain itu, agihan turut disampaikan kepada beberapa agensi kerajaan setempat sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta memupuk semangat kebersamaan antara jabatan dan agensi kerajaan di sekitar Batu Gajah.

Penganjuran Majlis Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura ini mencerminkan komitmen Pusat Koreksional Batu Gajah dalam memperkukuh nilai-nilai murni, mempererat ukhuwah sesama warga kerja serta menyemai budaya saling berkongsi dan prihatin sejajar dengan aspirasi Jabatan Penjara Malaysia ke arah melahirkan organisasi yang cemerlang, berintegriti dan berjiwa masyarakat.

BUDAYA GAYA HIDUP SIHAT TERUS MEKAR DI PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAHBATU GAJAH, 10 JULAI 2026 – Pusat Koreksional Batu Ga...
10/07/2026

BUDAYA GAYA HIDUP SIHAT TERUS MEKAR DI PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH

BATU GAJAH, 10 JULAI 2026 – Pusat Koreksional Batu Gajah sentiasa komited dalam membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warganya. Membuktikan iltizam tersebut, Unit Latihan Institusi telah berjaya menganjurkan Program Brisswalk di Silverlake yang dipenuhi dengan peluh kecergasan dan senyuman kemesraan.

Berlangsung di persekitaran yang mendamaikan di Silverlake, program riadah ini telah bermula tepat pada jam 5.00 petang dan melabuhkan tirainya dengan jayanya pada jam 7.00 petang.

Sokongan Penuh Pucuk Pimpinan

Lebih manis dan bermakna lagi, program riadah petang ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah yang sudi turun padang meluangkan masa berharga beliau bersama-sama 35 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai pangkat. Keterlibatan pucuk pimpinan ini bukan sahaja memeriahkan suasana, malah menjadi suntikan semangat yang luar biasa, sekaligus merapatkan lagi ukhuwah kekeluargaan dalam kalangan warga kerja Pusat Koreksional Batu Gajah.

Kesihatan Dijiwai, Tugas Cemerlang

Inisiatif santai namun sarat dengan manfaat ini adalah manifestasi keprihatinan jabatan terhadap kesejahteraan fizikal dan mental kakitangan. Membudayakan gaya hidup sihat bukan sekadar untuk menjaga bentuk fizikal semata-mata, tetapi ia adalah resipi kebahagiaan untuk melahirkan minda yang cerdas dan jiwa yang tenang.

Kerja yang cemerlang bermula dari tubuh yang sihat. Apabila warga kerja kekal aktif dan cergas, segala amanah dan tanggungjawab pastinya dapat digalas dengan penuh senyuman dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi.

Semoga ukhuwah yang terjalin erat di tepian Silverlake ini terus mekar, dan semangat untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini menjadi nadi penggerak kecemerlangan berterusan buat seluruh warga Pusat Koreksional Batu Gajah!

Kekal Cergas, Kekal Ceria, Kekal Berbakti. 💚






MAJLIS PENYERAHAN BENDERA PASUKAN PERMAINAN TRADISIONAL PENJARA NEGERI PERAK 2026BATU GAJAH, 8 Julai 2026 – Pusat Koreks...
09/07/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA PASUKAN PERMAINAN TRADISIONAL PENJARA NEGERI PERAK 2026

BATU GAJAH, 8 Julai 2026 – Pusat Koreksional Batu Gajah telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera kepada Pasukan Permainan Tradisional Penjara Negeri Perak 2026 yang bertempat di Wisma Pusat Koreksional Batu Gajah (PKBG).

Majlis perasmian dan simbolik penyerahan bendera kontinjen ini telah disempurnakan oleh Yang Dihormati PKP S.Tanabal A/L Socklngam. Pada majlis tersebut, beliau turut menyempurnakan sesi penyampaian amanat rasmi bagi menyuntik semangat juang dan motivasi kepada barisan atlet yang akan membawa nama negeri.

Untuk makluman, pasukan ini akan menggalas cabaran mewakili kontinjen negeri ke Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri 2026 bagi acara Permainan Tradisional. Kejohanan peringkat kebangsaan ini dijadualkan berlangsung dari 10 Julai 2026 hingga 12 Julai 2026, bertempat di Pusat Koreksional Machang, Kelantan.

Pihak pengurusan tertinggi serta seluruh warga kerja Penjara Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan dan wakil-wakil institusi yang hadir memberikan sokongan moral. Kepada barisan atlet, selamat berjuang diucapkan kepada seluruh kontinjen Penjara Negeri Perak! Kami mendoakan agar pasukan kita mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, mengekalkan disiplin yang jitu, dan beroleh kejayaan yang cemerlang di Kelantan kelak. Teruskan fokus dan bawalah pulang kebanggaan buat negeri kita!





26/06/2026
PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBOR): PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH LAKAR SEJARAH MELALUI PENGANJURAN KURSUS ASA...
24/06/2026

PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBOR): PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH LAKAR SEJARAH MELALUI PENGANJURAN KURSUS ASAS SOKONGAN HAYAT (BLS) DAN AED KEPADA 42 PROSPEK

BATU GAJAH, 24 JUN 2026 – Pusat Koreksional Batu Gajah telah melakar satu lagi kejayaan dalam usaha memperkasakan program pemulihan prospek melalui penganjuran Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Sokongan Hayat (Basic Life Support - BLS) beserta Automated External Defibrillator (AED) Bersijil kepada prospek yang telah berlangsung di Wisma Pegawai Penjara, Pusat Koreksional Batu Gajah, Perak pada petang ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Dihormati Timbalan Komisioner Penjara Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Perak. Turut hadir ialah Dr. Muhammad Najib bin Adnan, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak; Dr. Jayakumaran a/l Jayabalan, Pengarah Hospital Batu Gajah; Dr. Tirumal a/l Subramaniam, Pakar Kecemasan dan Trauma Hospital Batu Gajah; Penolong Komisioner Penjara S. Tanabal a/l Socklingam, Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah selaku Pengerusi Kursus; pegawai-pegawai Malaysia Book of Records (MBOR), tenaga pengajar Hospital Batu Gajah serta wakil-wakil media.

Seramai 42 orang prospek telah berjaya menamatkan kursus berkenaan yang dilaksanakan hasil kerjasama strategik antara Pusat Koreksional Batu Gajah dan Hospital Batu Gajah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta latihan berkaitan kemahiran asas menyelamatkan nyawa, termasuk resusitasi kardiopulmonari (CPR), bantuan pernafasan serta penggunaan alat Automated External Defibrillator (AED). Sesi kursus telah bermula pada jam 8:00 pagi bagi sesi pengenalan kepada asas bantuan hayat termasuk ujian teori dan pada jam 2:00 petang bagi peperiksaan fizikal dan amali.

Dalam ucapan perasmian, Timbalan Komisioner Penjara Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi menegaskan bahawa pelaksanaan kursus ini merupakan satu inisiatif signifikan yang selaras dengan aspirasi Jabatan Penjara Malaysia dalam memperkasakan proses pemulihan prospek secara holistik. Menurut beliau, program sedemikian bukan sahaja membekalkan kemahiran teknikal yang amat bernilai, malah turut membentuk nilai kemanusiaan, disiplin, tanggungjawab sosial dan keyakinan diri dalam kalangan prospek.
Beliau turut menyatakan bahawa penglibatan prospek dalam kursus tersebut membuktikan bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk berubah, memperbaiki diri dan seterusnya memberi sumbangan positif kepada masyarakat apabila kembali ke pangkuan keluarga dan komuniti kelak.

Majlis pada kali ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila melibatkan pencalonan rasmi ke Malaysia Book of Records (MBOR). Pencalonan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakan program pemulihan yang inovatif, progresif dan berimpak tinggi kepada prospek.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak program pembangunan modal insan pada masa hadapan, sekali gus memperkukuhkan usaha pemulihan dan reintegrasi sosial prospek demi melahirkan individu yang berkemahiran, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

PROGRAM BRISSWALK DAN SENAMROBIKDI TAMAN TASIK UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, SERI ISKANDARSeri Iskandar, Perak – Satu p...
24/06/2026

PROGRAM BRISSWALK DAN SENAMROBIK
DI TAMAN TASIK UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, SERI ISKANDAR
Seri Iskandar, Perak – Satu program kesihatan dan kecergasan iaitu Brisswalk 4.0 dan Senamrobik telah berjaya dilaksanakan di Taman Tasik Universiti Teknologi PETRONAS, Seri Iskandar dengan penyertaan daripada kakitangan PKBG.
Program ini telah dihadiri oleh Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PKP S. Tanabal a/l Socklingam, bersama beberapa orang kakitangan dari Pusat Koreksional Batu Gajah. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen pihak pengurusan dalam menyokong aktiviti gaya hidup sihat dalam kalangan warga jabatan.
Aktiviti dimulakan dengan sesi pemanasan badan diikuti dengan senamrobik yang dikendalikan secara berkumpulan bagi meningkatkan kecergasan fizikal peserta. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti Brisswalk mengelilingi kawasan taman tasik yang bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan, malah mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan warga kerja. Selain itu, ia juga menjadi platform bagi mengukuhkan semangat berpasukan dan kerjasama antara kakitangan.
Secara keseluruhannya, program Brisswalk dan Senamrobik ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam melahirkan warga kerja yang sihat, cergas dan produktif.

Sempena Awal Muharram 1448H, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam dan mengukuhkan tekad untuk melakukan penghijr...
16/06/2026

Sempena Awal Muharram 1448H, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam dan mengukuhkan tekad untuk melakukan penghijrahan hakiki—menuju kebaikan, mempertingkatkan integriti, dan membina masa depan yang lebih bermakna. Selamat Menyambut Maal Hijrah daripada Pengarah dan Warga Kerja Pusat Koreksional Batu Gajah.

🕋 **SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA** 🕋Pengarah serta seluruh warga kerja Pusat Koreksional Batu Gajah, Perak, ingin merakam...
26/05/2026

🕋 **SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA** 🕋

Pengarah serta seluruh warga kerja Pusat Koreksional Batu Gajah, Perak, ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Menghayati semangat pengorbanan dan keikhlasan yang dibawa oleh hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperkukuh nilai integriti, perpaduan, dan keharmonian demi kesejahteraan negara. Semoga ibadah yang dilaksanakan diberkati dan diterima oleh Allah SWT.
Ikhlas daripada kami di Pusat Koreksional Batu Gajah, Perak.

MAJLIS DIALOG BULANAN MEI 2026 PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH                                                             ...
25/05/2026

MAJLIS DIALOG BULANAN MEI 2026 PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH

BATU GAJAH, Mei 2026 – Pusat Koreksional Batu Gajah telah mengadakan Dialog Bulanan Mei 2026 bertempat di Wisma Pusat Koreksional Batu Gajah dengan jayanya. Program yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh keterbukaan itu bertujuan memperkukuhkan penyampaian maklumat, meningkatkan tahap profesionalisme serta mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan.

Sesi dialog dimulakan ketibaan PKP S.Tanabal A/l Socklingam Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah diirinigi Timbalan Penguasa Penjara Muhammad Ridhwan Bin Johari .Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Bakti Setia dan bacaan doa . Seterusnya sesi dialog berlangsung dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah. Sumbangan daripada Persatuan Pegawai Penjara telah diberikan kepada SP 14172 Mohd Hishamudin bin Mohammed Din dan KPL 21602 Abdul Ainin Naim bin Abdul Nasir kerana mengalami masalah Kesihatan . Pada sesi dialog kali ini Tuan Pengarah telah memberi peringatan tentang keselamatan kepada semua kakitangan yang pulang bercuti sempena musim perayaan Aidiladha tahun ini Namun demikian kawalan keselamatan di dalam penjara mestilah berada pada tahap yang terbaik bagi memastikan ketenteraman sepanjang waktu bertugas.

Pihak pengurusan turut menekankan kepentingan budaya kerja berintegriti, disiplin tinggi serta semangat kerjasama berpasukan dalam memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan selaras dengan aspirasi Jabatan Penjara Malaysia.

Dialog bulanan diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada kakitangan yang hadir .

Address

Jalan Brewster
Batu Gajah
31000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6053632255

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Koreksional Batu Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Koreksional Batu Gajah:

Shortcuts

Share