Armada BATU KAWAN

Armada BATU KAWAN PAGE RASMI ARMADA BAHAGIAN BATU KAWAN

30/07/2025

LEBIH RAMAI SAHABAT KAMI DITANGKAP, LEBIH CEPAT KERAJAAN KAMU TUMBANG – HILMAN IDHAM

DANG WANGI, 30 Julai 2025 – Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, YB Hilman Idham mendakwa bahawa penahanan 2 orang ahli sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia ARMADA BERSATU semalam iaitu Furqan Hakimi dan Syafiq Aziz, susulan penyertaan mereka dalam Himpunan “Turun Anwar” pada 26 Julai dilakukan atas arahan Menteri Dalam Negeri.

Dalam satu kenyataan yang dibuat di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi, YB Hilman Idham menegaskan bahawa penahanan rakan-rakan seperjuangannya bukan atas kehendak Polis Diraja Malaysia (PDRM), tetapi didakwa atas arahan dari pihak atasan.

“Saya tahu bahawa Polis Diraja Malaysia tidak ingin menahan sahabat kami, tetapi penahanan mereka adalah atas arahan Menteri Dalam Negeri,” kata YB Hilman Idham di hadapan kira-kira 100 penyokong yang hadir menyatakan solidariti.

“Tolong sampaikan kepada Menteri Dalam Negeri – lebih ramai sahabat kami ditangkap, lebih cepat kerajaan kamu akan kami tumbangkan,” tegasnya dengan lantang, disambut sorakan penyokong muda yang berkumpul.

Baca penuh di bawah.


22/06/2025

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀

Israel bertindak sebagai pengganas dengan melakukan genosid ke atas Palestin, kemudiannya menyerang Iran. Manakala tindakan Amerika Syarikat menyerang beberapa lokasi strategik Iran malam tadi, mengeruh serta menyeramakkan lagi ketegangan di Asia Barat dan berisiko menjadi tidak terkawal.

Tindakan ketenteraan unilateral oleh mana-mana kuasa besar dunia, termasuk Amerika Syarikat, bukan sahaja menyalahi prinsip undang-undang antarabangsa, tetapi juga mengheret rantau Asia Barat ke arah konflik berskala besar yang mengancam keselamatan jutaan nyawa, termasuk rakyat awam yang tidak berdosa.

Serangan ini juga dilihat sebagai agenda berterusan geopolitik Amerika Syarikat yang memihak secara membuta-tuli kepada Israel, walaupun dunia antarabangsa menyaksikan pencabulan hak asasi kemanusiaan yang berterusan oleh negara itu di bumi Palestin.

Perikatan Nasional mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran.

Dalam keadaan sekarang, Iran mempunyai sepenuhnya hak untuk bertindak balas dan mempertahankan diri daripada keganasan mana-mana negara.

Perikatan Nasional menuntut kerajaan Malaysia agar lebih tegas dan lantang menyatakan pendirian dengan mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersidang bagi menghentikan tindakan Israel dan Amerika Syarikat, di samping menegakkan undang-undang antarabangsa.

Malaysia juga perlu segera bekerjasama dengan 'like-minded countries' (negara-negara yang mempunyai pendirian sama) dalam menangani krisis ini secara adil dan saksama.

𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐇𝐀𝐌𝐙𝐀𝐇 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐔𝐃𝐈𝐍
𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍𝐆

𝘒𝘶𝘢𝘭𝘢 𝘓𝘶𝘮𝘱𝘶𝘳, 22 𝘑𝘶𝘯 2025

22/06/2025

PENDEDAHAN RAFIZI TENTANG POLITIK DINASTI ANWAR CETUS KEBIMBANGAN; PKR LEBIH LAYAK SEBAGAI PEMBANGKANG – ARMADA BERSATU

SEBERANG JAYA, 22 Jun 2025 — Sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ARMADA BERSATU, menyifatkan pendedahan yang dibuat oleh bekas Menteri Ekonomi, Dato’ Seri Rafizi Ramli dalam podcast Yang Berhenti Menteri sebagai bukti nyata bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak layak menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya dan Pendemokrasian ARMADA, YB Izhar Shah Datuk Arif Shah, kenyataan Rafizi yang disiarkan pada 20 Jun lalu telah menimbulkan kebimbangan serius mengenai integriti dan profesionalisme pimpinan PKR dalam kerajaan.

Antara yang menjadi perhatian ARMADA adalah dakwaan bahawa Perdana Menteri yang juga Presiden KEADILAN telah hilang keyakinan terhadap Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Ekonomi, sehingga memberi restu kepada anaknya, Nurul Izzah, untuk mencabar jawatan tersebut. ARMADA menyifatkan tindakan itu sebagai bukti berleluasanya amalan nepotisme dalam PKR, yang secara langsung atau tidak langsung mencemari pentadbiran negara.

Lebih mengejutkan, Rafizi turut mengkritik prestasi Menteri Pendidikan yang didakwa gagal membawa sebarang dasar penting dalam tempoh dua tahun setengah pentadbiran. ARMADA mempersoalkan tahap kecekapan Menteri berkenaan dan menggesa supaya beliau dilucutkan jawatan jika dakwaan tersebut benar.

“Akibat pemilihan parti, dua menteri telah melepaskan portfolio mereka. Kini, wujud p**a unsur hilang kepercayaan antara Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi. Situasi ini mencerminkan bahawa PKR bukan sahaja tidak profesional, malah gagal mengasingkan masalah dalaman parti daripada tanggungjawab mentadbir kerajaan,” kata Izhar Shah dalam satu kenyataan.

ARMADA menegaskan bahawa PKR lebih sesuai berperanan sebagai pembangkang dan bukan mentadbir negara, kerana kegagalan mereka menangani krisis dalaman secara berhemah telah menjejaskan kelangsungan pentadbiran kerajaan.


29/05/2025
Al-fatihah🤲🏻
14/04/2025

Al-fatihah🤲🏻

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Dengan penuh rasa dukacita dan hormat, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7:10 malam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya, dan menempatkan roh beliau dalam kalangan para solihin dan beriman.

Armada Bersatu Negeri Pulau Pinang mengucapkan Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah

10/04/2025

Kenyataan Media
Menteri Besar Terengganu Darul Iman

“Kawalan Perjalanan TCO” dan Saya

1. Saya telah dilabel dan ditandai sebagai “TCO” dalam sistem kawalan sempadan, oleh satu pihak cawangan khusus. Seolah-olah saya ini adalah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan satu sindiket dan gangster, atau persona non grata – di tanah air saya sendiri.

2. Sudah tentu saya sangat kecewa dengan keadaan ini. Ia bukan sekadar label, tetapi saya di “tahan” dan dibawa ke tepi, satu panggilan akan dibuat dan perlu mendapat persetujuan satu cawangan khusus sebelum dibenarkan keluar dari kawalan sempadan, untuk setiap kali keluar-masuk sempadan, walaupun sekadar ke Sabah dan Sarawak sejak suku ketiga tahun 2024.

3. Dalam sistem keselamatan negara, “TCO” merujuk kepada “Travel Control Office/ Order” oleh pihak berkuasa – satu bentuk penandaan terhadap individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu, walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah.

4. Status ini membolehkan segala pergerakan, komunikasi, dan interaksi seseorang dipantau secara menyeluruh, senyap, dan berterusan. Ia dilaksanakan atas nama “untuk keselamatan negara” atau “untuk kestabilan politik”, tetapi realitinya sering digunakan sebagai alat politik dan cara mudah untuk mengumpul maklumat politik pihak lawan, sebagai usaha untuk mengawal dan menekan suara tertentu.

5. Ke mana saya pergi, siapa yang saya temui, dan apa yang saya perbualkan – semuanya menjadi perhatian pihak tertentu dan perlu dilaporkan oleh satu cawangan khusus kepada pihak political master atau operator utamanya.

6. Inilah realiti harian yang saya hadapi. Dengan perkembangan teknologi canggih hari ini, mereka mungkin juga cuba mengetahui isi perbualan saya dengan individu tertentu, terutama pimpinan politik.

7. Adakah telefon saya dipintas? Sudah tentu. 100%.

8. Adakah saya diikuti ke mana-mana saya pergi, walaupun atas urusan peribadi ? Sudah tentu. Tanpa ada keraguan.

9. Bagaimana saya tahu semua ini ? Sebenarnya, kita tidak perlu pun menjadi pintar untuk mengenal pastinya, dengan beberapa ujian dan umpanan mudah, perkara akan jelas seperti siang yang terang benderang. Kita tidak perlu mempunyai ilmu counter-surveillance untuk mengenal pasti anasir yang memantau kita – kerana kehadiran operatif dan elemen mereka adalah sangat ketara dan mudah dikenal pasti menerusi pemilihan kenderaan yang mereka gunakan, kereta yang statik, cara mereka berkomunikasi, pejalan kaki (spotter), dan sebagainya.

10. Kenapa sampai ke tahap ini ?

11. Ini berlaku adalah hanya untuk meredakan paranoia segelintir pihak, yang tanpa ada keperluan untuk merasakan tidak stabil dan terancam.

12. Negara yang benar maju demokrasi dan institusinya, mempunyai ruang kawalan di bawah Parlimen seperti "Jawatanakusa Terpilih Risikan " sebagai kuasa pengawal (oversight) untuk menghalang salah guna kuasa jentera dan aset kerajaan terutama oleh pihak berkepentingan politik dan kewangan. Dalam hal ini, sudah ada rakan Ahli Parlimen yang ingin membangkitkan salah guna kuasa TCO dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

13. Selain saya, dimaklumkan bahawa ada seorang lagi tokoh utama pembangkang yang juga berdepan dengan label tier TCO ini. Sudah tentu saya dan rakan berkenaan tidak akan berdiam diri.

14. Penyalahgunaan sumber kerajaan sebagai senjata politik seperti ini – satu trend yang merosakkan kebebasan peribadi dan merubah struktur negara yang sepatutnya bersifat adil.

15. Jika ini dibenarkan berleluasa, saya tidak hairan jika instrumen yang sama juga sedang digunakan terhadap orang awam, NGO, badan bebas, dan sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan yang tidak sehaluan dengan parti pemerintah. Mungkin sedang digunakan pada masa ini.

16. Dan seperti biasa, alasan yang diberi adalah "demi keselamatan negara" dan ianya adalah untuk kepentingan awam – walaupun hakikatnya ia hanyalah demi kelangsungan politik semata-mata.

17. Negara ini tidak akan maju jika suara yang berbeza terus dibungkam, dan kuasa digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat. Sudah tiba masanya kita membina budaya politik yang lebih matang, terbuka, dan sejahtera – di mana perbezaan pandangan bukan satu ancaman, tetapi asas kepada demokrasi
yang sihat dan aktif.

18. Hanya dengan keberanian untuk berubah dan keterbukaan menerima pandangan yang pelbagai, barulah kita dapat melangkah ke arah sebuah Malaysia yang lebih adil, inklusif, dan benar-benar sejahtera untuk semua etnik, bangsa dan anutan agama yang ingin hidup dalam keamanan dan Malaysia yang sejahtera.

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
10 April 2025

*Versi Bahasa Inggeris*

Media Statement
Chief Minister of Terengganu

“Movement Surveillance (flagged as TCO) and Me”

1. I have been marked and flagged as “TCO” in our border control system by specific branch operatives, as if I were some sort of high-threat criminal, associated or part of dangerous syndicates and gangs, or a persona non grata - in my own country.

2. I am thus, justifiably, disappointed with the circumstances. It is not just a label, but I was stopped and pulled aside on hold; a phone call and additional clearance needed from this specific branch before I could be released for every movement in and out of the border even to Sabah and Sarawak since the last quarter of 2024.

3. In our homeland security systems, "TCO" refers to the "Travel Control Office/Order", a designation often assigned by a specific branch to individuals deemed a ' risk' or 'threat' even if there is no such evidence to prove they have committed anything worth the shown level of alarm.

4. This ‘status’ enables complete, stealthy and continuous surveillance of all forms of movement, communication and interactions of the person of concern (or of interest). It is done, so nobly under the guise of ‘national security’ or ‘political stability’, when in reality, it is often wielded as a political tool and an easy information gathering method on political adversaries, in an attempt to control and pressure certain voices.

5. Where I go, who I meet and whatever I talk about with any individual - are apparently all of interest to certain people and thus need to be reported by a specific branch to the political master or the main operator.

6. This is my day-to-day reality, even if I’m only going to Sabah or Sarawak. With the advances in technology today, they probably try to pry on conversations I have with certain individuals, especially political leaders.

7. Is my phone tapped? Of course. 100%.

8. Am I followed everywhere, even on my own personal matters? Yes, absolutely. Without a doubt.

9. How do I know this ? Well, you don’t have to be a genius to figure that out, with some simple tests and bait, the matter is as clear as day. It doesn’t take a trained eye in counter surveillance to be able to spot these watchmen. Their operative’s and element’s presence is obvious and identifiable through their vehicles of choice, strangely idling vehicles, the way they communicate with each other, pedestrian spotters etc.

10. Why go to this extent?

11. To ease the paranoia of some people, who feels unnecessarily unstable and threatened.

12. A truly democratic country and institution, would have a regulating body under the Parliament such as an “Intelligence and Security Committee” oversight, that would oversee any abuse of government resources and power especially by politically or financially-motivated parties. In regard to this issue, few fellow Parliament members have expressed the need to bring up the misuse of the TCO status in the coming Dewan Rakyat session.

13. I am not alone in this situation; it has been brought to my attention that another prominent opposition figure faces the same tier of TCO label. Together, we will not stand by in silence.

14. This blatant misuse of government resources as a political weapon - is a trend that will surely threaten personal freedom and impair state structure, a system which is supposed to be fair and just.

15. If left to run unchecked, I wouldn’t be surprised to see the very same instruments being used against civilians, NGOs, independent bodies and others who voice an opinion contradicting the ruling parties. They might already be used as we speak.

16. As usual, they will say it is a matter of ‘national security’ and that this is of great importance to the general public - when truthfully, it is driven by political purpose.

17. This country will never progress if all difference in opinion is shut down, and power is abused to intimidate the people of this country. The time has come for us to embrace a mature, open and overall peaceful way of politics - where difference in opinion is not a threat but the building blocks of a healthy and active democracy.

18. Only with the courage to change and a mind open to differing opinions, can we move towards a fairer, inclusive, and truly harmonious Malaysia, for people of all ethnicities, races and religions who wish for a peaceful and prosperous Malaysia.

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
10 April 2025

30/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025

Alhamdulillah, Syawal kembali menjelma, membawa sinar kegembiraan dan keberkatan setelah sebulan kita mengharungi Ramadan yang penuh rahmat. Semoga hari kemenangan ini mengukuhkan ukhwah, mempererat silaturahim, dan menyemai kasih sayang dalam jiwa kita semua.

Dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan, Armada Bersatu Negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh rakyat. Semoga Syawal ini menjadi pemangkin kepada perpaduan yang lebih erat dan kesejahteraan yang berkekalan.

Baju raya indah berseri,
Tanda Syawal penuh bermakna.
Aidilfitri dirai bersama,
Moga rakyat sejahtera sentiasa.


30/03/2025
30/03/2025

Di kesempatan ini saya ingin membuat sedikit coretan berkenaan isu Abang Belon dan Kuil haram.

Saya hendak titipkan sedikit pesanan dan ingatkan kepada Cytro PH, kalian bukan sahaja berdepan dengan penyokong parti politik lawan, kalian juga sedang berdepan dengan non partisan yang tidak mengharapkan sokongan undi dalam PRU. Kalian sedang berdepan dengan majoriti umat Islam. Saya tidak mahu bermusuh dengan kalian walaupun kalian memfitnah dan menuduh saya apabila saya bersuara beberapa perkara. Tetapi saya akan terus menulis dan memberikan buah fikiran sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara. PMX pimpinan tertinggi kalian juga pejuang kebebasan bersuara. Janganlah bila sudah di tampuk kuasa kalian p**a mahu menutup suara marhaen kami.

Ingin saya tegaskan di mana isunya. Biar saya tulis dalam bentuk nota bernombor supaya kita lebih jelas:

1. Tidak ada dalam mana-mana tulisan saya membela orang salah. Sesiapa yang salah ambillah tindakan sewajarnya. Saya sendiri memuji PMX sebelum ini apabila beliau menyatakan dengan tegas bahawa ini negara hukum dan semua pihak perlu mematuhi peraturan.

2. Isu yang menjadi polemik ialah apabila pihak kuil yang tiada permit diberi layanan yang lain macam bertahun-tahun. Menteri sendiri usaha supaya tidak dibawa ke mahkamah. Alasan yang diberi:

- nak jaga keharmonian.
- nak segerakan binaan Masjid Madani.

Yang menjadi lagi pelik ialah diberi p**a tanah gantian bertaraf premium di tengah-tengah KL. Lain macam punya treatment mereka terima sedangkan mereka sudah langgar peraturan begitu lama.

3. Mungkin ada yang beralasan kuil itu di tanah persendirian. Izinkan saya bertanya, bukankah mana-mana binaan di KL perlu mendapat kebenaran dari DBKL? Jika tanah pun bukan milik mereka bagaimana mereka dapat kelulusan merancang pembangunan di tanah itu?

4. Cytro PH mula main naratif menyalahkan kerajaan lama. Saya katakan siapa pun kerajaan kita akan desak supaya isu kuil haram dan ceroboh tanah ini mesti dihentikan. Kerajaan Madani yang diketuai oleh PMX yang sentiasa menjadi penegak peraturan dan tatakelola sepatutnya boleh akhiri episod ini. Tetapi kami dituduh batu api dan adu domba oleh sebahagian penyokong PH. Tidak mengapa, tuduhan itu tidak memberi kesan kepada kami untuk terus menulis.

5. Kami sesekali tidak faham dengan Cytro PH kali ini. Sangat binari otak mereka. Di medsos, sesiapa saja yang mengkritik tindakan DBKL sekarang akan dituduh walaun dan pro PN. Sangat bahaya tindakan mereka.

6. Benar, abang belon bersalah. Samanlah beliau dan ambil tindakan kepada beliau. Saya tidak ada bantahan cuma jangan kasari beliau. Tetapi dalam masa yang sama kenapa semangat nak tegakkan peraturan ini tidak kelihatan sewaktu berurusan dengan pihak kuil sebelum ini? Ini yang memusykilkan saya sebagai rakyat. Ini yang menyebabkan saya bertanya.

Ingatlah, kalian telah menjadi kerajaan. Kritikan rakyat itu perkara yang menjadi lumrah. Jika kalian anggap kritikan dan teguran sebagai adu domba saya bimbang hayat kalian memerintah tidak lama. Saya titipkan sebuah hadis Nabi sallallah alaih wasallam untuk peringatan kita bersama:

فإنَّما أهْلَكَ النَّاسَ قَبْلَكُمْ: أنَّهُمْ كانُوا إذا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وإذا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أقامُوا عليه الحَدَّ، والذي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بيَدِهِ، لو أنَّ فاطِمَةَ بنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ، لَقَطَعْتُ يَدَها.

Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang membinasakan manusia sebelum kamu ialah apabila orang bangsawan mencuri dalam kalangan mereka, mereka biarkannya dan apabila orang lemah yang mencuri mereka laksanakan hukuman hudud. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada di tangan-Nya, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan potong tangannya. [HR al-Bukhari, no: 4304]

Jika kalian s**a pendekatan rahmah kepada non Muslim, jangan p**a guna pendekatan kasar dan melaknat sesama Muslim.

Akhukum fillah yang memberikan nasihat,

Dr Rozaimi Ramle

29/03/2025

KESAL INSIDEN KEKASARAN PENJAJA BELON; PRESIDEN BERSATU IMBAS INISIATIF WILAYAH BEBAS BERNIAGA

Kuala Lumpur, 29 Mac 2025 – Presiden BERSATU, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas menonton video seorang penjaja belon yang dipercayai dikasari oleh pihak penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan PBT. Beliau menegaskan bahawa tindakan sebegini tidak wajar, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Menurutnya, kesalahan penjaja itu hanyalah menjual belon, dan kekerasan terhadap golongan peniaga kecil perlu dielakkan.

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menekankan bahawa setiap kali musim perayaan, ramai peniaga kecil berusaha mencari rezeki tambahan untuk menampung kehidupan mereka. Dalam keadaan rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, seharusnya diberikan ruang untuk mereka mencari pendapatan tanpa halangan yang keterlaluan.

Link penuh di bawah.




24/03/2025

Address

Batu Kawan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada BATU KAWAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share