25/08/2026
𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛, 𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔
Ada orang s**a mengulang dakwaan bahawa PAS ialah parti yang “paling banyak kalah saman fitnah”. Oleh itu, tidak boleh mentadbir. Tidak boleh disokong.
Baik. Jangan berdebat berdasarkan persepsi.
Kita tengok p**a rekod pimpinan DAP yang pernah menjadi defendan dalam kes fitnah dan didapati bertanggungjawab.
Saya kira ganti rugi sahaja, tidak termasuk kos guaman.
1. LIM GUAN ENG — RM500,000
Pada 2015, Mahkamah Tinggi mendapati Lim Guan Eng, ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, bertanggungjawab memfitnah Datuk Jahara Hamid berhubung kenyataan “nenek rasis”.
Mahkamah Tinggi memerintahkan Lim membayar RM500,000 ganti rugi serta RM40,000 kos.
Ganti rugi: RM500,000
Nota: Terdapat laporan bahawa Mahkamah Rayuan pada November 2017 kemudiannya mengurangkan award tersebut kepada RM200,000. Untuk mengelakkan kekeliruan, angka RM500,000 di atas ialah award asal Mahkamah Tinggi. Jika angka rayuan digunakan, jumlah keseluruhan di bawah akan berkurang RM300,000.
2. TONY PUA — RM200,000
Pada 2022, Mahkamah Tinggi mendapati Tony Pua, pemimpin DAP, memfitnah bekas pemimpin MCA Chew Mei Fun berhubung dakwaan penjualan tanah kepada MCA.
Tony Pua diperintahkan membayar RM200,000.
Ganti rugi: RM200,000
3. YEO BEE YIN — RM150,000
Dalam kes yang sama, Mahkamah Tinggi mendapati Yeo Bee Yin bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut.
Beliau diperintahkan membayar RM150,000 kepada Chew Mei Fun.
Ganti rugi: RM150,000
4. LIM GUAN ENG — RM250,000
Pada 2023, Mahkamah Rayuan mendapati Lim Guan Eng bertanggungjawab dalam saman fitnah yang difailkan bekas Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.
Lim diperintahkan membayar RM250,000 ganti rugi, selain kos RM70,000.
Ganti rugi: RM250,000
5. P. RAMASAMY — RM1.45 JUTA
Mahkamah Tinggi mendapati P. Ramasamy bertanggungjawab terhadap lima penerbitan yang memfitnah Dr Zakir Naik.
Ganti rugi:
* RM1 juta general damages
* RM100,000 compensatory damages
* RM100,000 aggravated damages
* RM250,000 exemplary damages
Jumlah: RM1,450,000
RM70,000 kos tidak saya campurkan.
6. LIM LIP ENG — RM75,000
Mahkamah Tinggi pada asalnya memberikan RM2 juta.
Tetapi Mahkamah Rayuan kemudian mengekalkan dapatan liability dan mengurangkan ganti rugi kepada RM75,000.
Jadi kita gunakan angka akhir.
Ganti rugi akhir: RM75,000
7. CHONG CHIENG JEN — RM400,000
Dalam saman Dr Sim Kui Hian berkaitan dakwaan mengenai bantuan makanan COVID-19, Mahkamah Tinggi mendapati Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak bertanggungjawab.
Ganti rugi:
* RM350,000 bagi libel
* RM50,000 bagi malicious falsehood
Jumlah: RM400,000
Kos RM100,000 tidak dimasukkan.
8. CHONG CHIENG JEN — RM300,000
Dalam satu lagi kes berkaitan dakwaan “Black Hole”, Mahkamah Rayuan pada 2026 menaikkan ganti rugi terhadap Chong daripada RM150,000 kepada:
RM300,000
Kos RM200,000 tidak dimasukkan.
⸻
JUMLAH GANTI RUGI
Lim Guan Eng — RM500,000
Tony Pua — RM200,000
Yeo Bee Yin — RM150,000
Lim Guan Eng — RM250,000
P. Ramasamy — RM1,450,000
Lim Lip Eng — RM75,000
Chong Chieng Jen — RM400,000
Chong Chieng Jen — RM300,000
JUMLAH: RM3,325,000
RM3.325 JUTA
Sekali lagi, angka ini tidak termasuk kos guaman.
Dan jika angka RM200,000 bagi kes Jahara Hamid–Lim Guan Eng selepas rayuan digunakan, jumlahnya menjadi:
RM3.025 JUTA
⸻
Tetapi saya tidak menggunakan angka ini untuk mengatakan:
“DAP ialah parti paling banyak fitnah.”
Itu juga satu falasi.
Pointnya lebih mudah.
Kalau rekod saman fitnah mahu digunakan untuk menyerang sesuatu parti, gunakan kaedah yang sama kepada semua parti.
Jangan:
PAS: campurkan judgment, settlement, permohonan maaf, kes individu bukan pimpinan, kes media, plaintif yang kalah dan kes yang sama berulang kali.
Kemudian:
DAP: pilih hanya kes yang menguntungkan naratif.
Itu bukan statistik.
Itu cherry-picking.
Persoalan sebenar bukan:
“Parti mana pernah kalah saman fitnah?”
Hampir semua parti besar ada rekodnya.
Persoalan sebenar ialah:
“Adakah adil untuk menggunakan kes-kes saman fitnah sebagai pengukur kemampuan sesuatu parti untuk mentadbir?”
Kalau ya, DAP juga tidak boleh dibenarkan mentadbir. Tidak perlu disokong.
Ini belum PKR dan Amanah lagi ya.
DR. YUSFARIZAL YUSSOFF