Urusan Ulamak Pas Kawasan Batu Kawan

Urusan Ulamak Pas Kawasan Batu Kawan Dewan Ulamak Pas Batu Kawan

PAS Kawasan Batu Kawan menyokong sepenuhnya keputusan PAS Pusat yang dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek dasar,...
10/06/2026

PAS Kawasan Batu Kawan menyokong sepenuhnya keputusan PAS Pusat yang dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek dasar, hukum serta kepentingan ummah.

Seluruh ahli dan penyokong diseru agar terus istiqamah, memperkukuhkan saf perjuangan, mempererat ukhuwah dan memberikan kepercayaan penuh kepada kepimpinan parti dalam menentukan hala tuju terbaik demi Islam, bangsa dan negara.



Firman Allah SWT:

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai."

(Surah Ali 'Imran: 103)

KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM

PAS KAWASAN BATU KAWAN




https://www.facebook.com/share/p/1BNAQ5jVCD/?mibextid=wwXIfr
10/06/2026

https://www.facebook.com/share/p/1BNAQ5jVCD/?mibextid=wwXIfr

KENYATAAN RASMI DEWAN ULAMAK PAS NEGERI PULAU PINANG

MENYOKONG KEPUTUSAN PAS MENAMATKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN BERSATU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menamatkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagaimana yang telah diputuskan setelah mengambil kira pandangan dan ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS berhubung aspek dasar, hukum dan maslahat perjuangan parti.

Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang berpandangan bahawa keputusan ini merupakan suatu ketetapan yang dibuat melalui proses syura yang matang, berlandaskan penilaian menyeluruh terhadap perkembangan politik semasa, serta mengambil kira kepentingan Islam, perjuangan parti dan agenda penyatuan ummah dalam jangka panjang.

Sebagai sebuah gerakan Islam yang menjadikan al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan tertinggi, PAS sentiasa meletakkan prinsip perjuangan Islam dan maslahat ummah mengatasi sebarang pertimbangan politik yang bersifat sementara. Oleh itu, sebarang bentuk kerjasama politik hendaklah sentiasa dinilai berdasarkan sejauh mana ia membantu memperkukuhkan agenda penyatuan ummah, kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang juga meyakini bahawa langkah ini membuka ruang kepada penerokaan bentuk persefahaman politik yang lebih berkesan dan strategik bagi menghadapi cabaran politik semasa serta mendepani pilihan raya akan datang dengan lebih tersusun dan berprinsip.

Sehubungan itu, seluruh ahli PAS dan pendukung perjuangan Islam diseru agar terus memelihara adab berjemaah, memperkukuhkan ukhuwwah, serta memberikan wala’ kepada keputusan yang telah diputuskan oleh pimpinan parti melalui saluran syura. Dalam masa yang sama, kita hendaklah terus beristiqamah memperjuangkan agenda Islam, mempertahankan kepentingan rakyat dan memperkukuhkan penyatuan ummah demi masa depan negara yang lebih sejahtera.

Firman Allah SWT:

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.”
(Surah Ali 'Imran: 103)

Semoga Allah SWT memimpin segala urusan perjuangan ini ke arah yang diredai-Nya.

“Memimpin Ummah Dengan Islam”

Tarikh: 10 Jun 2026

Address

Juru
Batu Kawan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urusan Ulamak Pas Kawasan Batu Kawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share