Perpustakaan Desa Taman Putra

Perpustakaan Desa Taman Putra Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Taman Putra, Government Organization, LOT PT1722, Batu Kikir.

14/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KERETA API SEDUNIA.

'Yang sahih di RTM'

14/05/2026

Menara Kuala Lumpur bakal disinari cahaya biru pada 18 Mei 2026 sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa.

Usaha ini adalah dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan LSH Service Master Sdn.Bhd (pengurusan Menara KL).

Pada tahun ini, sambutan ini membawa tema “Museums Uniting a Divided World” atau “Muzium sebagai Wadah Penyatuan Dunia yang Terpisah”.




14/05/2026

Kadang-kadang kita rasa seronok nak kongsi.

“Baru sampai hotel.”

“On the way ke airport.”

“Rumah kosong 3 hari.”

“Anak-anak tinggal dengan nenek.”

Nampak macam status biasa. Tapi pada orang yang salah, itu bukan sekadar update. Itu maklumat percuma.

Kita sedang beritahu lokasi kita, rutin kita, siapa bersama kita, rumah kosong atau tidak, dan bila kita akan pulang.

Bahaya media sosial hari ini bukan hanya pada orang asing yang kita tidak kenal. Kadang-kadang risiko datang daripada orang yang memang pernah nampak kita, tahu rumah kita, tahu kereta kita, tahu anak kita, tapi menunggu peluang yang sesuai.

Sebab itu, biasakan delay post.

Kalau nak kongsi gambar bercuti, kongsi selepas balik.
Kalau nak letak lokasi restoran, letak selepas keluar.
Kalau nak update perjalanan, jangan beritahu laluan dan masa secara tepat.
Kalau rumah kosong, jangan umumkan kepada dunia.

Bukan paranoid. Ini langkah selamat.

Media sosial patut jadi tempat berkongsi kenangan, bukan peta pergerakan hidup kita secara langsung.

Kadang-kadang, benda paling selamat untuk dibuat ialah menikmati dulu momen itu, simpan gambar, dan update kemudian.

Orang masih boleh tengok gambar anda esok.

Yang penting, anda dan keluarga selamat hari ini.

14/05/2026INFO🤲Para sahabat ialah insan-insan yang berdiri bersama Baginda ketika susah dan senang, mempertahankan agama...
14/05/2026

14/05/2026

INFO🤲

Para sahabat ialah insan-insan yang berdiri bersama Baginda ketika susah dan senang, mempertahankan agama ini dengan seluruh kemampuan yang mereka ada. Sebab itu Islam mengajar kita untuk menjaga adab ketika berbicara tentang mereka.
Muliakan mereka, ambil teladan daripada akhlak dan pengorbanan mereka, serta didik diri untuk berbicara dengan penuh adab dan hormat. Semoga kita turut mewarisi akhlak baik, kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya.




Assalamu’alaikum & Selamat Pagi.
14/05/2026

Assalamu’alaikum & Selamat Pagi.

13/05/2026INFO🤲𝐍𝐈𝐐𝐀𝐁: 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐅𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍, 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐄𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐀𝐇Akhir-akhir ini, tular isu segelintir wanita berniqab yan...
13/05/2026

13/05/2026

INFO🤲

𝐍𝐈𝐐𝐀𝐁: 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐅𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍, 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐄𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐀𝐇

Akhir-akhir ini, tular isu segelintir wanita berniqab yang mempamerkan aksi kurang sopan, seperti berdua-duaan dengan bukan mahram atau berhias secara berlebih-lebihan (𝘵𝘢𝘣𝘢𝘳𝘳𝘶𝘫). Perbuatan ini jelas bercanggah dengan hakikat pemakaian niqab itu sendiri.

Isu ini menimbulkan rasa kurang senang masyarakat, kerana niqab adalah simbol kehormatan dan komitmen tinggi seorang wanita untuk menjaga diri daripada fitnah, bukan sekadar kain penutup wajah.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 31:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…”

Jangan jadikan niqab sebagai 'topeng' untuk bermegah, tetapi jadikan ia 'perisai' untuk membawa kita lebih dekat kepada Pencipta.

Semoga kita semua terus istiqamah dalam menjaga adab dan maruah.
-----------------------------------------------------------------------------------------
🔴Ikuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/jheainsofficial
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 : https://www.instagram.com/jheains.official
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://jheains.ns.gov.my/



13/05/2026

📽️✨ TAYANGAN KHAS DI PAWAGAM MINI PNM! ✨🎬

Assalamualaikum dan salam sejahtera! 🌟

Jemput semua untuk menonton tayangan percuma di Pawagam Mini PNM!
📅 Tarikh: 13/5/2026
🕒 Masa: 10.00 -6.00 petang
📍 Lokasi: Pawagam Mini, Perpustakaan Negara Malaysia

🎞️ Tayangan istimewa filem / dokumentari pilihan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
📌 Tempat adalah terhad – siapa cepat dia dapat!

Jangan lepaskan peluang ini! Bawa rakan dan keluarga bersama





13/05/2026

Melangkah Masuk ke Dunia Maya! 🥽✨*

Alami pengalaman yang melangkaui imaginasi dengan teknologi VR di Pusat Pembelajaran Imersif kami. Bukan sekadar visual, tapi satu pengembaraan yang akan membuatkan anda terpukau!

Terokai kandungan eksklusif kami:

📜 Pengembaraan Siti Zubaidah – Kisah klasik yang dihidupkan semula.
📖 Dr. Buku – Cara paling interaktif untuk mendekati ilmu.
🤝 Harmoni Perpaduan – Memupuk semangat muhibbah dalam dunia digital.

📍 Lokasi: Pusat Pembelajaran Imersif, Aras 1, Anjung Bestari.

Teknologi canggih, pengalaman unik. Datanglah dan rasai sendiri keajaibannya! 🚀

13/05/2026

📢 JELAJAH BELIA RUKUN NEGARA 2026

Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan melancarkan Program Jelajah Belia Rukun Negara pada:

🗓️ 14 Mei 2026 (Khamis)
🕙 10.00 pagi –1.00 tengah hari
📍 Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Rukun Negara dalam kalangan belia serta mahasiswa sebagai asas penyatuan masyarakat dan pembinaan negara bangsa yang harmoni, progresif dan bersatu padu.

Ayuh bersama menyemarakkan semangat perpaduan demi Malaysia yang lebih kukuh dan sejahtera!

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Kementerian Pendidikan Tinggi




13/05/2026
12/05/2026SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT⛑️
12/05/2026

12/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT⛑️

Address

LOT PT1722
Batu Kikir
72200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Taman Putra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share