AMK LARUT

AMK LARUT Angkatan Muda Keadilan suatu nama yang tidak asing lagi dalam pergerakan politik di Parlimen Larut.

Dianggotai oleh pelbagai lapisan anak muda berumur 35 tahun kebawah.

02/08/2026

KALAU INGAT KEMBALI LANGKAH SHERATON ,BN MENANG DI JOHOR & MELAKA. AKHIRNYA PMX DIBERI KUASA. SABAR & ISTIQAMAH.

Tanpa PMX , Tok Mat nie level Duta Timur Tengah zaman PN dulu jer sebagai Menteri Luar Negeri. Banyak lagi berbakat dan ...
19/07/2026

Tanpa PMX , Tok Mat nie level Duta Timur Tengah zaman PN dulu jer sebagai Menteri Luar Negeri. Banyak lagi berbakat dan berpengaruh.

SALAM MAAL HIJRAH 1448 H
16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448 H

09/06/2026

APA ISTILAH YANG PALING SESUAI SELAIN GILA TALAK
???

Arena Mobile Killer ā€œMobile Legendā€ anjuran AMK Larut telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 200 peserta mewakili 50 ...
24/05/2026

Arena Mobile Killer ā€œMobile Legendā€ anjuran AMK Larut telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 200 peserta mewakili 50 pasukan telah mendaftar dan mengambil bahagian dalam acara ini.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang berjaya merangkul kemenangan. Kepada pasukan yang kurang bernasib baik, teruskan usaha dan cuba lagi pada penganjuran akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan strategik penganjuran iaitu Kelab Sukan Elektronik Batu Kurau atas kerjasama dan penyelarasan program yang sangat baik.

Ucapan terima kasih juga kepada Pusat Kesejahteraan Rakyat yang telah menyediakan tempat serta para sukarelawan yang banyak membantu sepanjang program berlangsung.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah YADIM Perak, Ustaz Ramdani Abdul Karim. Majlis penyampaian hadiah p**a telah disempurnakan oleh Saudara Adib Mohamad Fazil selaku Ketua AMK Larut.

Semoga kita berjumpa lagi dalam penganjuran akan datang dengan suasana yang lebih meriah dan kompetitif.

Sedang berlangsung ARENA MOBILE KILLER " Mobile Legend " anjuran Angkatan Muda Keadilan Cabang Larut.
24/05/2026

Sedang berlangsung ARENA MOBILE KILLER " Mobile Legend " anjuran Angkatan Muda Keadilan Cabang Larut.

13/05/2026

KENYATAAN MEDIA BIRO PEMAHAMAN DAN PEMANTAPAN AGAMA MAJLIS PIMPINAN NEGERI (MPN) PERAK

Merujuk kepada video dan kenyataan yang dikaitkan dengan Ustaz Dato’ Nik Zawawi sebagaimana yang tular dalam poster di media sosial, adalah diharapkan agar penjelasan serta pembetulan dapat dilakukan sekiranya terdapat kekhilafan atau kekeliruan dalam penyampaian berkaitan para sahabat Rasulullah ļ·ŗ.

Perkara melibatkan Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar Al-Khattab RA hendaklah ditangani dengan penuh adab, ilmu dan berhati-hati kerana kedua-duanya merupakan sahabat agung yang sangat dimuliakan dalam Islam serta dijanjikan syurga oleh Rasulullah ļ·ŗ.

Allah SWT berfirman:
ā€œDan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata: Wahai Tuhan kami, ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami yang lebih dahulu beriman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan dengki terhadap orang-orang yang beriman.ā€ (Surah al-Hasyr: 10)

Rasulullah ļ·ŗ bersabda:
ā€œJanganlah kamu mencela para sahabatkuā€¦ā€ — Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Dan sabda Baginda ļ·ŗ:
ā€œAbu Bakar di syurga, Umar di syurgaā€¦ā€ — Riwayat al-Tirmizi

Justeru, sebarang kisah yang tidak sahih, tidak tepat atau boleh membawa salah faham terhadap kemuliaan para sahabat Nabi ļ·ŗ sewajarnya diperbetulkan dan tidak diulang kembali dalam ceramah atau penyampaian umum. Pendakwah dan penceramah mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan setiap fakta sejarah dan agama disampaikan secara amanah, berautoriti serta tidak menimbulkan fitnah kepada tokoh-tokoh Islam yang dimuliakan.

Dalam masa yang sama, umat Islam diseru untuk terus berakhlak dengan tenang, matang dan berlapang dada dalam menegur, serta mengutamakan pendekatan hikmah dan nasihat yang baik demi menjaga kesatuan umat dan kemuliaan agama Islam.

USTAZ SYAHID ZAINI
BIRO PEMAHAMAN DAN PEMANTAPAN AGAMA MPN PERAK
PARTI KEADILAN RAKYAT

13/05/2026

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI PERAK

Ucapan Melampau MP PAS: Politik Kebencian dan Penyelewengan Fakta Agama Mesti Dihentikan

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Perak mengecam keras kenyataan melampau Ahli Parlimen PAS, YB Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang menghina dan memperlekehkan sejarah para sahabat Rasulullah SAW dalam sebuah ceramah politik.

Kenyataan yang melabelkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA sebagai ā€œbapa cetiā€ serta menggambarkan Saidina Umar Al-Khattab RA dengan naratif tidak bermaruah sebelum Islam jelas memperlihatkan kecenderungan politik PAS yang semakin terdesak sehingga sanggup memanip**asi sejarah Islam demi meraih tepukan politik.

AMK Perak berpandangan bahawa tindakan seperti ini amat berbahaya kerana ia bukan sahaja mengelirukan masyarakat awam, malah membuka ruang kepada penyelewengan fakta agama dan penghinaan terhadap tokoh-tokoh agung Islam yang dimuliakan umat.

PAS tidak boleh terus berselindung di sebalik imej ā€œparti Islamā€ sedangkan pentas ceramah mereka semakin dipenuhi budaya takfiri, politik kebencian serta penggunaan agama secara semberono untuk menyerang lawan politik dan mempengaruhi emosi rakyat.

Lebih membimbangkan, ucapan seperti ini mampu mencetuskan kekeliruan akidah tokoh-tokoh sahabat Rasulullah SAW bukan bahan jenaka politik dan bukan alat untuk membina naratif partisan murahan.

AMK Perak juga menggesa kepimpinan PAS supaya menghentikan budaya politik ekstrem dan retorik agama yang merosakkan keharmonian masyarakat serta mencemarkan kesucian Islam demi kepentingan politik sempit.

ā€œIslam mengajar adab dan kebenaran, bukan fitnah serta kebencian.ā€

ASHRAF KAHASANI
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perak

12 MEI 2026

Facebook: https://www.facebook.com/share/p/1Gjgur6x5Y/?mibextid=wwXIfr

Instagram: https://www.instagram.com/p/DYO5IrTDy-S/?igsh=eWJ2NjlzN2R3dGxs

Address

Batu Kurau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMK LARUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AMK LARUT:

Shortcuts

Share