20/08/2026
SEMARAK KEMERDEKAAN MELALUI KREATIVITI 🎨🇲🇾
Telah berlangsung pertandingan melukis & mewarna poster kemerdekaan yang disertai oleh para penghuni dengan penuh semangat dan kreativiti.
Turut hadir Penolong Pengarah (Pemulihan), Pn Zuriati binti Zainudin bersama staf bagi menyantuni para penghuni serta melihat sendiri penglibatan dan hasil karya yang dihasilkan. Kehadiran ini menjadi tanda sokongan dan galakan kepada peserta untuk terus aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.
Program sebegini bukan sahaja mencungkil bakat dan kreativiti, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme serta menghayati makna kemerdekaan dalam suasana yang positif dan bermakna.
🇲🇾 Merdeka bukan sekadar sejarah, tetapi semangat yang terus hidup dalam diri kita.