04/09/2026
Alhamdulillah, Jambatan Bailey Bridge di Laluan FT147 Jalan Bagan SeraiโAlor PongsuโSelama telah dibuka kepada pengguna pada hari ini, 4 September 2026, beberapa hari lebih awal daripada tarikh jangkaan.
Pembukaan ini pastinya melegakan dan memberi manfaat kepada penduduk serta pengguna laluan berkenaan, khususnya dalam memudahkan urusan perjalanan harian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JKR Malaysia, JKR Negeri Perak, pihak kontraktor, pasukan teknikal serta semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama sehingga projek ini dapat disiapkan dengan lebih awal.
Semoga pembukaan jambatan ini dapat memberi kemudahan dan manfaat kepada seluruh komuniti setempat.