09/02/2026
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontinjen Sekolah Kebangsaan Sungai Manong, Niah atas kejayaan yang amat membanggakan dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Bahagian Miri 2026.
Penyertaan ini bukan sekadar membawa nama sekolah, tetapi juga mempamerkan semangat juang, disiplin dan dedikasi tinggi seluruh warga SK Sungai Manong.
Seramai sepuluh orang murid telah menggalas amanah dan cabaran dengan penuh dedikasi, iaitu:
1. Alleo Ava anak Dickson Jahya
2. Marchell anak Shela
3. Emmanuel Marcel anak Artila
4. Benedict Bonaventure anak Sebastian Anggie
5. Copper Gerinang anak Gasah
6. Fidelty anak James
7. Marchella Keling anak Kevin
8. Sazyier Leez anak Dennis
9. Pelfy Elfyla anak Lanya
10. Damia Zaskia anak Noni
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Fidelty anak James atas kejayaan cemerlang merangkul Johan 🥇 Individu.
Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Alleo Ava anak Dickson Jahya🥉 atas pencapaian tempat ketiga . Lebih membanggakan, Fidelty anak James dan Alleo Ava anak Dickson Jahya telah terpilih mewakili Bahagian Miri ke Kejohanan Merentas Desa MSS Sarawak yang akan berlangsung di Julau, satu pengiktirafan besar atas prestasi cemerlang dan usaha gigih mereka.
Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Marchella Keling anak Kevin yang berjaya menduduki tempat ke-15, satu pencapaian yang amat membanggakan di peringkat bahagian.
Lebih manis lagi, kontinjen SK Sungai Manong telah dinobatkan sebagai Johan Pasukan Perempuan 🏆, hasil kerjasama berpasukan, semangat juang yang tinggi dan latihan yang berterusan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir sekolah, para jurulatih, guru-guru, ibu bapa serta AKP yang sentiasa memberikan sokongan padu, dorongan moral dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang persiapan hingga kejohanan berlangsung.
Sesungguhnya, kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen bersama seluruh warga sekolah.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. 🌟