16/08/2026
๐ ๐๐๐ฆ๐ ๐ช๐๐๐๐๐๐ & ๐ ๐๐ก๐๐จ๐๐ ๐๐๐๐๐๐จ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฅ ๐๐ ๐๐ข๐๐๐ฃ โ ๐ฑ ๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐ก
Batu Pahat, 16 Ogos 2026 (Awal Pagi) โ Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat dengan kekuatan (1) pegawai dan (5) anggota telah melaksanakan Op Samseng Jalanan bermula jam 12.01 tengah malam hingga 9.00 pagi di sekitar Jalan Kluang, Pekan Parit Raja dan Pekan Ayer Hitam susulan pemantauan terhadap aktiviti samseng jalanan dan tunggangan berbahaya.
Hasil operasi yang dijalankan, pihak polis berjaya menahan (5) lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti menunggang secara berbahaya termasuk menduga kelajuan, menundukkan dagu di atas speedometer serta melakukan aksi mengangkat tayar (wheelie) yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Kelima-lima individu tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) untuk tindakan lanjut.
Dalam operasi sama, sebanyak (16) motosikal telah diperiksa dan (5) motosikal disita di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987. Selain itu, (1) motosikal turut disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987 kerana tiada lesen/LKM dan pengubahsuaian ekzos.
Sebanyak (50) keping saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dan teknikal, antaranya melibatkan ubah suai motosikal, ekzos, tiada lesen memandu, tiada nombor pendaftaran, kesalahan insurans, brek tidak berfungsi, speedometer rosak, lampu isyarat, cermin sisi serta kesalahan lain.
Kesemua (5) OKT turut menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah sebelum dibawa ke Lokap IPD Batu Pahat bagi tindakan lanjut.
๐จ BSPTD Batu Pahat akan terus mempergiatkan Op Samseng Jalanan bagi membanteras sebarang aktiviti tunggangan berbahaya yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya.
โ ๏ธ Jalan raya bukan litar perlumbaan. Jangan pertaruhkan nyawa demi aksi dan kelajuan.
โBerani buat, berani tanggung. Jalan raya milik bersama, bukan medan menunjuk aksi.โ
fans
JSPT JOHOR