Kelab Sukan & Kebajikan PKMD Batu Pahat

Kelab Sukan & Kebajikan PKMD Batu Pahat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Sukan & Kebajikan PKMD Batu Pahat, Social service, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat, No. 52A 52B 54A & 54B, Jalan Penjaja 3, Batu Pahat.

Kelab Sukan & Kebajikan PKMD Batu Pahat ( PPM-012-01-31072022 ) yang membawa slogan “ Semangat Sukan & Jiwa Prihatin “ telah berdaftar secara sah oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 31 Julai 2022.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SUKAN & KEBAJIKAN PKMD BATU PAHAT KALI KE-2/2026Tarikh            :           4 September ...
04/09/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SUKAN & KEBAJIKAN PKMD BATU PAHAT KALI KE-2/2026

Tarikh : 4 September 2026 ( Jumaat )

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat PKMD Batu Pahat

🇲🇾 SALAM MERDEKA KE-69 🇲🇾Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke...
31/08/2026

🇲🇾 SALAM MERDEKA KE-69 🇲🇾

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai nikmat keamanan serta kemakmuran yang kita kecapi.
“Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.”

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Ikhlas daripada:
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat
& KESUKE

SELAMAT BERSARA PUAN ROHANA BINTI YUNUSSetelah lebih 32 tahun menabur bakti, bermula pada 15 Ogos 1994 hingga 29 Septemb...
18/06/2026

SELAMAT BERSARA PUAN ROHANA BINTI YUNUS

Setelah lebih 32 tahun menabur bakti, bermula pada 15 Ogos 1994 hingga 29 September 2026, tibalah saat untuk melabuhkan tirai sebuah perjalanan kerjaya yang penuh dedikasi, pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai.

Puan Rohana bukan sekadar seorang rakan sekerja, malah merupakan insan yang sentiasa memberi inspirasi melalui komitmen, keikhlasan dan kesungguhan dalam melaksanakan amanah.

Setiap usaha, bimbingan dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan akan sentiasa terpahat dalam ingatan serta menjadi teladan kepada generasi yang meneruskan perjuangan.

Walaupun persaraan menandakan berakhirnya satu fasa perkhidmatan, jasa dan kenangan yang ditinggalkan akan terus hidup dalam hati mereka yang pernah mengenali dan bekerjasama dengan puan. Kehilangan kehadiran puan di tempat kerja pasti dirasai, namun kami menumpang gembira melihat puan melangkah ke alam persaraan yang penuh ketenangan dan kebahagiaan.

Semoga setiap detik yang mendatang dipenuhi dengan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, kebahagiaan bersama keluarga tercinta serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Selamat Bersara, Puan Rohana Binti Yunus.
Jasamu dikenang, budimu disanjung, kenanganmu abadi dalam ingatan.

Ikhlas daripada Team Batu Pahat

TERLAJAK RAYA PKMDBP 2026
24/04/2026

TERLAJAK RAYA PKMDBP 2026

Photoshoot Raya KESKIP 2026Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨Di kesempatan yang mulia ini, kami dariJKM Batu Pahat & Kelab ...
18/03/2026

Photoshoot Raya KESKIP 2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨

Di kesempatan yang mulia ini, kami dari
JKM Batu Pahat & Kelab Sukan & Kebajikan PKMD Batu Pahat (KESUKE) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim sesama kita serta segala amalan kita diterima dan dipermudahkan segala urusan.

Berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin 🌙

15/03/2026

Address

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat, No. 52A 52B 54A & 54B, Jalan Penjaja 3
Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan & Kebajikan PKMD Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Sukan & Kebajikan PKMD Batu Pahat:

Shortcuts

Share

Category