18/08/2026
10TH INTERNATIONAL ECO NATURE VIRTUAL RUN & LARIAN MERDEKA TAHUN 2026
📆 18 Ogos 2026 / Selasa
🕰 7.30 pagi - 10.00 pagi
🏃🏼♂️Semua murid Tahap 2 SK Tengku Mariam
🌹Tahniah dan syabas buat semua murid Tahap 2 SK Tengku Mariam yang telah menyertai 10th International Eco Nature Virtual Run & Larian Merdeka Tahun 2026 dengan penuh semangat waja yang tinggi 💪🏻
🌹Alhamdulillah, program ini berjalan dengan sangat lancar tanpa sebarang kerumitan, kemalangan dan kecederaan. Jelas terpamer dari muka ceria daripada semua warga sekolah ❤️
🌹Terima kasih diucapkan kepada Coach Roy yang mengetuai senamrobik SK Tengku Mariam sebelum program ini berlangsung.
🌹Sekalung penghargaan khasnya diucapkan kepada semua warga SK Tengku Mariam, AJK Tertinggi PIBG SK Tengku Mariam, Sukarelawan yang terlibat serta Pegawai PDRM Batu Pahat, yang bersama-sama bekerjasama dalam menjaga keselamatan puteri-puteri TMS serta berganding bahu dalam segala gerak kerja semasa program ini berlangsung.
Ayuh kibarkan Jalur Gemilang!
TAHNIAH DAN SYABAS!
Teamwork + Motivation = Success