Kelab Staf I2E

Kelab Staf I2E Kelab Staf Institut Kejuruteraan Integrasi

MESYUARAT KELAB STAF I2E 2026 & PENYERAHAN TUGAS KEPADA KEPIMPINAN BARU KELAB STAF BAGI SESI 2026-2028Tahniah diucapkan ...
06/02/2026

MESYUARAT KELAB STAF I2E 2026 & PENYERAHAN TUGAS KEPADA KEPIMPINAN BARU KELAB STAF BAGI SESI 2026-2028

Tahniah diucapkan kepada
Pengerusi Kelab Staf I2E SESI 2026-2028 En. Anwar Arifin Bin Jopri Dan Bendahari Pn. Miskiah Binti Mohammad Ihsan

Dan setinggi-tinggi penghargaan Dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Dan Bendahari Kelab Staf I2E yg lalu iaitu Prof. Ir. Dr. Erwan Bin Sulaiman dan Pn. Jalilah Binti Mohd Bajuri

PROGRAM BRISK WALK I2E 2026Institut Kejuruteraan Integrasi melalui Kelab Staf I2E telah mengadakan Program Brisk Walk ba...
06/02/2026

PROGRAM BRISK WALK I2E 2026

Institut Kejuruteraan Integrasi melalui Kelab Staf I2E telah mengadakan Program Brisk Walk bagi tahun 2026 di sekitar UTHM.

Program ini diketuai oleh Pengarah Institut Kejuruteraan Integrasi Prof. Ts. Dr. Mohd Khairul Bin Ahmad serta staf2 I2E dari pelbagai jawatan.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk staf I2E mengamalkan cara hidup sihat serta mengeratkan ukhuwah antara sesama staf

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ PERINGKAT INSTITUT KEJURUTERAAN INTEGRASI Institut Kejuruteraan INTEGRASI dengan kerjas...
20/01/2026

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ PERINGKAT INSTITUT KEJURUTERAAN INTEGRASI

Institut Kejuruteraan INTEGRASI dengan kerjasana kelab Staf IIE telah menganjurkan Majlis SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ bertempat di Surau Al-Hikmah, RECESS.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah IIE iaitu Prof. Ts. Dr. Mohd Khairul Bin Ahmad. Seterusnya ceramah berkaitan ISRA' DAN MIKRAJ telah disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Mohammad Shahrir Bin Abdul Mutalib Dari Pusat Islam UTHM.

Majlis ini juga dihadiri oleh staf-staf dari Institut Kejuruteraan Integrasi dari pelbagai jawatan bagi mengimarahkan majlis ini serta merapatkan silaturrahim.

MAJLIS PENGHARGAAN & REFLEKSI CEMERLANG EKSA 2025 BERSAMA LEMBAGA PENGARAH (LPU) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UT...
28/11/2025

MAJLIS PENGHARGAAN & REFLEKSI CEMERLANG EKSA 2025 BERSAMA LEMBAGA PENGARAH (LPU) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

26 November 2025 : Majlis Penghargaan & Refleksi Cemerlang EKSA 2025 merupakan satu inisiatif yang bertujuan menghargai usaha serta komitmen para juruaudit integrasi EKSA dan penerima anugerah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam merealisasikan objektif pelaksanaan EKSA di UTHM.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mas Fawzi Bin Mohd Ali, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Pada Majlis tersebut, Team Integra X Five dibawah Team EKSA IIE, Institut Kejuruteraan Integrasi (IIE) yang dianggotai oleh En. Mohd Azwadi Bin Omar (Ketua), En. Amirzaki Bin Salikin, En. Mohd Azwan Bin Busu, Pn. Jalilah Binti Mohd Bajuri Serta Pn. Miskiah Binti Mohammad Ihsan memenangi tempat ke 2 bagi Pertandingan KIK peringkat UTHM 2025 dan tempat ke 3 bagi Pertandingan Quick Win 2025. Manakala En. Mohd Azwadi telah diiktiraf sebagai salah seorang Penyelaras PTJ EKSA Berwibawa 2023/2025.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Nik Hisyamudin Bin Muhd Nor, Prof. Madya. Dr. Shazarel Bin Shamsuddin, Ts. Ng Wee Fern serta barisan urusetia yang bertungkuslumus menjayakan majlis ini

Tahniah diucapkan kepada Team Integra X Five Dan Team EKSA IIE. Semoga terus cemerlang dimasa akan datang

KAIZEN OKTOBER 2025Gotong Royong telah dijalankan oleh Team Eksa I2E & Kelab Staf I2E untuk menceriakan dan memperindahk...
31/10/2025

KAIZEN OKTOBER 2025

Gotong Royong telah dijalankan oleh Team Eksa I2E & Kelab Staf I2E untuk menceriakan dan memperindahkan Surau di Blok A9, bangunan RECESS, I2E, UTHM. Memasang Papan Nama Surau Al-Hikmah



Oktober 2025

Pic : Mokhtar A Hamid, An'Amurahman Yunos

KAIZEN OKTOBER 2025Gotong Royong telah dijalankan oleh Team Eksa I2E & Kelab Staf I2E untuk menceriakan dan memperindahk...
31/10/2025

KAIZEN OKTOBER 2025

Gotong Royong telah dijalankan oleh Team Eksa I2E & Kelab Staf I2E untuk menceriakan dan memperindahkan Surau di Blok A9, bangunan RECESS, I2E, UTHM. Menghiasi ruang bahagian depan dalam surau



Oktober 2025

Pic : Amirzaki Salikin, Johari Zainal

KAIZEN OKTOBER 2025Gotong Royong telah dijalankan oleh Team Eksa I2E & Kelab Staf I2E untuk menceriakan dan memperindahk...
31/10/2025

KAIZEN OKTOBER 2025

Gotong Royong telah dijalankan oleh Team Eksa I2E & Kelab Staf I2E untuk menceriakan dan memperindahkan Surau di Blok A9, bangunan RECESS, I2E, UTHM. Cat Bahagian Luar dan dalam Surau



Oktober 2025

Pic : Azwadi Omar, Azwan Busu, Miskiah Muhamad Ihsan, Abdul Halim Shah & Jalilah Bajuri, Ahmad Nasrull

SUKIIE 2025 : ACARA PINGPONG (BEREGU LELAKI) Sempena Sukan Institut Kejuruteraan Integrasi 2025 (SUKIIE 2025), Kelab Sta...
17/06/2025

SUKIIE 2025 : ACARA PINGPONG (BEREGU LELAKI)

Sempena Sukan Institut Kejuruteraan Integrasi 2025 (SUKIIE 2025), Kelab Staf I2E telah menganjurkan pertandingan acara Ping-pong beregu LELAKI yang telah diadakan pada 16 & 17 Jun 2025 jam 5.15ptg hingga 7.00 ptg.

Sebanyak tiga team yang telah dihantar oleh COE masing2 untuk pertandingan ini. Team A RECESS (Prof Adnan, En Amir & En. Johari), Team B Pejabat I2E (Prof Khairul & En Anwar) Dan Team C gabungan MiNT-SRC & MPRC (En Azwadi & En Azwan).

Tahniah kepada semua team yang telah bermain dan lawan antara satu sama lain dan keputusannya adalah seperti berikut :

Johan : Team C
Naib Johan : Team B
Tempat Ketiga : Team A

PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PENOLONG JURUTERA RECESS, INSTITUT KEJURUTERAAN INTEGRASI, UTHMPERKONGSIAN ILMU ini telah disam...
17/06/2025

PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PENOLONG JURUTERA RECESS, INSTITUT KEJURUTERAAN INTEGRASI, UTHM

PERKONGSIAN ILMU ini telah disampaikan oleh Penolong Jurutera RECESS iaitu Tc. En. Amirzaki Salikin dan En. Muhammad Johari Zainal. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah I2E iaitu Prof. Ts. Dr. Mohd Khairul Bin Ahmad, Pegawai-Pegawai, staf pelaksana serta Penolong Jurutera di setiap COE dibawah I2E.

En. Amir & En. Johari turut membawa semua yang hadir untuk melawat dan menerangkan perkhidmatan yang disediakan serta menunjukkan peralatan yang ada di RECESS dan membenarkan peserta mencuba peralatan tersebut.

Banyak Ilmu yang diperolehi dalam perkongsian ini. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama staf di I2E. Terima kasih diucapkan kepada En. Amir & En. Johari.

KETUPAT RAYA AIDILADHA 2025Tak rancang pun aktiviti ni, bila berkumpul ramai2 macam2 idea keluar. Nah kan dah dapat 70 b...
06/06/2025

KETUPAT RAYA AIDILADHA 2025

Tak rancang pun aktiviti ni, bila berkumpul ramai2 macam2 idea keluar. Nah kan dah dapat 70 biji ketupat raya haji. Jadi, ini la aktiviti Kelab Staf I2E sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha waktu rehat tengah hari kami manfaatkan sebaiknya.

Kelab Staf I2E mengucapakan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, Selamat Menunaikan Ibadat Haji kepada sahabat2 I2E & seluruh umat islam yang berada di tanah suci Makkah. Semoga dipermudahkan segala urusan hendakknya.

MAJLIS LAMBAIAN KASIHInstitut Kejuruteraan Integrasi dengan kerjasama Kelab Staf I2E telah menganjurkan Majlis Lambaian ...
26/05/2025

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

Institut Kejuruteraan Integrasi dengan kerjasama Kelab Staf I2E telah menganjurkan Majlis Lambaian Kasih khas untuk menghargai dan mengenang jasa dan bakti yang telah diberi dan dicurahkan oleh Encik Mohamad Fadhil Bin Ja'afar selama berkhidmat di Institut Kejuruteraan Integrasi. Encik Fadhil telah berkhidmat di I2E selama enam tahun bermula pada 2019.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah I2E iaitu Prof. Ts. Dr. Mohd Khairul Ahmad, Ketua2 COE serta sahabat2 I2E yang lainnya.

Hendak Menebang Nibung Berduri
Dibuat Pagar Tepi Perigi
Pantun Dikarang Melepas Diri
Entahkan Bila Berjumpa Lagi

Gunung Bintang Lekuk Ditengah
Sayang Penyengat Kubunya Tiga
Hancur Badan Dikandung Tanah
Budi Mu Ku Sanjung Ku Ingat Jua

Kalau Menjemur Papan Panjang
Baik Disusun Tegak Berdiri
Kalaulah Ada Umur Panjang
Insyaallah Kita Kan Berjumpa Lagi

Semoga Encik Fadhil terus maju jaya hendaknya di masa mendatang. Kenang kami dalam Doamu.

MAJLIS BERBUKA PUASA & KHATAM AI-QURAN INSTITUT KEJURUTERAAN INTEGRASI 202514 MAC 2025 | JUMAATInstitut Kejuruteraan Int...
14/03/2025

MAJLIS BERBUKA PUASA & KHATAM AI-QURAN INSTITUT KEJURUTERAAN INTEGRASI 2025

14 MAC 2025 | JUMAAT

Institut Kejuruteraan Integrasi (I2E) dengan kerjasama Kelab Staf I2E (KS I2E) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama staf I2E dan keluarga bertempat di MiNT-SRC.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pengarah I2E iaitu Prof. Ts. Dr. Mohd Khairul Ahmad, Pengerusi KS I2E iaitu Prof. Ir. Dr. Erwan Sulaiman, Ketua-ketua Pusat Kecemerlangan dan staf I2E lain bersama-sama keluarga masing-masing.

Majlis ini dimulakan dengan Khatam Al-quran dan bacaan doa yang dibawakan oleh Prof. Ir. Dr. Erwan Sulaiman bersama-sama staf I2E dan keluarga. Seterusnya berbuka puasa secara ringkas dengan kurma dan air mineral sebelum menunaikan solat magrib. Selesai solat magrib barulah berbuka dengan juadah yang disediakan dan majlis berakhir sebelum solat isyak.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua staf I2E dan keluarga yang sudi datang ke majlis berbuka puasa ini. Semoga ukhuwah antara staf I2E sentiasa terjalin erat.

Insyaalah jumpa lagi dimasa akan datang

Address

Institut Kejuruteraan Integrasi, Parit Raja
Batu Pahat
86400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Staf I2E posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category