25/02/2022
ம.இ.கா பத்து பாகாட் இளைஞர் பிரிவின் சார்பில் ஜொகூர் மாநில தேர்தலில் போட்டியிடும் ம. இ.கா வேட்பாளர்களான நால்வர் மாண்புமிகு ரவின் குமார், மாண்புமிகு வித்தியானந்தன் ராமநாதன், திரு சுப்பையா சோலைமுத்து, திருமதி சரஸ்வதி நல்லதம்பி ஆகியோருக்கு எங்களின் மனமார்ந்த வாழ்த்துக்களைத் தெரிவித்துக் கொள்கிறோம். அவ்வகையில் மாண்புமிகு ரவீன் குமார் - தெங்காரோ பகுதியிலும், மாண்புமிகு வித்யானந்தன் - காஹாங் பகுதியிலும், திரு. சுப்பையா - புகிட் பாது பகுதியிலும் மற்றும் திருமதி சரஸ்வதி - கெமெலா பகுதியில் போட்டியிட்டு வெற்றி பெற வாழ்த்துக்கள் கூறுவதில் பெருமகிழ்ச்சி கொள்கிறோம்.
CALON MIC PASTI MEMBAWA KEMENANGAN KEPADA BN
Pergerakan Pemuda MIC Bahagian Batu Pahat ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat berjaya kepada keempat-empat calon MIC yang telah dipilih untuk mewakili Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022.
YB Raven Kumar Krishnasamy, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan akan bertanding di DUN Tenggaroh manakala YB Vidyananthan Ramanadhan, Pengerusi MIC Negeri Johor p**a akan bertanding di DUN Kahang. Encik Suppayah Solaimuthu p**a akan bertanding di DUN Bukit Batu manakala Puan Saraswathy Nallathanby, Ketua Wanita MIC Negeri Johor p**a akan bertanding di DUN Kemelah.
Pemuda MIC Bahagian Batu Pahat juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dato Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC dan YB Datuk Seri M. Saravanan, Timbalan Presiden MIC diatas peluang dan ruang yang telah diberikan kepada bukan sahaja pemimpin kanan parti, malah juga kepada pemimpin sayap parti dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022 ini.
Pergerakan Pemuda MIC Bahagian Batu Pahat akan terus berkerja keras untuk memastikan kemenangan keempat-empat calon dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022, terutamanya dalam usaha meningkatkan sokongan pengundi muda kepada calon-calon MIC.
Pergerakan Pemuda MIC Bahagian Batu Pahat yakin calon-calon MIC akan membawa kemenangan yang bermakna buat Barisan Nasional.
Ayuh, sama-sama kita merealisasikan gagasan Kestabilan Masa Depan Barisan Nasional di Johor.