25/08/2026
PAMERAN PERSATUAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA SEMPENA HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (HPUA) 2026 (HARI PERTAMA)
20 Ogos 2026 I Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan
Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS) telah dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Program Pameran Persatuan Universiti Awam Malaysia sempena HPUA 2026 bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Antara tugasan yang dilaksanakan merangkumi pembangunan garis panduan pertandingan, spesifikasi poster dan rubrik penilaian, pelantikan & pengagihan juri, pengenalpastian lokasi pameran, penyusunan poster, penyusunan jadual penjurian, taklimat juri/vvip, dan penyediaan sijil pemenang & sijil penyertaan.
Pameran poster melibatkan 19 Universiti Awam Malaysia berlangsung selama dua hari bermula 20 hingga 21 Ogos 2026 telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu;
Kategori Utama - Poster Aktiviti Persatuan
Kategori Khas - Poster Projek Inovasi.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa PENTAS yang bertungkus lumus sebelum, semasa dan selepas program untuk memastikan pameran poster ini berjalan lancar dan jayanya. Ahli jawatankuasa yang dilantik adalah;
Puan Hawa binti Omar, Presiden PENTAS
Encik Anuar Raze bin Abd Rahim, Timbalan Presiden PENTAS
Cik Nurul Huda binti Abul Rahman, Timbalan Bendahari PENTAS
Encik Muhammad Ammar Zahin bin Musa, Ketua Exco Sukan dan Rekreasi PENTAS.
Syabas dan Tahniah!
Ikhlas Daripada,
Jawatankuasa dan Ahli-ahli PENTAS UTHM