09/07/2026
๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ถ๐ฆ๐ช๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ข๐ง๐๐ฉ๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฃ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐๐ ๐ ๐จ๐ฅ๐๐
SIMPANG RENGGAM, 8 Julai 2026 โInstitut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau telah menganjurkan Program Motivasi dan Pembangunan Diri Murid Tahap 2 bagi memperkukuh sahsiah, keyakinan diri serta potensi murid secara holistik.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di dewan terbuka SK Sungai Linau itu melibatkan seramai 80 orang murid Tahun 4 hingga Tahun 6. Inisiatif ini bertujuan memberi suntikan semangat kepada murid, memupuk disiplin, menyemai nilai-nilai murni serta membantu mereka membina jati diri dalam kehidupan seharian.
Selaras dengan matlamat pendidikan yang menekankan pembangunan murid secara menyeluruh, program ini memberi penekanan bahawa kecemerlangan bukan sahaja diukur melalui pencapaian akademik, malah turut merangkumi pembentukan akhlak, kemahiran sosial, daya kepimpinan dan kemahiran insaniah.
Penglibatan iSWAJ UTHM dalam program ini amat bertepatan dengan misinya untuk menyebarluaskan ilmu dan penghayatan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah berasaskan Paradigma Tauhid bagi melahirkan modal insan yang kompeten serta berintegriti. Melalui pendekatan pendidikan dan pembinaan sahsiah seperti ini, iSWAJ turut menyokong pembangunan ummah dengan menerapkan nilai kerohanian, kepimpinan dan tanggungjawab sosial sejak di peringkat sekolah rendah.
Program separuh hari ini diisi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat dan interaktif. Antara pengisian utama ialah ceramah bertajuk โKenali Potensi Diriโ yang disampaikan oleh Ts. Dr. Zurina Yasak, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Selain itu, Prof. Madya Dr. Khainunesa bin Isa, Pensyarah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum UTHM, turut berkongsi ilmu menerusi slot โAnak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC)โ. Perkongsian tersebut menekankan kepentingan membentuk murid yang bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran, tetapi juga memiliki akhlak, disiplin dan sikap positif.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Sungai Linau, YBhg. Puan Norazlina binti Mohamad. Program motivasi ini berjaya menyemarakkan motivasi murid selain dapat memperkukuh hubungan kolaboratif antara sekolah dengan institusi pengajian tinggi, usaha ini diharapkan dapat diteruskan sebagai platform pembinaan murid yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.