Wanita UMNO Batu Pahat

Wanita UMNO Batu Pahat Wanita UMNO Batu Pahat sentiasa berubah untuk seiring dengan transformasi pemikiran dan gerak kerja, namun tetap lestari dalam perjuangan agama dan bangsa.

24 Ogos 202612 Rabiul Awal 1448HSalam Maulidur Rasul ...
24/08/2026

24 Ogos 2026
12 Rabiul Awal 1448H

Salam Maulidur Rasul ...




15 Ogos 2026Alhamdulillah, selesai sudah Program Raikan Kemerdekaan Bersama Jalinan Rakyat anjuran Wanita UMNO Bahagian ...
15/08/2026

15 Ogos 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Raikan Kemerdekaan Bersama Jalinan Rakyat anjuran Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat yang berlangsung dalam suasana penuh meriah, ceria dan semangat kekeluargaan.Tahniah kepada Puan Hjh Haliza Abdullah dan Naib Ketua Wanita Bhg Batu Pahat dan ajk wanita Bhg yang telah bertungkus lumus menguruskan segala kelengkapan prrogram pada hari ini.

Majlis telah disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Mohd Yusla Ismail, ADUN Senggarang yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian hadir serta menyempurnakan program ini. 🌹

Terima kasih juga kepada YBhg Dato Dr Shahrulnizam Yunos yang menaja tempat bagi program ini di Wisma Dato Dr Shahrulnizam Yunos, Pt. Tariman, Senggarang.πŸ’

Pelbagai aktiviti menarik seperti Chair Robic, Team Building, Fun Games dan Karaoke Santai telah diadakan, sekali gus mengeratkan silaturahim dan menceriakan para peserta.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan, malah menjadi wadah untuk memperkukuh ukhuwah, mendekati masyarakat serta mengeratkan hubungan bersama Jalinan Rakyat.

Terima kasih kepada semua 420 wanita-wanita hebat yang hadir terdiri daripada jentera Jalinan Rakyat serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. ❀️

πŸ‡²πŸ‡Ύ Semangat Merdeka, Ukhuwah Terpelihara!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ




12 Ogos 2026πŸŽ€Jom puan-puan.......🎁 400 PESERTA, 400 HADIAH UNTUK DIBAWA PULANG! 🎁Sempena Raikan Kemerdekaan yang  ke-69 ...
12/08/2026

12 Ogos 2026
πŸŽ€Jom puan-puan.......

🎁 400 PESERTA, 400 HADIAH UNTUK DIBAWA PULANG! 🎁

Sempena Raikan Kemerdekaan yang ke-69 bersama Jalinan Rakyat Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, setiap peserta yang hadir akan menerima 1 hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan dan kenangan. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™

Bukan sekadar aktiviti dan permainan yang menyeronokkan, tapi kita raikan ukhuwah, semangat kemerdekaan dan kebersamaan bersama-sama! β€οΈπŸ€πŸ’™

Jom hadir, meriahkan suasana dan bawa pulang hadiah anda! πŸŽ‰πŸŽ

πŸ‡²πŸ‡Ύ Semangat Merdeka & Ukhwah!

🎁 400 PESERTA, 400 HADIAH UNTUK DIBAWA PULANG! 🎁

Sempena Raikan Kemerdekaan yg ke-69 bersama Jalinan Rakyat Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, setiap peserta yang hadir akan menerima 1 hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan dan kenangan. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™

Bukan sekadar aktiviti dan permainan yang menyeronokkan, tapi kita raikan ukhuwah, semangat kemerdekaan dan kebersamaan bersama-sama! β€οΈπŸ€πŸ’™

Jom hadir, meriahkan suasana dan bawa pulang hadiah anda! πŸŽ‰πŸŽ

πŸ‡²πŸ‡Ύ Semangat Merdeka & Ukhwah!

11 Ogos 2026Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat bersama Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat telah  m...
11/08/2026

11 Ogos 2026

Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat bersama Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat telah meluangkan masa menyantuni Ketua Wanita UMNO Cawangan Parit Makmur Darat Puan Rumini Alias dalam satu kunjungan dimana Puan Rumini Alias baru sahaja kehilangan suami tersayang pada 9 Ogos yang lalu.

Dalam kunjungan ini, turut disampaikan Kotak Sentuhan Sayang bagi mewakili Ketua Wanita Umno Bhg yang sedang menghadiri mesyuarat di luar kawasan sebagai tanda keprihatinan, kasih sayang dan sokongan daripada Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat kepada keluarga serta kepimpinan di peringkat akar umbi. πŸ’

Semoga kunjungan kecil ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam keluarga besar Wanita UMNO.

Terus menyantuni, terus prihatin, terus bersama rakyat. πŸ’™πŸŒΉ





9 Ogos 2026Hari ini Ketua Wanita Bhg Batu Pahat bersama 3 pegawai menyantuni Puan Zarina Binti Bain, Ketua Wanita  UMNO ...
09/08/2026

9 Ogos 2026

Hari ini Ketua Wanita Bhg Batu Pahat bersama 3 pegawai menyantuni Puan Zarina Binti Bain, Ketua Wanita UMNO Bhg Tgg Piai, Setiausaha Wanita Umno Negeri Johor dan juga EXCO Wanita UMNO Malaysia yang baru sahaja kehilangan suami tercinta pada 8 Ogos 2026. Didoakan semoga Puan Zarina sekeluarga bertabah atas pemergian suami tersayang. Semoga roh Allahyarham suami dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang- orang yang beriman. Amiin yra.




8 Ogos 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ UMNO MILIK BERSAMA πŸ‡²πŸ‡ΎAlhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat pada 8...
08/08/2026

8 Ogos 2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ UMNO MILIK BERSAMA πŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Mesyuarat ini menjadi medan untuk seluruh perwakilan bersama-sama membincangkan hala tuju parti, memperkukuhkan perpaduan serta memastikan gerak kerja UMNO terus diperkasakan demi kepentingan rakyat.

Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi kekuatan UMNO Bahagian Batu Pahat dalam menghadapi cabaran dan meneruskan perjuangan bersama. πŸ’™πŸ‡²πŸ‡Ύ

UMNO Milik Bersama. Terus Bersatu, Terus Berjuang! πŸ’ͺπŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ




Jangan lupa esok ya. SamaΒ² kita jalankan tanggungjawab kita sebagai perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bat...
06/08/2026

Jangan lupa esok ya.

SamaΒ² kita jalankan tanggungjawab kita sebagai perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat bersama keluarga besar UMNO di bawah pimpinan Ketua UMNO Bahagian YB Tn Hj Zaidi bin Japar.

4 Ogos 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ RAIKAN KEMERDEKAAN BERSAMA JALINAN RAKYAT πŸ‡²πŸ‡ΎSempena sambutan Bulan Kebangsaan yang ke-69, Wanita UMNO Baha...
04/08/2026

4 Ogos 2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ RAIKAN KEMERDEKAAN BERSAMA JALINAN RAKYAT πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang ke-69, Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat akan menganjurkan Program Raikan Kemerdekaan Bersama Jalinan Rakyat sebagai usaha memperkukuh semangat patriotisme, mengeratkan silaturahim serta menyantuni masyarakat.

πŸ“… Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•’ Masa: 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Wisma Dato' Dr Shahrul Nizam Yunos, Parit Tariman, Senggarang.

Program ini akan menghimpunkan petugas-petugas Jalinan Rakyat Wanita dari seluruh cawangan di Bahagian Batu Pahat dalam semangat kebersamaan, perpaduan dan cintakan negara.

πŸ“’ Mohon kerjasama setiap Cawangan menghantar EMPAT (4) orang Petugas JR Wanita sebagai peserta program.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan memperkukuhkan jalinan ukhuwah dan semangat berkhidmat kepada rakyat.

"Raikan Kemerdekaan, Kukuhkan Jalinan, Santuni Rakyat." β€οΈπŸ’™πŸ’›





27 Julai 2026PRN Negeri Sembilan | DUN RahangSemangat perjuangan terus disemarakkan apabila jentera Bahagian Angkat Batu...
27/07/2026

27 Julai 2026

PRN Negeri Sembilan | DUN Rahang

Semangat perjuangan terus disemarakkan apabila jentera Bahagian Angkat Batu Pahat bersama Negeri Angkat Perlis berganding bahu turun padang di DUN Rahang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Kehadiran seluruh jentera membuktikan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam memperkukuhkan gerak kerja kempen. Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk ziarah rakyat, bertemu pengundi dari rumah ke rumah, serta menyampaikan mesej perjuangan demi memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Kerjasama erat antara Negeri Angkat Perlis dan Bahagian Angkat Batu Pahat menjadi bukti bahawa kekuatan sesebuah perjuangan lahir daripada kesatuan hati, kesungguhan serta semangat berpasukan. Semoga segala usaha yang dicurahkan dipermudahkan dan membuahkan hasil yang terbaik.





27 Julai 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ JALINAN RAKYAT SEMPENA HARI KEMERDEKAAN πŸ‡²πŸ‡ΎSempena sambutan Hari Kebangsaan, Wanita UMNO Bahagian Batu Pa...
27/07/2026

27 Julai 2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ JALINAN RAKYAT SEMPENA HARI KEMERDEKAAN πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat akan menganjurkan Program Jalinan Rakyat sebagai platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli dan masyarakat.

Pelbagai aktiviti menarik menanti para peserta seperti Chair Robic, Sukan Rakyat dan Pertandingan Kumpulan Terbaik yang pastinya akan menceriakan sambutan dalam suasana penuh semangat kemerdekaan.

πŸ“… Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•’ Masa: 7.30 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Senggarang

Penyertaan dibuka kepada 4 orang Junior (JR) bagi setiap cawangan.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuhkan perpaduan dan meraikan kemerdekaan dalam suasana penuh kegembiraan serta kekeluargaan.

Ayuh sertai dan meriahkan Program Jalinan Rakyat!
Bersama kita raikan kemerdekaan, eratkan ukhuwah dan bangunkan semangat kebersamaan demi Malaysia yang lebih bersatu.





Address

Pejabat UMNO Batu Pahat
Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita UMNO Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita UMNO Batu Pahat:

Shortcuts

Share