UMNO Sri Gading

UMNO Sri Gading Laman Facebook Rasmi UMNO Bahagian Sri Gading yang beralamat di Pejabat UMNO Bahagian Sri Gading, Jalan Besar 86400 Parit Raja, Parit Raja, Batu Pahat, JDT

02/06/2026

Najib Hargai Sokongan Kepimpinan, Rakyat Sepanjang Khidmat Di Parit Yaani 2 June 2026 Berita Utama KUALA LUMPUR, 2 Jun – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Najib Samuri menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan parti, kerajaan negeri serta rakyat Parit Yaani yang sentiasa memberikan so...

02/06/2026

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurnia serta izinNya dengan pembubaran Dewan Negeri Johor pada hari ini bermakna selesai tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya sebagai ADUN Parit Yaani bagi tahun 2022 hingga 2026. Semoga segala khidmat bakti diterima dan beroleh keberkatan.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor serta seluruh saf pentadbiran kerajaan negeri di atas kepimpinan memacu negeri Johor untuk terus mencapai kemajuan berserta keprihatinan terhadap seluruh Bangsa Johor.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada YAB Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi selaku Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO Malaysia di atas ruang dan kepercayaan kepada saya untuk mewakili parti di DUN Parit Yaani.

Tidak saya lupakan, penghargaan kepada YBhg. Datuk Haji Encik Lassim Burhan selaku Pengerusi Barisan Nasional dan Ketua UMNO Bahagian Sri Gading serta seluruh saf kepimpinan diatas sokongan dan dorongan selama ini.

Didoakan semoga seluruh rakyat Bangsa Johor khususnya di kawasan DUN Parit Yaani agar terus terpelihara, maju negeri, aman makmur dan sejahtera. Insya-Allah.

INSPIRASI KITA


01/06/2026

52 Tahun Barisan Nasional!

01/06/2026

52 TAHUN, BARISAN NASIONAL TERUS BERBAKTI

Lima dekad lebih perjuangan yang dibina atas semangat kebersamaan, kestabilan dan komitmen dalam membela rakyat serta membangunkan negara.

Terima kasih kepada seluruh kepimpinan, jentera dan akar umbi yang terus setia menggalas amanah. Semoga Barisan Nasional terus menjadi wadah yang membawa kemakmuran, kesejahteraan dan masa depan yang lebih baik untuk rakyat.

Selamat Ulang Tahun ke-52 Barisan Nasional.

INSPIRASI KITA


01/06/2026

Dirgahayu Tuanku.

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Patik dan Seluruh Saf Kepimpinan UMNO Bahagian Sri Gading mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT seterusnya memayungi negara dengan bijaksana, prihatin dan penuh kasih sayang kepada rakyat.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.

31/05/2026

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan Dirgahayu Tuanku kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Patik sekalian mendoakan agar DYMM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, umur yang panjang serta terus berada di bawah lindungan, rahmat dan keberkatan Allah SWT dalam memayungi rakyat dan negara.

Daulat Tuanku

INSPIRASI KITA


Address

Jalan Besar, Parit Raja
Batu Pahat
86400

Telephone

+6074542678

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNO Sri Gading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UMNO Sri Gading:

Share