CCSC BATU PAHAT

CCSC BATU PAHAT Berperanan sebagai Pusat Khidmat Rawatan perubatan dan pemulihan dadah kepada kump**an sasaran dalam komuniti yang terlibat dalam masalah dadah.

Sempena sambutan Kemerdekaan ke 62 AADK dan JKPD bersama dengan Residen CCSC serta OKP Daerah Batu Pahat turut menyertai...
04/09/2019

Sempena sambutan Kemerdekaan ke 62 AADK dan JKPD bersama dengan Residen CCSC serta OKP Daerah Batu Pahat turut menyertai perbarisan Kemerdekaan pada 31 Ogos 2019 , Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih memberi maksud yang mendalam kepada klien kami Sayangi Malaysiaku bukan semata perkataan mahupun ungkapan namun mesti diterapkan kepada kepulihan klien itu sendiri dengan membawa maksud yang tersirat klien mesti tahu untuk sayangkan diri ,keluarga ,masyarakat dan paling penting ketuhanan , dengan menjaga ciri ciri ini melalui menghindarkan diri dari penglibatan semula dalam penagihan dan memahami konsep sayang itu sendiri secara tidak langsung membawa diri dan negara ke arah Malaysia Bersih.

Nazrul
AADK BP

SHARING IS CARING oleh saudara Azmi di CCSC BATU PAHAT 22.4.2019  program kepulihan bukan  sekadar memberi ilmu dan disi...
22/04/2019

SHARING IS CARING oleh saudara Azmi di CCSC BATU PAHAT 22.4.2019 program kepulihan bukan sekadar memberi ilmu dan disimpan didalam hati dan fikiran mesti diaplikasikan di luar. Untuk memberi kesedaran bukan sahaja sekadar bertutur secara berhemah kadang-kadang perlu dipasak supaya tertanam didalam hati menjadi panduan dikemudian hari.

18/04/2019

Assalammualaikjm semua kami akan bersiaran kembali nantikan info info dan maklumat aktiviti2 terkini yang akan kami isi nanti tungguuuuu

13/08/2018

Wacana Sinar πŸ”›
πŸ’‰ DADAH : AKU PEDULI, KAU JANGAN TAK PEDULI πŸ”›

Tarikh : 15hb Ogos 2018 (Rabu)
Masa : 10pg - 12tgh
Tempat : Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam

Jom ramaiΒ² datang bawak mak ayah abang adik kakak πŸ’¨πŸ’¨πŸ’¨ Masuk percuma πŸ“·πŸ“Ή


20/07/2018
09/02/2018

Sedikit ringkasan cerota nak taip panjang xlarat bagi video yang telah diedit
Kredit to : namawee (tokyo bon)
Pinjam lagu ye.

07/02/2018

Sekian lama admin tak bersiaran mengenai CCSC alhamdulillah hari ini admin dapat sedikit masa untuk lepaskan sedikit coretan dalam muka buku ni untuk makluman pada 8hb hingga 9hb Februari 2018 admin dan team akan bergerak le Mersing membawa 10 orang residen CCSC BATU PAHAT untuk aktiviti riadah, admin akan cuba memberi beberapa tips dan info mengenai tujuan dan matlamat program esok harap bersabar kepada semua yang mengikuti page kami.

Sesungguhnya keletihan minda ,tenaga dan idea  dalam usaha mendidik anak bangsa dari kembali ke alam penagihan hanya ber...
15/11/2017

Sesungguhnya keletihan minda ,tenaga dan idea dalam usaha mendidik anak bangsa dari kembali ke alam penagihan hanya berbaloi apabila apa yang diusahakan dibalas dengan tidak lagi terjerumus ke alam penagihan , namun sikap dan disiplin sekiranya tidak dikawal dan dididik oleh tuan punya badan akan menjadi sia sia kerana sikap lah mereka ini akan mudah jatuh kembali kepada najis dadah walaupun mereka ini berusaha dengan bersungguh tanpa diiringi sikap tawaduk dan tunduk kepada pencipta tidak mungkin mereka akan mampu untuk kekal dalam kepulihan.

15/11/2017

Orang ramai dijemput memberikan pandangan mengenai Dasar Dadah Negara yang boleh dicapai melalui pautan di atas. Maklumbalas daripada tuan/puan akan diambil kira dalam pelaksanaan pelan tindakan Dasar Dadah Negara oleh AADK.

Emelkan pandangan & idea ke [email protected] atau whatsapp ke 019-4845604. Bersama kita menyumbang idea & buah fikiran dalam merealisasikan impian kita mewujudkan negara bebas dadah.

Apabila berada didalam situasi kepulihan kita mesti memahami satu perkara iaitu tanggungjawab sebagai manusia . Tanggung...
03/11/2017

Apabila berada didalam situasi kepulihan kita mesti memahami satu perkara iaitu tanggungjawab sebagai manusia . Tanggungjawab tidak boleh diberi atau diwarisi ia mestilah dipupuk dan disemai sehingga ia merasai satu persaan, perasaan yang bagaimana ? Perasaan yang mendalam melibatkan sikap kita , perasaan rasa malu untuk melakukan sesuatu yang bukan kehendak kita dan perasaan bersalah dan berdosa sekiranya melakukan sesuatu yang tidak mengikut keperluan, kehendak diri , keluarga , masyarakat malah tuhan. Kita harus akur untuk pulih dari ketagihan najis dadah bukanlah mudah namun sekiranya mereka yang pernah terlibat dalam dunia penagihan ini mengubah sikap mendisiplinkan diri dan menanam satu azam dan matlamat yang jelas tidak mustahil kepulihan dapat dicapai. Dengan memaksa mereka mengikut arahan seperti seorang tentera bukanlah jawapan namun tanpa dipaksa tidak mungkin mereka ini akan sedar oleh itu dalam keterpaksaan inilah harus kita membuka minda dan mencelikan hati agar menyedarkan mereka akan tangungjawab bagi mencapai matlamat yamg harus mereka sendiri cari.

nazrulhamizan
AADK BATU PAHAT

Pada 26.10.2017 hingga 27.10.2017 satu program kolaborasi telah dilaksanakan antara CCSC BATU PAHAT dan CCSC PORT DICKSO...
27/10/2017

Pada 26.10.2017 hingga 27.10.2017 satu program kolaborasi telah dilaksanakan antara CCSC BATU PAHAT dan CCSC PORT DICKSON apa yang menarik kolaborasi ini jarang berlaku terutamanya apabila melibatkan perbezaan jantina dimana CCSC BP residen adalah klien lelaki manakala CCSC PD p**a klien wanita walaupun ada perbezaan terutama kolaborasi antara negeri yang berbeza kami mempunyai objektif yang sama memberi kesedaran dan semangat kepada mereka untuk kuat menolak penagihan semula disini disertakan sedikit ringkasan aktiviti Memberi pemahaman kepada klien CCSC berkaitan matlamat dan tujuan mereka berada di CCSC, membuat satu simulasi bagi memudahkan klien memahami tujuan aktiviti. Simulasi yang dibuat mengambil kira aspek peluang yamg diberi dalam kepulihan jatuh bangun dalam mencapai kepulihan , pentingnya sokongan dari masyarakat sekeliling dan ahli keluarga , membuka minda supaya berfikir diluar kotak dan menerapkan prinsip supaya berupaya untuk berkata tidak dan menolak penagihan dadah.
# AADK Negeri Sembilan

Tanpa langkah pertama Tidak akan ada langkah seterusnya, Tanpa langkah Pertama anda tidak akan kenal Kegagalan,Tanpa lan...
19/10/2017

Tanpa langkah pertama Tidak akan ada langkah seterusnya, Tanpa langkah Pertama anda tidak akan kenal Kegagalan,
Tanpa langkah pertama anda tidak akan jumpa Kejayaan,

Berhenti merungut ,
berhenti memberi alasan ,

Bebaskan diri anda, pilihan ditangan anda ,

Untuk menjadi seorang yang gagal itu pilihan anda,
Untuk menjadi seorang yang berjaya itu juga pilihan anda

Mari sahabat.mari kawan Mari saudara kita mulakan langkah yang pertama.

Address

NO 5A, Jalan DAHLIA, TAMAN DAHLIA
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Sunday 08:00 - 17:30

Telephone

074333445

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CCSC BATU PAHAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category