Jabatan Amal Sri Gading

Jabatan Amal Sri Gading Page Rasmi Jabatan Amal Negeri Johor Kawasan Sri Gading Kami Beramal Kerana Allah!!

Unit Amal Malaysia telah Berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang di dalam pelbagai sudut yang ditugaskan kepada Unit tersebut sehingga diberikan nama jolokan oleh rakyat Malaysia sebagai โ€œTENTERA MERAHโ€, diantaranya:

- Menjaga keselamatan pimpinan PAS, Pakatan Rakyat dan semua peserta demontrasi di dalam semua demontrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (Bersih dan sebagainya).

-Menjaga ke

selamatan pimpinan PAS Negeri-Negeri dan Pusat di seluruh Malaysia.

-Menjalankan agihan bantuan dan bantuan kemanusiaan banjir di seluruh Malaysia (Banjir Johor, Pahang, Kelantabn dan sebagainya).

-Menjalankan agihan bantuan, bantuan kemanusiaan dan sebagainya semasa bencana Tsunami di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Aceh, Indonesia.

๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ ๐‰๐Ž๐Œ๐Œ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐ŸฉธุงูŽู„ุณูŽู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู… ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงูŽู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒุงุชูู‡ูSalam Sejahtera semua.Jabatan Amal Sri Gadin...
23/01/2024

๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ ๐‰๐Ž๐Œ๐Œ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ

ุงูŽู„ุณูŽู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู… ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงูŽู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒุงุชูู‡ู

Salam Sejahtera semua.

Jabatan Amal Sri Gading mengajak penduduk di seluruh Batu Pahat untuk menjadi wira negara dengan menderma darah.

Temui kami untuk menderma darah di Karnival Muslimat Kg Parit Besar. Perincian seperti berikut.

๐Ÿ“… Tarikh : 27 Januari 2024 (Sabtu)
๐Ÿฉ Tempat : Masjid Kg Parit Besar
๐Ÿ•’ Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Ayuh wira-wira negara, setitik darah sejuta harapan. 1 beg darah mampu menyelamatkan 5 nyawa.

Penderma darah boleh menekan link pendaftaran untuk mendapatkan slot masa menderma darah.

๐Ÿ’ป https://tinyurl.com/ABD2024

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi :

โ˜Ž๏ธ Nizam ๐Ÿ˜— 010-898 1864




ZIARAH21 Mac 2023 - Alhamdulillah berkesempatan menziarahi Tuan Khairul Nizam, Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sr...
21/03/2023

ZIARAH

21 Mac 2023 - Alhamdulillah berkesempatan menziarahi Tuan Khairul Nizam, Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sri Gading yang dilanda musibah banjir dan anaknya telah selesai operasi pembedahan.

Semoga segala urusan Tuan Khairul Nizam dipermudahkan dan anaknya cepat sembuh.

ุณูŠุฑูˆุง ุนู„ู‰ ุจุฑูƒุฉ ุงู„ู„ู‡

Alhamdulillah Dapur Rakyat Sri Gading dapat berjalan dengan baik, terima kasih kepada Ngo Iman Care Terengganu yang siap...
14/03/2023

Alhamdulillah Dapur Rakyat Sri Gading dapat berjalan dengan baik, terima kasih kepada Ngo Iman Care Terengganu yang siapkan makanan untuk mangsa banjir sekitar sri Gading.

Antara lokasi pengedaran makanan termasuklah di parit jelutong.

Jabatan Amal Malaysia juga turut terlibat dalam misi mencari mangsa tanah runtuh di Batang Kali- Genting Highland.Pasuka...
16/12/2022

Jabatan Amal Malaysia juga turut terlibat dalam misi mencari mangsa tanah runtuh di Batang Kali- Genting Highland.

Pasukan penyelamat dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor dan Pahang telah diaturgerak ke kawasan bencana.

Doakan pencarian mangsa yang belum ditemui selesai sebelum hari gelap.

Semoga dipermudahkan semuanya.

02/12/2022

SUDAH TIBA MASANYA..
ALAM RIA PASTI 2022!!!

Siapakah yang akan menjadi Johan setiap acara??? ๐Ÿคฉ
Siapakah yang akan membawa pulang Juara Keseluruhan??? ๐Ÿ˜

Kita samaยฒ nantikan hari ini..
Kita saksikan bakat anak-anak PASTI kita.. Jemput hadir beramai-ramai ke tapak program Alam Ria PASTI..
Kita ada gerai-gerai jualan..๐Ÿ˜‹
Jom kita jumpa di sana..โ˜บ๏ธ


*AMAL DAY 4 CHARITY  bersama Jabatan Amal Sri Gading*Telah berlangsung program Yok Ngamal siri 3/2022 yang dianjurkan ol...
31/10/2022

*AMAL DAY 4 CHARITY bersama Jabatan Amal Sri Gading*

Telah berlangsung program Yok Ngamal siri 3/2022 yang dianjurkan oleh JAMK Sri Gading. Program yang telah diadakan adalah program derma darah Amal Blood Donation.

Berlangsung pada 29 September 2022 di Karnival Muslimah Kg Parit Besar ini bertempat di Masjid Kg Parit Besar, Batu Pahat Johor. Program dianjurkan dengan kerjasama dengan Masjid Kg Parit Besar, Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan NGO Sri Gading Sejahtera.

Program bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat 1.00 petang ini telah dihadiri 64 peserta dan sebanyak 59 beg darah berjaya dikumpulkan.

Semoga usaha ini dapat memenuhi keperluan bank darah Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Orang ramai digalakkan untuk meneruskan usaha ini untuk membantu rakyat Malaysia bagi memenuhi keperluan pesakit di Hospital seluruh Malaysia.

*Beramal Kerana Allah*

Insyaallah pada 29 Oktober 2022 sabtu akan diadakan program derma darah di perkarangan Masjid Parit Besar, Batu Pahat. S...
27/10/2022

Insyaallah pada 29 Oktober 2022 sabtu akan diadakan program derma darah di perkarangan Masjid Parit Besar, Batu Pahat. Sahabat sekalian boleh la bersama untuk menderma darah. Ini bagi menambah tabung darah hospital.

Tuan puan juga boleh menyumbang kewangan untuk sepanjang program ini dan kos untuk menyediakan cenderahati kepada penderma darah. Dana yang diperlukan RM 1,000.00.

Dana yang terkumpul rm800.

Masih perlukan rm200

Tuan puan boleh menyumbang di akaun :

Bank muamalat,
Pertubuhan Sri Gading Sejahtera
01060004317719

Slip/resit sumbangan boleh dimaklumkan kepada saudara nizam 0108981864

Masih perlukan dana rm200 je lg

BILIK OPERASI Jabatan Amal Kawasan Sri Gading Persiapan bilik operasi Jabatan Amal malaysia (sri gading ) hampir siap. T...
18/10/2022

BILIK OPERASI Jabatan Amal Kawasan Sri Gading

Persiapan bilik operasi Jabatan Amal malaysia (sri gading ) hampir siap. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu selama ini, semoga Allah jua dapat membalasnya.

Bilik ini akan dijadikan sebagai bilik mesyuarat, bilik operasi banjir bagi membantu masyarakat yg memerlukan dan juga bilik meyimpan aset2 jabatan Amal malaysia (sri gading)

Bagi persiapan seterusnya kami memerlukan lagi sumbangan untuk membeli meja mesyuarat, kerusi dan ada lagi barangยฒ kelengkapan lain.

Jabatan Amal Kawasan Sri Gading membuka infak dan wakaf untuk tuan puan dapat sama2 berkongsi pahala bagi menjayakan keperluan untuk kerja kebajikan ini.

Kain meja rm50 sehelai x 6 helai = Rm 300

Kerusi Rm 100 x 10 unit = 1000

Whiteboard Berkaki 1 unit = Rm500

Jumlah yg diperlukan RM 1,800.00

Boleh hubungi
0177100372 firdaus
0147834587 (ezwan)

Sumbangan tuan/puan boleh masukkan ke
Dewan pemuda pas kawasan sri gading

Maybank : 5515 8400 2358

Insyaallah pada 29 Oktober 2022 sabtu akan diadakan program derma darah di perkarangan Masjid Parit Besar, Batu Pahat. S...
17/10/2022

Insyaallah pada 29 Oktober 2022 sabtu akan diadakan program derma darah di perkarangan Masjid Parit Besar, Batu Pahat. Sahabat sekalian boleh la bersama untuk menderma darah. Ini bagi menambah tabung darah hospital.

Tuan puan juga boleh menyumbang kewangan untuk sepanjang program ini dan kos untuk menyediakan cenderahati kepada penderma darah. Dana yang diperlukan RM 1,000.00.

Tuan puan boleh menyumbang di akaun :

Bank muamalat,
Pertubuhan Sri Gading Sejahtera
01060004317719

Slip/resit sumbangan boleh dimaklumkan kepada saudara nizam 0108981864

Seorang anggota skuad sabil sri gading telah kembali ke rahmatulallah iaitu almarhum Mohammad Nazri Bin MohammadMarilah ...
11/10/2022

Seorang anggota skuad sabil sri gading telah kembali ke rahmatulallah iaitu almarhum Mohammad Nazri Bin Mohammad

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada almarhum.

Riadah Sunnah Memanah sempena menyambut Maulidur Rasul.Alhamdulillah, dikesempatan cuti sempena Maulidur Rasul. JAMK Sri...
10/10/2022

Riadah Sunnah Memanah sempena menyambut Maulidur Rasul.

Alhamdulillah, dikesempatan cuti sempena Maulidur Rasul. JAMK Sri Gading dapat menganjurkan aktiviti memanah yang diadakan di Surau Bandar Putra Indah.

Aktiviti dijalankan sejurus selesai gotong royong dari pukul 11 pagi hingga 12.30 tengahari.

Penduduk setempat tidak ketinggalan untuk turut serta untuk mencuba pengalaman pertama memanah ini. Tidak ketinggalan kanak-kanak juga turut disediakan peluang untuk belajar memanah semalam.

Beramal Kerana Allah

Amal Day for Charity oleh JAMK Sri Gading.Alhamdulillah, telah berlangsung gotong royong pembersihan di Surau Al-Muhajir...
10/10/2022

Amal Day for Charity oleh JAMK Sri Gading.

Alhamdulillah, telah berlangsung gotong royong pembersihan di Surau Al-Muhajirin, Bandar Putra Indah semalam.

Aktiviti dijalankan bersama bersama ahli kariah Surau Taman Putra Indah ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Aktiviti diketuai oleh Komandan JAMK Sri Gading Tuan Khairul Nizam dibantu 10 anggota JAMK Sri Gading.

Gotong royong ini bertujuan untuk membuat persiapan majlis sambutan Maulidur Rasul pada sebelah malam.

JAMK Sri Gading juga telah menerima sumbangan vaccum heavy duty yang disumbang oleh PAS Cawangan Bandar Putra Indah dan PAS Cawangan Kampung Parit Besar. Secara tidak langsung ia bertujuan untuk memudahkan lagi tugasan-tugasan yang melibatkan pembersihan khususnya menyedut air masa mencuci di bilik atau dalam rumah selepas banjir.

Semoga dengan usahakan ini Allah lipat gandakan lagi pahala buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Beramal Kerana Allah

Address

Sri Gading
Batu Pahat
84600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Sri Gading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share