Polis Daerah Batu Pahat

Polis Daerah Batu Pahat Facebook rasmi Polis DiRaja Malaysia Daerah Batu Pahat
Hotline : 074343999 | Telefon : 074363300
(217)

SEMAK MULE CCID ๐Ÿ”Sebelum membuat transaksi, luangkan sedikit masa untuk semak dahulu. Langkah ini dapat membantu anda me...
03/08/2026

SEMAK MULE CCID ๐Ÿ”
Sebelum membuat transaksi, luangkan sedikit masa untuk semak dahulu. Langkah ini dapat membantu anda mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa penipuan.

๐Ÿ’ป Semak nombor akaun bank atau nombor telefon yang pernah dikaitkan dengan laporan jenayah komersial melalui portal rasmi PDRM:
๐Ÿ‘‰ https://semakmule.rmp.gov.my

Sebagai pengguna yang bijak, mari kita sama-sama tingkatkan kewaspadaan dan banteras jenayah penipuan demi keselamatan masyarakat. Jangan ambil ringan perkara ini!

๐Ÿ”’ Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—œ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—จ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—จ & ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—จ๐—ž๐—จ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง , 3 Ogos 2026 -  Amalan n...
03/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—œ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—จ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—จ & ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—จ๐—ž๐—จ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง

, 3 Ogos 2026 - Amalan nyanyian Lagu Negaraku dan bacaan Ikrar Rukun Negara peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah dilaksanakan di Lobi IPD Batu Pahat dengan penuh semangat patriotik.

Program telah disempurnakan oleh YDH SUPT Chew Chee Lee, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat. Bacaan ikrar telah diketuai oleh Inspektor Muhammad Ashayri bin Khalid dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Pahat .

Pelaksanaan amalan ini bagi menyemarakkan semangat cintakan negara, memupuk nilai patriotisme dan memperkukuh jati diri warga IPD Batu Pahat.

Turut hadir Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam.




๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ , 31 Julai 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) B...
31/07/2026

๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

, 31 Julai 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah mengadakan General Roll Call Ketua Polis Daerah Batu Pahat bagi bulan Julai 2026 bertempat di Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Polis, Jalan Tanjung Laboh.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH ACP Shahrulanuar Mushaddat bin Abdullah Sani, Ketua Polis Daerah Batu Pahat. Atur cara dimulakan dengan pelaporan oleh Pegawai Baris, ASP Zul Azmi bin Mat Zin, diikuti nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Sang Saka Biru sebelum diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat.

Dalam amanatnya, YDH Ketua Polis Daerah Batu Pahat menegaskan kepentingan setiap pegawai dan anggota untuk terus memelihara disiplin, integriti serta profesionalisme dalam melaksanakan amanah.Beliau turut mengingatkan agar segala isu disalurkan melalui saluran rasmi serta menyeru penyelia dan pegawai atasan terus membimbing serta menjaga kebajikan anggota bagi memastikan kesejahteraan warga kerja dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan PDRM.

Turut hadir, YDH SUPT Chew Chee Lee, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis.



๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—™๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง , 31 Julai 2026 โ€“ Program Fitik Perdana Peringkat Ibu Pejabat Polis Daera...
31/07/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—™๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง

, 31 Julai 2026 โ€“ Program Fitik Perdana Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah dilaksanakan bermula jam 8.00 pagi di sekitar kawasan IPD Batu Pahat.

Program ini telah disertai oleh seramai 89 warga PDRM yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas serta pembahagian kawasan pembersihan yang disampaikan oleh DSP Hasbullah bin Hashim, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Batu Pahat, sebelum aktiviti gotong-royong dilaksanakan di kawasan yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan program ini bertujuan membudayakan amalan kebersihan, keceriaan dan pemeliharaan persekitaran kerja secara berterusan di samping menyemarakkan semangat kebersamaan, kerjasama serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan warga IPD Batu Pahat.



๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก, ๐—ง๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—ข๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง , 30 Julai 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ba...
30/07/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก, ๐—ง๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—ข๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง

, 30 Julai 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Surau Al-Amin 1, Perumahan Polis Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat.

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti Bacaan Yasin, Tahlil Arwah dan Doa Selamat sebelum diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah. Majlis dipimpin oleh Pegawai Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ustaz Mohd Zawawi bin Kasbullah bersama Ustaz Shamsul bin Ramli.

Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan syiar Islam, memperkukuh ukhuwah serta memohon keselamatan, kesejahteraan dan keberkatan buat seluruh warga IPD Batu Pahat.



๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฌ๐——๐—› ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› (๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž) ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ (๐—๐—ฆ๐—๐—ž) ๐—ž๐—˜ ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง ,...
30/07/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฌ๐——๐—› ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› (๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž) ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ (๐—๐—ฆ๐—๐—ž) ๐—ž๐—˜ ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง

, 30 Julai 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menerima lawatan kerja YDH SAC Mohamad Lazim bin Ismail, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Ketibaan YDH SAC Mohamad Lazim bin Ismail bersama delegasi JSJK Bukit Aman dan JSJK Kontinjen Johor telah disambut oleh YDH SUPT Chew Chee Lee, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat. Lawatan kerja dimulakan dengan sesi menandatangani buku pelawat sebagai simbolik kunjungan rasmi, diikuti lawatan ke Balai Polis Batu Pahat serta sesi bergambar sebagai tanda penghargaan dan kenangan.

Seterusnya, sesi taklimat telah disampaikan oleh ASP Timmy Anak Aheng, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Batu Pahat dan ucapan amanat oleh YDH Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Turut hadir, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, pegawai kanan dan pegawai rendah polis IPD Batu Pahat.



30/07/2026
30/07/2026
๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  "๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—จ๐—ฅ" ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง , 30 Julai 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah mengadak...
30/07/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  "๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—จ๐—ฅ" ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง

, 30 Julai 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah mengadakan Program Quran Hour bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Daerah, Tingkat 2, IPD Batu Pahat.

Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Baqarah ayat 170 hingga 176 yang dipimpin oleh Ustaz Zawawi bin Kasbullah, diikuti bacaan terjemahan oleh Inspektor Muhammad Ashayri bin Khalid. Seterusnya, tazkirah ringkas bertajuk "Tadabbur Surah Al-Baqarah" telah disampaikan bagi menghayati mesej serta pengajaran yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut sekali gus memperkukuh kefahaman dan penghayatan warga IPD Batu Pahat terhadap nilai-nilai yang dianjurkan dalam al-Quran.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menyuburkan amalan membaca Al-Quran secara berterusan, memperkukuh nilai-nilai kerohanian serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai warga PDRM.



Address

Batu Pahat

Telephone

+6074343999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share