Pejabat Tanah Batu Pahat

Pejabat Tanah Batu Pahat Jika terdapat sebarang pertanyaan , sila hubungi kami di Tel: 07-4341043, 07-4343549
Fax: 07-4316330

01/06/2026
01/06/2026

Kerajaan Johor terus komited memastikan proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan mesra rakyat khususnya melibatkan golongan warga emas, suri rumah, orang kurang upaya (OKU) serta penerima yang lain yang berkeperluan khas.

Pelbagai langkah penambahbaikan dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan, maklum balas dan pengalaman penerima di lapangan bagi memastikan urusan semakan serta penyaluran bantuan dapat berjalan dengan lebih lancar dan selesa. Ia secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap bantuan yang disalurkan mampu memberi manfaat kepada rakyat serta dapat diterima dengan lebih mudah, cepat dan teratur oleh Bangsa Johor.

Untuk semakan jadual, sila rujuk Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim, JKM Negeri Johor - JKMNJ dan Pejabat-Pejabat Daerah.

Onn Hafiz Ghazi







DIRGAHAYU TUANKUMERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAHKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PER...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU
MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU

PADA 01 JUN 2026 BERSAMAAN 15 ZULHIJJAH 1447H

SEMBAH TAKZIM DARIPADA
PENTADBIR TANAH DAN SELURUH WARGA KERJA
PEJABAT TANAH BATU PAHAT

31/05/2026

📢 PERINGATAN MESRA! 📢

⏰ Masa semakin suntuk! Jangan tunggu saat akhir untuk membuat bayaran dan elakkan dikenakan denda.

✅ Permit Bahan Batuan
✅ Cukai Tanah
✅ Cukai Petak

🗓️ Tarikh Akhir Bayaran:
31 Mei 2026 (Ahad)
🕕 Sebelum jam 6.00 petang

Bayar dengan mudah, cepat dan selamat melalui JohorPay. Uruskan bayaran anda sekarang dan nikmati ketenangan tanpa perlu risau tentang tunggakan atau penalti.

💳 Bayar hari ini, selesai urusan anda!

31/05/2026
26/05/2026

📢 Penutupan Terimaan Pentadbiran Tanah Johor 🏠
Dimaklumkan bahawa Terimaan Cukai Tanah & Cukai Petak dan Permit Bahan Batuan akan ditutup sementara bagi tujuan kerja-kerja pengiraan denda lewat.

🔴 Tarikh Tutup FPX Korporat:
🗓️ 26 Mei 2026 (11.00 malam)
🔴 Tarikh Tutup FPX Individu & Kad Kredit:
🗓️ 31 Mei 2026 (6.00 petang)
🟢 Tarikh Buka:
🗓️ 1 Jun 2025 (8.00 pagi)
Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda! 🙏



Address

Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6074341043

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tanah Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tanah Batu Pahat:

Share