Keadilan Batu Pahat

Keadilan Batu Pahat KEADILAN BATU PAHAT (OFFICIAL)
人民公正党柔佛州峇株吧辖区会
Like AMK Page : http://www.facebook.com/AmkBatuPahat

10/07/2026
10/07/2026

Esok hari keramat yang bakal menentukan babak seterusnya dalam ceritera masa depan negeri dan rakyat Johor. Saya menyeru seluruh anak Johor, termasuk yang berada di perantauan supaya pulang dan menggunakan kuasa rakyat untuk memilih kepimpinan yang amanah, berwibawa dan benar-benar bekerja demi negeri ini.

Pakatan Harapan telah membuktikan keupayaan mentadbir Kerajaan MADANI dengan melaksanakan reformasi penting, meningkatkan pelaburan, menaikkan gaji, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan yang bermaruah serta menyelesaikan pelbagai masalah dan projek yang sekian lama tertangguh. Kita juga berjaya memulihkan imej Malaysia yang kini kembali dihormati dan diyakini di persada antarabangsa. Semangat pembaharuan dan tadbir urus inilah yang akan kita bawa untuk mengangkat Johor ke tahap yang lebih tinggi.

Justeru dengan penuh rendah hati dan hormat, saya memohon saudara dan saudari memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk memimpin Johor dengan amanah, tatakelola yang baik serta menjamin keadilan dan peluang yang saksama untuk semua.

Pilihan raya ini adalah peluang untuk menolak mereka yang mempertahankan pencuri wang rakyat, serta menolak politik yang muflis idea dan hanya bergantung kepada hasutan kebencian kaum dan agama demi meraih undi.

Semoga Allah SWT memberkati Johor dan mengurniakan negeri ini kepimpinan yang amanah serta membuka lembaran baharu yang lebih makmur, adil dan sejahtera untuk seluruh Bangsa Johor.

Nasi ambeng dijamah bersama
Tanda kasih dalam jemaah
Kejayaan negara sebutan dunia
Bermula dengan jari yang memangkah.

Johor Ke Depan. Undi HARAPAN🔺🚩



10/07/2026
09/07/2026
09/07/2026
KENYATAAN RINGKASSaya mengambil maklum kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Batu Pahat.Sebagai Ketua Penerangan KEADIL...
09/07/2026

KENYATAAN RINGKAS

Saya mengambil maklum kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Batu Pahat.

Sebagai Ketua Penerangan KEADILAN Batu Pahat, saya ingin menegaskan bahawa kami juga menolak sekeras-kerasnya sebarang fitnah dan tuduhan yang mengaitkan Pemuda UMNO atau Barisan Nasional dengan kejadian vandalisme tanpa bukti yang sah.

Di peringkat akar umbi, kami saling mengenali dan menghormati antara satu sama lain. Ramai dalam kalangan kami berkawan baik walaupun berbeza fahaman politik. Malah, sebelum ini kami pernah bersama-sama meraikan majlis hari jadi dalam suasana penuh muhibah yang turut dihadiri calon BN N.24 Onn Abu Bakar, mantan ADUN Senggarang Yusla, serta rakan-rakan daripada kedua-dua pihak.

Oleh itu, janganlah ada mana-mana pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan membuat tuduhan melulu atau memainkan persepsi yang boleh merosakkan keharmonian sepanjang tempoh berkempen.

Jika benar berlaku unsur khianat terhadap mana-mana bahan kempen, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional. Kita berpolitik dengan fakta, bukan dengan tuduhan.

Muhammad Aisamuddin bin Ismail
Ketua Penerangan KEADILAN Batu Pahat

08/07/2026

Laksa Johor tiada tandingan,
Warisan nenda dikenang selalu,
Ayuhlah pulang membawa harapan,
Makmurlah negeri bertambah maju.

Buat anak-anak Johor, ayuh pulang mengundi Sabtu ini.

Johor Ke Depan. Undi HARAPAN 🔺🚩



🔥 Jom ramai-ramai meriahkan! 🔥KITA GENK MADANI JOHOR × SAHABAT MADANI📅 9 Julai 2026 (Khamis)🕒 3.00 Petang – 7.00 Malam📍 ...
08/07/2026

🔥 Jom ramai-ramai meriahkan! 🔥

KITA GENK MADANI JOHOR × SAHABAT MADANI

📅 9 Julai 2026 (Khamis)
🕒 3.00 Petang – 7.00 Malam
📍 Berhampiran Mediwell Pharmacy, Banang Jaya

🎮 Pertandingan Mobile Legends
🎤 Konsert
🎁 Cabutan Bertuah
🎯 Pelbagai aktiviti menarik
🩺 Pemeriksaan Kesihatan & Pergigian Percuma
🍔 Jualan makanan

✅ Masuk PERCUMA!

Jangan lepaskan peluang! Ajak keluarga dan rakan-rakan, jumpa anda di sana! 💙💛❤️

05/07/2026

Address

Batu Pahat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share