JPKK Parit Lapis Sungai Ayam

JPKK Parit Lapis Sungai Ayam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPKK Parit Lapis Sungai Ayam, Social service, Kampung Patah Pedang, Batu Pahat.

✨ Laman Rasmi JPKK Lapis Sungai Ayam/Patah Pedang
🤝 Suara & nadi penduduk kampung
📌 Aktiviti • Hebahan • Perpaduan
🇲🇾 Bersama membangun komuniti setempat

01/06/2026
01/06/2026
01/06/2026

CUTI SEKOLAH NAK KE MANA? MEH LA ZOO JOHOR 🥰🥳

Mari luangkan masa bersama keluarga anda di Zoo Johor dengan pelbagai tarikan baru dan aktiviti menarik!

Sepanjang cuti sekolah ini, Zoo Johor dibuka dengan waktu operasi khas musim cuti sekolah untuk anda menikmati pengalaman melihat hidupan liar dengan lebih dekat, dan juga merasai pengalaman zoo pada waktu malam.

🗓 23 Mei – 7 Jun 2026

☀️ Zoo Johor (Setiap Hari Kecuali Selasa)
🕙 10.00 pagi – 5.00 petang
🎫 Kemasukan terakhir pada jam 4.30 petang

🌙 Night Zoo (Khamis – Ahad)
🕗 8.00 malam – 11.00 malam
🎫 Kemasukan terakhir pada jam 10.00 malam

❌ Zoo ditutup pada setiap hari Selasa

Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pengalaman menarik bersama haiwan-haiwan kegemaran anda sepanjang cuti sekolah ini!
Jumpa anda di Zoo Johor 🐅🫏🐐🐘🦔🦃🦚

📍Zoo Johor
Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru,
Johor

Link Laman Web Tiket Online Zoo Johor 🎟️
https://zootiket.johor.gov.my




15/05/2026

10 Mei 2026 ( Ahad)
Balairaya kg Patah Pedang

Alhamdulillah Program KAWAN anjuran Kementerian Komunikasi, Jabatan Komunikasi Komuniti Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk NGO, komuniti setempat serta anak-anak muda kampung.

Pihak JPKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini terus memberi manfaat kepada masyarakat dalam memperkukuhkan perpaduan, meningkatkan kesedaran digital serta melahirkan golongan muda yang aktif dan positif dalam komuniti.

11/05/2026
10/05/2026

Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyediakan kemudahan insentif dan bantuan kepada asnaf muallaf serta masyarakat Orang Asli sebagai usaha memperkasa kebajikan dan memperkukuhkan penghayatan Islam.

Asnaf muallaf merupakan sebahagian daripada lapan golongan asnaf yang diperuntukkan dalam agihan zakat menurut syariat Islam, dan turut diberi perhatian oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam memastikan kebajikan mereka terus terbela.

Bagi melancarkan urusan penyaluran bantuan, setiap permohonan perlu memenuhi syarat umum kelayakan yang telah ditetapkan supaya bantuan dapat disampaikan dengan lebih tersusun, telus dan tepat kepada golongan yang memerlukan.

Diharapkan inisiatif ini dapat memberi manfaat, meringankan beban serta menyokong pengukuhan kehidupan beragama dalam kalangan penerima.

04/05/2026

Address

Kampung Patah Pedang
Batu Pahat
83030

Telephone

+60136935769

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Parit Lapis Sungai Ayam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPKK Parit Lapis Sungai Ayam:

Share

Category