31/08/2026
ISNIN | 31 OGOS 2026 | DATARAN PENGGARAM
Pada 31 Ogos 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Batu Pahat telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Batu Pahat dengan penuh semangat patriotik.
Seramai 33 orang anggota APM Batu Pahat telah berkumpul dan berbaris dengan segak serta disiplin yang tinggi bagi menjayakan acara tahunan ini. Kehadiran kontinjen ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Pertahanan Awam Daerah Batu Pahat, Lt. (PA) Norsyamira Azwan binti Abd Aziz, yang memberi sokongan moral dan dorongan padu kepada seluruh kontinjen.
Perbarisan APM pada hari tersebut diketuai oleh Lt. (PA) Davies Anak Gendum, yang memimpin pergerakan kontinjen dengan ketegasan dan perarakan yang kemas. Penyertaan ini bukan sahaja menonjolkan ketaatan dan kesiapsiagaan anggota APM, malah membuktikan komitmen mereka dalam berkhidmat untuk masyarakat dan negara. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen APM Batu Pahat atas komitmen serta komited yang ditunjukkan sepanjang majlis berlangsung.