21/03/2021
๐ข๐๐ข๐ฃ๐๐ก๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐. ๐๐ข๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐ฉ๐๐ (๐ฉ๐๐ ๐๐ข๐๐๐๐)
Zam Ismail atau nama sebenarnya Md. Ismail Jamjam @ Zamzam dilahirkan pada 19 Mei 1943 di Kampung Parit Rasipan, Batu Pahat, Johor. Dalam bidang penulisan, Zam Ismail telah mengasaskan penubuhan Persatuan Penulis Johor (PPJ) sejak 1966 dan dekad 1970-an.
Berkhidmat selama 15 tahun di Yayasan Warisan Johor sebagai Timbalan Pengarah dari Januari 1998 hingga Disember 2012, jasa dan sumbangannya sangat besar sehingga membawa nama Yayasan Warisan Johor hingga ke peringkat antarabangsa.
Zam Ismail bergiat aktif dalam bidang penulisan khususnya genre puisi, drama, cerpen dan novel remaja.
Antara puisi beliau seperti Perempuan yang Kutemui (PPJ, 1973), Setelah Dinihari (Teks Book Malaysia, 1983), Mari Berpantun โ Siri pantun kanak-kanak (K. Publishing, 2001), Mencari Akar di Ladang Terbakar (YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd, 2011) dan Merentas Cakerawala Enam Dasawarsa : Puisi Pilihan 1960-2013 (ITBM, 2015).
Manakala, karya novelnya ialah Mencari Pembunuh (DBP, 1973), Yang Resah Gelisah (Marwillis Publisher & Distributors, 1990) dan Trilogi Novel Remaja Zam Ismail (YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd, 2014).
Penglibatannya dalam dunia sastera dan penulisan telah mengangkat nama Zam Ismail sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau penerima S.E.A Write Award 2014 (Malaysia) oleh kerajaan negara Thailand, selain namanya terukir sebagai penerima Anugerah Sasterawan Johor pada 2019 oleh Kerajaan Negeri Johor.
Sumber: Koleksi Pusat Dokumentasi Johor, Bahagian Persuratan dan Sejarah, Yayasan Warisan Johor
โข
๐
๐ค๐ข โ๐๐ช๐๐จ๐๐ง๐๐๐, ๐๐๐ ๐ & ๐๐ค๐ก๐ก๐ค๐ฌโ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐จ๐ข๐ ๐๐๐ฎ๐๐จ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐จ๐๐ฃ ๐
๐ค๐๐ค๐ง !
โข
Website: www.ywj.gov.my
โข
โข
๐๐ฏ๐ฏ๐ฒ๐ฌ๐ฒ๐ช๐ต ๐ข๐ธ๐ฌ๐ฒ๐ช๐ต ๐๐ฎ๐ญ๐ฒ๐ช:
โข
๐ต๐ฐ๐ฒ๐ด๐ฑ๐พ๐พ๐บ: Yayasan Warisan Johor
๐ธ๐ฝ๐
๐
๐ฐ๐ถ๐
๐ฐ๐ผ: instagram.com/yayasanwarisanjohor
๐
๐พ๐
๐
๐
๐ฑ๐ด: Yayasan Warisan Johor