Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat - Hsnibp

Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat - Hsnibp Laman rasmi Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  (๐—ฃ๐—ก๐—œ) ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฏ๐˜€๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ (๐—ข&๐—š & ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜...
04/09/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  (๐—ฃ๐—ก๐—œ) ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฏ๐˜€๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ (๐—ข&๐—š & ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐˜๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ

4 September 2026 | Jumaat

Program Penghayatan Nilai Islam (PNI) Bulan September 2026 telah dilaksanakan pada 4 September 2026 sebagai salah satu inisiatif berterusan dalam memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam serta menyemarakkan kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan warga HSNI.

Program dimulakan Bacaan Surah al-Kahfi Seterusnya, program diteruskan dengan ceramah bertajuk โ€œTahsin Tajwid & Riwayat Bacaan al-Hafs Thoriq al-Jazariโ€ yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hasni bin Hussin, Mantan Johan Qari Johor 2009, Guru Tahsin al-Quran dan Fasilitator Tarannum Negeri Johor.

Program turut diserikan dengan kehadiran Dr. Fairoz Azlim bin Muslim, Pengarah Hospital Sultanah Nora Ismail, Dr. Fatimah Zarina binti Jamaludin, Ketua Jabatan O&G, serta Encik Muhammad Irsyad bin Mahat, yang mewakili Ketua Jabatan ORL.

Ceramah yang disampaikan memberi penekanan kepada kepentingan memperbaiki dan memperindah bacaan al-Quran melalui penguasaan ilmu tajwid serta pemahaman terhadap kaedah bacaan yang tepat. Pengisian ini diharapkan dapat meningkatkan kecintaan warga HSNI terhadap al-Quran serta mendorong warga kerja menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan serta pelaksanaan tugas seharian.

Semoga segala ilmu dan pengisian yang diperoleh melalui program ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga HSNI serta menyuburkan budaya kerja yang berteraskan nilai-nilai Islam, integriti dan ihsan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Unit Hal Ehwal Islam & Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah HSNI
โ€œPrihatin Ibadah, Menyantuni Ummahโ€




@top fans
04/09/2026

@top fans

โค๏ธ Derma darah bukan sekadar memberi darah, tetapi memberi peluang untuk seseorang terus hidup.

๐Ÿ“ Jom hadir ke kempen derma darah kami dan ajak keluarga, sahabat serta rakan sekerja bersama-sama melakukan kebaikan.

Setitis darah anda, sejuta harapan buat mereka. ๐Ÿฉธโค๏ธ



๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—–๐—ข๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—จ๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—š๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—ฆ๐—ฌ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  (๐—•๐—–๐— ๐—ฆ) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง1 - 2 September 2026 | Selasa - RabuTe...
02/09/2026

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—–๐—ข๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—จ๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—š๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—ฆ๐—ฌ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  (๐—•๐—–๐— ๐—ฆ) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง

1 - 2 September 2026 | Selasa - Rabu

Telah berlangsung selama dua hari, 1 hingga 2 September 2026, Bengkel Business Continuity Management System (BCMS) Peringkat Kluster Johor Barat bertempat di Auditorium Rafflesia, HEBHK.

Bengkel ini menjadi ruang untuk warga kerja meningkatkan kefahaman dan persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan operasi, khususnya ketika berlakunya krisis atau kecemasan.

Turut hadir Dr. Fairoz Azlim bin Muslim, Pengarah Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) merangkap Ketua Kluster Johor Barat, serta Dr. Sharath Chandran a/l Subhas Chandran, Pengarah Hospital Encheโ€™ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) merangkap Timbalan Ketua Kluster Johor Barat.

Pelaksanaan BCMS turut memainkan peranan penting dalam menyokong keperluan akreditasi MSQH (Malaysian Society for Quality in Health), di samping memastikan perancangan dan tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun sekiranya berlaku gangguan kepada operasi harian.

Apa yang lebih penting, usaha ini memberi penekanan kepada satu perkara utama โ€” perkhidmatan kesihatan perlu terus berjalan dan keselamatan pesakit sentiasa menjadi keutamaan, walau dalam apa jua keadaan.

๐Ÿ‘ Syabas dan tahniah kepada semua penceramah serta peserta atas komitmen dan penglibatan sepanjang dua hari bengkel ini. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh pengurusan serta penyampaian perkhidmatan di fasiliti masing-masing.


@top fans
31/08/2026

@top fans

BILA NAK DERMA DARAH? ๐Ÿ‘€๐Ÿฉธ

Tak perlu pening nak cari tarikh! ๐Ÿ˜
๐Ÿ“… Jadual Kempen Derma Darah Bulan Ini dah tersedia.

Simpan ๐Ÿ“Œ
Kongsi ๐Ÿ”„
Ajak kawan ๐Ÿ‘ฅ
Dan paling pentingโ€ฆ datang menderma! โค๏ธ

Jika terdapat perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. ๐Ÿฉธ



๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 Ogos 2026 | IsninSempena ...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026 | Isnin

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, telah berlangsung Majlis Penyampaian Bungkusan di Wad 4, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 31 Ogos 2026.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Batu Pahat; Tuan Haji Nur Faiz bin Jamil, Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat; Dr. Fairoz Azlim bin Muslim, Pengarah Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat; Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat; serta As Syeikh Haji Mohd Fauzi bin Bachok, Kadi Daerah Batu Pahat.

Turut hadir Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat, Setiausaha Majlis Daerah Yong Peng, barisan pentadbiran daerah serta Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Daerah Batu Pahat.

Majlis ini mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan patriotisme dalam meraikan sambutan Hari Kebangsaan bersama pesakit serta warga Hospital Sultanah Nora Ismail.

Semoga semangat perpaduan dan kasih sayang sesama kita terus subur dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ๐— ๐—˜ ๐— ๐—˜๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemangat patriot...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ๐— ๐—˜ ๐— ๐—˜๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air terus disemarakkan apabila Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) turut menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Batu Pahat pada 31 Ogos 2026.

Penyertaan warga kerja HSNI dalam perbarisan ini bukan sekadar memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan, malah menjadi simbol semangat kebersamaan, perpaduan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Semangat kemerdekaan turut diterjemahkan melalui komitmen warga kerja HSNI dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, khususnya dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, prihatin dan terbaik kepada masyarakat.

Semoga semangat cintakan negara, perpaduan dan kebersamaan terus mekar dalam diri setiap warga kerja HSNI demi Malaysia yang lebih sejahtera.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!
31 Ogos 2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€, ๐’๐„๐๐”๐€๐‡ ๐๐ˆ๐Š๐Œ๐€๐“ ๐˜๐€๐๐† ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐ˆ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พKemerdekaan yang dikecapi hari ini membawa bersama keamanan, keharmonian da...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€, ๐’๐„๐๐”๐€๐‡ ๐๐ˆ๐Š๐Œ๐€๐“ ๐˜๐€๐๐† ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐ˆ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kemerdekaan yang dikecapi hari ini membawa bersama keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang dapat kita nikmati bersama.

Marilah kita menghargai segala nikmat yang ada, mengenang jasa dan pengorbanan generasi terdahulu serta terus memainkan peranan dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan negara.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera, agar nikmat kemerdekaan ini dapat terus dirasai oleh generasi akan datang.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada
Pengarah Hospital & Seluruh Warga Kerja
Hospital Sultanah Nora Ismail,
Batu Pahat

@top fans
30/08/2026

@top fans

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—ก๐—ข๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—ฆ๐— ๐—”๐—œ๐—Ÿ, ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ28 Ogos...
29/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—ก๐—ข๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—ฆ๐— ๐—”๐—œ๐—Ÿ, ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

28 Ogos 2026 | Jumaat

Hospital Sultanah Nora Ismail telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos 2026 pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) yang dianjurkan oleh Jabatan Perubatan dengan kerjasama Unit Kualiti & Tadbir Urus Klinikal.

Majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Noridawati binti Abdul Manap, Timbalan Pengarah Perubatan I, Dr. Noor Ayuni binti Baker, Timbalan Pengarah Perubatan II, Encik Fahd Ezadee bin Jamaludin, Timbalan Pengarah Pengurusan, Dr. Chua Hwee Hwee, Ketua Jabatan Perubatan serta Dr. Suhaizal bin Jumaat, Unit Kualiti & Tadbir Urus Klinikal merangkap penganjur perhimpunan bulanan.

Perhimpunan ini menjadi wadah untuk memperkukuh komunikasi antara pihak pengurusan dan warga hospital, di samping menyampaikan amanat kepimpinan serta menyemarakkan semangat patriotisme bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.

Majlis turut diserikan dengan Slot Kuiz Quizizz Kemerdekaan, ucapan daripada wakil penganjur dan pihak pengurusan serta penyampaian penghargaan kepada staf Jabatan Perubatan dan Unit Kualiti & Tadbir Urus Klinikal.

Turut diadakan penyampaian sijil dan medal Program Outreach Promosi Kesihatan dan Kecergasan Jabatan Kesihatan Negeri Johor, serta hadiah Merdeka Trash To Gift, Pertandingan Mewarna Dewasa, Pertandingan Kuiz Online Kemerdekaan dan Kuiz Quizizz Kemerdekaan. Majlis turut diakhiri dengan penyampaian Anugerah Ikon Korporat Bulan Ogos 2026.

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua penerima penghargaan dan pemenang. Semoga semangat kebersamaan, patriotisme dan kecemerlangan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga HSNI dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti demi kesejahteraan pesakit serta masyarakat.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!

๐Ÿ”ด ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐Ÿ”ดPerhatian kepada semua pelanggan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.Perkhidmatan di...
29/08/2026

๐Ÿ”ด ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐Ÿ”ด

Perhatian kepada semua pelanggan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Perkhidmatan di Klinik Pakar dan Unit Pengambilan Darah Berpusat Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat akan ditutup bersempena dengan Hari Kebangsaan pada ketetapan berikut:

๐Ÿ“† ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ง๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ : 31 Ogos 2026 (Isnin)
๐Ÿ“† ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ : 1 September 2026 (Selasa)

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 07-436 3000 (Unit Komunikasi Korporat).

Address

Jalan Korma
Batu Pahat
83000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat - Hsnibp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share