11/02/2025
Insya Allah keberkatan rezeki.
Kantoi lagi!
Terkejut sungguh apabila melihat data ini, patutlah ada pihak takut dan malu nak buat perbandingan antara MB.
Jika kita tengok, jumlah pelaburan bagi tempoh 2018-2023 adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding 2012-2017. Ya, zaman Dr. Sam lebih mantap dua kali ganda!
Sedangkan, tahun 2018-2023 bukanlah tahun yang mudah untuk Terengganu.
Negeri ini ditekan dari segenap penjuru, royalti disekat, prosedur kewangan dirumitkan dan para pelabur yang berminat ke Terengganu dipersulitkan dengan pelbagai tekanan.
Sebabnya? Hanya kerana perbezaan ideologi politik dengan Persekutuan.
Lebih parah, dunia dilanda krisis kesihatan 2020-2021, menjejaskan ekonomi global membantutkan usaha Terengganu.
Sebaliknya, lihat p**a tempoh 2012-2017. Ketika itu, kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan sehaluan. Tiada tekanan.
Royalti diberi penuh, purata RM2 bilion setahun! Tiada krisis besar yang menjejaskan ekonomi.
Malah, parti yang memerintah waktu itu sudah bertapak sejak 2005, cukup lama untuk membina momentum luar biasa.
Namun, hasilnya tidak sebanding dengan segala kelebihan yang ada.
Pelik juga, kenapa dulu pelaburan lebih rendah dan hutang lebih tinggi, apa rahsianya?
Sebaliknya, 2018-2023 menjadi tempoh lebih cemerlang walaupun penuh rintangan.
Jika dalam keadaan sukar pun Terengganu boleh melonjak, bayangkan jika diberi ruang dan sokongan penuh.
Semoga prestasi ini terus meningkat ke tahap tertinggi.
Amin.