JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju

PERBINCANGAN DAN KERJASAMA JBSNPP BERSAMA SMART RIZQ EDUCATION BAGI PROGRAM-PROGRAM RAKAN MUDATarikh: 14 Ogos 2026 (Juma...
14/08/2026

PERBINCANGAN DAN KERJASAMA JBSNPP BERSAMA SMART RIZQ EDUCATION BAGI PROGRAM-PROGRAM RAKAN MUDA

Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
Tempat: Bilik Mesyuarat, Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP)

Pada 14 Ogos 2026, telah diadakan sesi Perbincangan dan Kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP) bersama Smart Rizq Education & Training Centre bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 1, JBSNPP.

Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Pegawai Rakan Muda JBSNPP, Encik Abd Hamid bin Mohd Yassin, dan turut dihadiri oleh Pengarah Smart Rizq Education & Training Centre, Puan Izzarul Amira binti Nasir Putra, bersama wakil-wakil Smart Riza Education

Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada penerokaan peluang kerjasama strategik dalam pelaksanaan program-program Rakan Muda, khususnya dalam usaha memperluaskan penglibatan belia dan pelajar dalam aktiviti pembangunan sahsiah, kepimpinan, kemahiran, kesukarelawanan dan kemasyarakatan.

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan strategik antara JBSNPP dan Smart Rizq Education & Training Centre, selain membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada golongan belia untuk menyertai program-program Rakan Muda yang memberi manfaat serta impak positif.

Hasil perbincangan ini akan dijadikan asas bagi perancangan dan pelaksanaan program-program kerjasama antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.




PERBINCANGAN PELAKSANAAN KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN KafeTEEN PULAU PINANG 2026Bertam, Pulau Pinang – Satu sesi perbincan...
12/08/2026

PERBINCANGAN PELAKSANAAN KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN KafeTEEN PULAU PINANG 2026

Bertam, Pulau Pinang – Satu sesi perbincangan berkaitan pelaksanaan Kem Belia @ Rakan Prihatin KafeTEEN Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 telah diadakan di KafeTEEN @ Bertam melibatkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP) bersama penyelaras KafeTEEN Bertam & UTC Pulau Pinang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr.Jannah binti Mohd Radzi
Pegawai Perubatan LPPKN Pulau Pinang.

Perbincangan ini memberi fokus kepada penyelarasan pelaksanaan program, pengisian aktiviti, penyertaan peserta serta peranan dan kerjasama antara agensi bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Program ini merupakan inisiatif yang memberi penekanan kepada pembangunan belia secara positif dengan meningkatkan kesedaran mengenai matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga serta masyarakat. Selain itu, program turut memberi pendedahan berkaitan bahaya gejala sosial dan jenayah serta memupuk pemikiran kritis, kreatif dan nilai-nilai murni dalam kalangan belia.

Pelaksanaan Kem Belia @ Rakan Prihatin KafeTEEN merupakan anjuran bersama JBSN dengan kerjasama LPPKN dan akan dilaksanakan bersama agensi yang terlibat.

Diharapkan kerjasama strategik ini dapat menyediakan ruang yang bermanfaat kepada golongan belia di Pulau Pinang dalam usaha melahirkan generasi belia yang lebih berdaya tahan, bertanggungjawab dan prihatin terhadap komuniti.

SESI TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) DI SMK PENANTIPULAU PINANG, 12 Ogos 2026 – Unit Rakan Muda, Jab...
12/08/2026

SESI TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) DI SMK PENANTI

PULAU PINANG, 12 Ogos 2026 – Unit Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP) bersama Unit Rakan Muda Daerah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Seberang Perai Tengah (SPT) telah melaksanakan Sesi Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penanti, Pulau Pinang pada 12 Ogos 2026.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Joni Bin Abdul Jamma, wakil Unit Rakan Muda JBSNPP, bersama En. Mahathir Bin Yahya, wakil Unit Rakan Muda Daerah PBSD SPT. Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan kepada para pelajar berkaitan pelaksanaan ARPRM, syarat penyertaan, peringkat pengiktirafan serta aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh peserta.

Seramai 100 orang pelajar telah menyertai sesi taklimat tersebut. Para pelajar turut diberikan penerangan mengenai peluang menyertai ARPRM sebagai salah satu platform pembangunan sahsiah, kepimpinan, kemahiran serta penglibatan aktif dalam aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan.

Pelaksanaan sesi taklimat ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan penyertaan golongan remaja dalam ARPRM, seterusnya melahirkan generasi muda yang aktif, berdaya saing, berdisiplin serta mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi





PAMERAN RAKAN MUDA MERIAHKAN KARNIVAL PENDIDIKAN, TVET DAN KOMUNITITARIKH : 8 OGOS 2026 (SABTU)TEMPAT : PPD SPS PULAU PI...
10/08/2026

PAMERAN RAKAN MUDA MERIAHKAN KARNIVAL PENDIDIKAN, TVET DAN KOMUNITI

TARIKH : 8 OGOS 2026 (SABTU)
TEMPAT : PPD SPS PULAU PINANG

SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah menyertai Pameran Rakan Muda sempena Karnival Pendidikan, TVET dan Komuniti anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan.

Pameran yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan ini menjadi platform untuk memperkenalkan inisiatif dan program Rakan Muda kepada golongan pelajar serta komuniti setempat. Penyertaan ini turut memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelbagai program pembangunan belia yang merangkumi aspek kepimpinan, kemahiran, kesukarelawanan, rekreasi dan khidmat komuniti.

Bagi menarik minat pengunjung, Game Kahoot Rakan Muda turut diadakan sebagai aktiviti interaktif yang menguji pengetahuan peserta berkaitan Rakan Muda, belia, TVET dan pengetahuan am. Aktiviti ini memberikan pengalaman pembelajaran yang santai, menyeronokkan serta kompetitif kepada para peserta.

Selain itu, Tower Challenge turut menjadi salah satu aktiviti tarikan utama di pameran tersebut. Aktiviti berkumpulan ini menguji kreativiti, komunikasi, kerjasama, kepimpinan serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan peserta. Para peserta perlu bekerjasama untuk menghasilkan binaan menara yang paling tinggi dan stabil dalam tempoh yang ditetapkan.

Pelaksanaan aktiviti interaktif ini bukan sahaja memeriahkan suasana karnival, malah memberi peluang kepada golongan muda untuk mengenali Rakan Muda dengan lebih dekat melalui pendekatan yang santai, kreatif dan menyeronokkan.

Penyertaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dalam karnival ini turut memperkukuh jaringan kerjasama bersama pihak pendidikan dalam usaha memperkasakan golongan belia agar lebih aktif, berkemahiran, berdaya saing dan mempunyai nilai kepimpinan yang positif.

Rakan Muda – Membina Potensi, Menggerak Aspirasi Belia.






SELESAI KURSUS ASAS KAYAK STAR ONE PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026 🛶Kursus Asas Kayak Star One Peringkat Negeri Pulau...
09/08/2026

SELESAI KURSUS ASAS KAYAK STAR ONE PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026 🛶

Kursus Asas Kayak Star One Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya selama 3 hari 2 malam, bermula 7 hingga 9 Ogos 2026, bertempat di Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Sepanjang pelaksanaan kursus, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan asas berkaitan sukan kayak, kemahiran teknikal serta aspek keselamatan dan pengendalian kayak melalui sesi teori dan praktikal.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kelab Berkayak Kembara Utara, jurulatih daripada Persatuan Kanu Malaysia, Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah (MSN) serta seluruh peserta kursus atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan serta menjadi pemangkin kepada perkembangan sukan kayak di Negeri Pulau Pinang. 💪🛶

Tahniah dan syabas kepada semua peserta! 🎉



🎉 JOM RAMAI-RAMAI MERIAHKAN KARNIVAL & KONSERT RAKYAT! 🎉Mai kita pakat turun ke Padang Kota, Pulau Pinang pada 15 Ogos 2...
08/08/2026

🎉 JOM RAMAI-RAMAI MERIAHKAN KARNIVAL & KONSERT RAKYAT! 🎉

Mai kita pakat turun ke Padang Kota, Pulau Pinang pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang! 🎊

🔥 Macam-macam aktiviti menanti anda!
💃 Senamrobik
🍴 Karnival Makanan
🎯 Sukaneka & Sukan Rakyat
👨‍👩‍👧‍👦 Pertandingan & Aktiviti Kanak-Kanak
🏛️ Reuai Agensi & Pameran
🏆 Pertandingan
🎤 Persembahan artis & Konsert Rakyat!

🌟 Antara artis yang bakal menggegarkan pentas:
🎶 Dato’ AC Mizal
🎶 Dato’ Jamal Abdillah
🎶 Dato’ Awie & Dragon Malaya
🎶 Farah AF
🎶 Usop Mentor

📅 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 8.30 pagi – 11.00 malam
📍 Padang Kota, Pulau Pinang

Jangan dok tunggu lagi! Mai pakat bawa keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang. Kita jumpa di Padang Kota! 🔥🎉

🔥 JOM SERTAI ONE NATION, ONE STRIDE FUN RUN 2026!🔥Mari meriahkan larian bersama keluarga & rakan-rakan!  Yuran sangat be...
05/08/2026

🔥 JOM SERTAI ONE NATION, ONE STRIDE FUN RUN 2026!🔥

Mari meriahkan larian bersama keluarga & rakan-rakan! Yuran sangat berbaloi dan pelbagai hadiah menarik menanti anda!

📍 Maklumat Acara :

* 📅 Tarikh : 22 Ogos 2026 (Sabtu)
* ⏰ Masa : 7.45 Pagi
* 📍 Tempat : Pusat Perniagaan Santuari, Bukit Mertajam

https://maps.app.goo.gl/aHdoxrEQi6x4SGKEA

* 🏁 Jarak : 5 KM
* 💰 Yuran Penyertaan : RM 19.00 sahaja!

TARIKH TUTUP :
22 Ogos 2026 ( selagi stok sais baju masih ada )

🎁 Istimewa Untuk Peserta :

* 👕 FREE Baju ( Limited Size.
! )
* 🥇 FREE Medal
* 🍿 FREE Snack Pack
* 🎓 Sijil Layak untuk PAJSK (sesuai untuk pelajar/sekolah)

🎉 Cabutan Bertuah Menanti Anda!

* 🏍️ Motosikal
* 🔌 Barangan Elektrik
* 🎁 Dan banyak lagi hadiah menarik!

ONE NATION, ONE STRIDE, TOGETHER WE FINISH STRONG! 💪🇲🇾

📌 Daftar Segera Sebelum Saiz Baju Habis..!

👇 Klik pautan di bawah untuk mendaftar / maklumat lanjut:

https://utararunnaz.bcl.my/form/one-nation-one-stride-funrun-2026

Pertanyaan lanjut -
Ramlan - 0194977989
Mann - 0194198163

Anjuran :
- Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang
- Pusat Khidmat ADUN Machang Bubuk

Dengan kerjasama -
- Utara Runnaz

SELESAI MELUKIS UNICORN| WOMEN TRAIL’S HIKING PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026Program Women Trail’s Hiking Peringkat N...
03/08/2026

SELESAI MELUKIS UNICORN| WOMEN TRAIL’S HIKING PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026

Program Women Trail’s Hiking Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan cabaran pendakian dan melengkapkan laluan Unicorn Trails sejauh 26 kilometer dengan penuh semangat dan ketahanan mental yang tinggi.

Majlis Pelepasan telah disempurnakan oleh En. Mohd Nadzri Bin Mohd Khairuddin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, guide KACANG Club,first aider dan agensi yang terlibat serta rakan kerjasama yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga program ini terus menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup aktif, memperkasakan penyertaan wanita dalam aktiviti rekreasi luar serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya melukis 26KM Unicorn Trails!

Address

Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor
Batu Uban
11700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6046554444

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share