Majlis Daerah Bau

Majlis Daerah Bau BE BOLD, AMBITIOUS & UNIFIED✨

Laman Rasmi Majlis Daerah Bau 🏛️


Komited memberikan perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan demi pembangunan serta kesejahteraan seluruh warga daerah Bau.

🇲🇾 PERTANDINGAN MEWARNA “IMAGINASI TANPA SEMPADAN” BERSEMPENA HARI MALAYSIABAU, 1 SEPTEMBER 2026 – Pertandingan Mewarna ...
02/09/2026

🇲🇾 PERTANDINGAN MEWARNA “IMAGINASI TANPA SEMPADAN” BERSEMPENA HARI MALAYSIA

BAU, 1 SEPTEMBER 2026 – Pertandingan Mewarna “Imaginasi Tanpa Sempadan” bersempena sambutan Hari Malaysia telah berjaya dilaksanakan bertempat di Perpustakaan Awam Bau.

Pertandingan ini melibatkan penyertaan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori 7 hingga 9 Tahun dan Kategori 10 hingga 12 Tahun.

Penganjuran pertandingan ini bertujuan memberikan ruang dan peluang kepada para peserta untuk menampilkan kreativiti serta daya imaginasi melalui penghasilan karya bertemakan Hari Malaysia. Di samping itu, program ini turut menjadi medium dalam memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan generasi muda.

Pelaksanaan program telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta serta ibu bapa yang hadir bagi memberikan sokongan dan dorongan sepanjang pertandingan berlangsung.

Majlis Daerah Bau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran program ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas penyertaan serta komitmen yang telah diberikan.

31/08/2026
NOTIS PENUTUPAN LALUAN UTAMA JALAN UTAMA SEBUKU MENUJU KE SJK CHUNG HUA BUSO, BAU📌TARIKH PENUTUPAN JALAN : 02-03 SEPTEMB...
28/08/2026

NOTIS PENUTUPAN LALUAN UTAMA JALAN UTAMA SEBUKU MENUJU KE SJK CHUNG HUA BUSO, BAU📌

TARIKH PENUTUPAN JALAN : 02-03 SEPTEMBER 2026

PROGRAM: HARI PEMBELIAN BARANGAN KITAR SEMULA 2026BAU – Majlis Daerah Bau merakamkan ucapan terima kasih atas penyertaan...
28/08/2026

PROGRAM: HARI PEMBELIAN BARANGAN KITAR SEMULA 2026

BAU – Majlis Daerah Bau merakamkan ucapan terima kasih atas penyertaan aktif warga komuniti Bau yang hadir menjayakan Hari Pembelian Barangan Kitar Semula 2026 bertempat di Perkarangan Majlis Daerah Bau.

Program yang merupakan sebahagian daripada pengisian Majlis Daerah Bau Sustainability Movement ini dianjurkan berlandaskan komitmen pihak majlis dalam mendidik serta mengajak masyarakat menguruskan sisa pepejal secara lebih bertanggungjawab. Ini juga selari dengan objektif Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG) ke arah mewujudkan persekitaran yang bersih dan lestari.

Penglibatan komuniti sepanjang program ini amat menggalakkan menerusi penyertaan aktiviti pengumpulan sisa domestik. Penduduk tempatan telah mengambil peluang menyerahkan pakaian terpakai untuk tujuan sumbangan (Clothing Donations) serta menjual minyak masak terpakai menerusi projek The Oil Cycle Project. Pelaksanaan konsep Waste to Cash ini terbukti berjaya memberi kesedaran bahawa bahan terbuang masih mempunyai nilai ekonomi jika diuruskan dengan betul.

Kejayaan penganjuran ini juga adalah hasil jalinan kerjasama yang erat bersama rakan-rakan strategik. Sehubungan dengan itu, pihak majlis mengagumi komitmen dan peranan yang dimainkan oleh pihak DNS Waste & Management, Kim Huang Enterprise, serta Tzu Chi Foundation sepanjang program berlangsung.

Majlis Daerah Bau berharap momentum positif ini dapat diteruskan oleh seluruh warga daerah Bau agar amalan pengasingan sisa dan kitar semula ini dijadikan sebahagian daripada gaya hidup harian demi pemeliharaan alam sekitar untuk masa depan.

PROGRAM LOW CARBON DAY: ECO WELLNESS CARNIVAL 2026BAU, 22 OGOS 2026 – Majlis Daerah Bau telah menganjurkan Program Low C...
28/08/2026

PROGRAM LOW CARBON DAY: ECO WELLNESS CARNIVAL 2026

BAU, 22 OGOS 2026 – Majlis Daerah Bau telah menganjurkan Program Low Carbon Day: Eco Wellness Carnival 2026 yang berlangsung di Perkarangan Majlis Daerah Bau pada 22 Ogos 2026.
Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif Majlis Daerah Bau dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurangan pelepasan karbon, penjagaan alam sekitar serta pengamalan gaya hidup sihat dan lestari.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti dan perkhidmatan telah disediakan kepada komuniti, termasuk Pameran Perodua dan Proton, Kaunter Maybank, Saringan Kesihatan Percuma, Sesi Zumba, Kutipan Cukai Pintu serta Pendaftaran Lesen Anjing.

Program ini turut memberi ruang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan perkhidmatan secara langsung, di samping meningkatkan kesedaran mengenai amalan yang menyokong kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.

Majlis Daerah Bau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, pihak kerjasama, peserta serta komuniti setempat yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh penglibatan masyarakat dalam usaha membudayakan kehidupan yang lebih sihat, persekitaran yang bersih dan amalan rendah karbon demi kelestarian bersama.

Bersama Kurangkan Karbon, Hidup Sihat, Bumi Lestari

NOTIS KENYATAAN TENDERTARIKH BUKA:27.08.2026TARIKH TUTUP: 09.09.2026
27/08/2026

NOTIS KENYATAAN TENDER

TARIKH BUKA:27.08.2026
TARIKH TUTUP: 09.09.2026

PROGRAM LOW CARBON DAY: ECO WELLNESS CARNIVAL 2026 BAU, 22 OGOS 2026 – Majlis Daerah Bau telah berjaya menganjurkan Sesi...
27/08/2026

PROGRAM LOW CARBON DAY: ECO WELLNESS CARNIVAL 2026

BAU, 22 OGOS 2026 – Majlis Daerah Bau telah berjaya menganjurkan Sesi Green Energy Zumba bersama ZIN Becky sempena Program Low Carbon Day: Eco Wellness Carnival 2026 yang berlangsung di perkarangan Majlis Daerah Bau.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada wakil agensi-agensi kerajaan serta warga komuniti Daerah Bau. Selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif, program ini turut menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar serta usaha mengurangkan jejak karbon.

Pihak Majlis Daerah Bau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, jabatan dan agensi kerajaan serta komuniti setempat atas sokongan dan penglibatan aktif dalam menjayakan program ini.

Tahniah turut diucapkan kepada semua pemenang bagi kategori pertandingan yang dianjurkan, antaranya:

🏆 Most Energetic Team
👗 OOTD Terbaik
🎉 Peserta Paling Sporting

Komitmen dan kerjasama yang diberikan mencerminkan semangat kebersamaan dalam menyokong agenda komuniti hijau, sihat dan lestari. Semoga usaha serta amalan mesra alam seperti ini dapat diteruskan secara berterusan demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian Daerah Bau.

“Hijaukan Komuniti, Sihatkan Diri, Lestarikan Bumi” 🌿

NOTIS PENUTUPAN LALUAN UTAMA JALAN UTAMA SEBUKU MENUJU KE TONDONG, BAU📌Tarikh: 26-29 Ogos (Asal)           29-30 Ogos (T...
26/08/2026

NOTIS PENUTUPAN LALUAN UTAMA JALAN UTAMA SEBUKU MENUJU KE TONDONG, BAU📌

Tarikh: 26-29 Ogos (Asal)
29-30 Ogos (Tambahan)

Dimaklumkan bahawa tempoh penutupan jalan akan dilanjutkan selama satu (1) hari bagi memberi laluan dan memastikan kelancaran perarakan sempena Sambutan Hungry Ghost Festival pada hari esok 27/8/2026

HEBAHAN PENDAFTARAN SEBAGAI PETUGAS PILIHAN RAYA SPR DUN SARAWAK KE 13 N.18 SEREMBU Majlis Daerah Bau ingin menjemput tu...
26/08/2026

HEBAHAN PENDAFTARAN SEBAGAI PETUGAS PILIHAN RAYA SPR DUN SARAWAK KE 13 N.18 SEREMBU

Majlis Daerah Bau ingin menjemput tuan/puan yang berminat menjadi Petugas Pilihan Raya dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke 13 bagi kawasan N.18 Serembu. Pendaftaran ini turut dibuka kepada mantan petugas PRN Sarawak ke 12 yang berlangsung pada tahun 2021.

Sila rujuk terma dan syarat pendaftaran di dalam notis iklan yang dipaparkan bersama.

Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran atau klik pautan ini :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSepAPL6wnadt6zH02C2pQPIPkKVkfaXAMtv7fcRWB7Vt8-Swg/viewform?usp=header

Address

Jalan Ong Guan Cheng
Bau
94000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 02:30 - 05:00
08:00 - 11:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Bau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Bau:

Share