10/06/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
10 Jun 2026 I KKMG
Sepanjang bulan Mei dan Jun 2026, Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) telah melaksanakan Kursus Kek Lapis Premium, Budget & Anyaman Roll di bawah Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2026 bertempat di Dapur Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), KKMG MELIBATKAN penyertaan seramai 18 orang peserta komuniti setempat.
Kursus ini dikendalikan oleh Puan Zoraidah Haji Leen, pemilik Kedai Kek Lapis DiWannie yang berpengalaman luas dalam bidang pembuatan kek lapis Sarawak dan dibantu pegajar dari KKMG iaitu Puan Lenny Lai, Puan Suriani binti Su'aidi dan Cik Cynthia Lee Poh Choo.
Melalui program ini, , peserta berpeluang mempelajari teknik penghasilan pelbagai jenis kek lapis premium dan budget secara praktikal termasuk penghasilan corak anyaman roll yang kreatif, kemas dan mempunyai nilai komersial.
Pendedahan turut diberikan terhadap aspek pemilihan bahan mentah, penyediaan adunan yang tepat, teknik pembakaran yang berkualiti, kemasan produk dan kaedah pembungkusan yang mampu meningkatkan daya tarikan dan nilai pasaran produk.
Lebih daripada sekadar kursus kemahiran, program ini menjadi platform untuk membina keyakinan peserta meneroka bidang keusahawanan berasaskan makanan malah pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh mampu dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan sampingan mahupun perniagaan kecil yang berpotensi berkembang pada masa hadapan.
Pelaksanaan kursus ini turut mencerminkan komitmen KKMG memperkasa komuniti melalui pemindahan ilmu dan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa.
Ia juga sejajar dengan aspirasi Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2026 untuk melahirkan masyarakat yang lebih berkemahiran, berdaya saing dan berupaya meningkatkan taraf ekonomi komuniti setempat.