Markas 2 Divisyen

Markas 2 Divisyen Media Sosial Rasmi Markas 2 Divisyen

BAKAT 2 DIV TERIMA PENGERUSI BARUPULAU PINANG: Seramai 50 ahli BAKAT 2 Div hadiri majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BA...
14/01/2019

BAKAT 2 DIV TERIMA PENGERUSI BARU

PULAU PINANG: Seramai 50 ahli BAKAT 2 Div hadiri majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 2 Div diadakan di Rumah BAKAT 2 Div, Kem Tun Razak pada 9 Nov 2018.

Majlis Serah Terima Tugas diantara Datin Hajjah Saimah Shafie dan Datin Sdafra' Hj Ahmad yang disaksikan oleh Ketua Staf MK 2 Div selaku Pegawai Penasihat BAKAT 2 Div, Kol Noorrul Azril Ariffin.

Datin Hajjah Saimah Shafie telah menerajui BAKAT 2 Div selama dua satu bulan akan mengikuti suaminya Mej Jen Dato' Ramli Jaafar yang akan menamatkan perkhidmatan.

Turut hadir, Pengerusi BAKAT 2 Bgd, Datin Risiah Ali Bajarai; Pengerusi BAKAT 6 Bgd, Datin Ruzina Romli; Pengerusi BAKAT 8 Bgd, Puan Rosilawati Ahmad Tajri; Pengerusi BAKAT 30 Bgd, Puan Normi Ahba Mohamad; Penerusi BAKAT Gabungan MK 2 Div, Puan Noriza binti Md Rashid dan Pengerusi BAKAT Pasukan Trup 2 Div.

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA 2 DIVISYENPULAU PINANG: Seramai 24 pegawai dan 391 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP...
14/01/2019

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA 2 DIVISYEN

PULAU PINANG: Seramai 24 pegawai dan 391 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat di dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 2 Divisyen yang berlangsung di Padang Kawad Markas 2 Div, Kem Tun Razak pada 9 Nov 18.

Perbarisan tersebut menyaksikan Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar telah menyerahkan tugas dan kuasa Panglima 2 Div kepada Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad yang disaksikan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin.

Terdahulu Mej Jen Dato' Ramli Jaafar telah menerima tabik hormat dari perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke 5 Rejimen Sempadan (Bn 5 RS), Lt Kol Mohyeddin Mohd Amin.

Mej Jen Dato' Ramli Jaafar turut menyempurnakan pemeriksaan perbarisan sebagai panglima ke 28 mulai 29 Sep 2016 hingga semalam dan akan menamatkan perkhidmatan pada 1 Jul 2019 setelah menabur bakti selama 39 tahun dalam perkhidmatan TD.

Turut hadir menyaksikan perbarisan ini ialah Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaffar; Panglima 6 Bgd, Brig Jen Dato’ Abdul Aziz Hj Ismail; Panglima 8 Bgd, Hj Muhamad Huzaimi Sabri; Komander Artileri Divisyen 2 Div, Brig Jen Mohd Rawa Hj Seman; Ketua Staf MK 2 Div, Kol Noorrul Azril Ariffin serta Pegawai Memerintah Trup 2 Div.

PERBARISAN PENGHARGAAN MEJAR JENERAL DATO’ MOHD RAMLI BIN JAAFARKEDAH: Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) t...
14/01/2019

PERBARISAN PENGHARGAAN MEJAR JENERAL DATO’ MOHD RAMLI BIN JAAFAR

KEDAH: Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) telah mengkoordinasi Perbarisan Penghargaan kepada Panglima 2 Divisyen Yang Ke-28, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar bagi menghargai jasa dan pengorbanan beliau curahkan dalam memimpin 2 Div khasnya dan Tentera Darat (TD) amnya bertempat di Padang Kawad Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja (3 KAD), Kem Lapangan Terbang pada 8 Nov 2018. Perbarisan yang gilang-gemilang dengan berpakaian istiadat ini telah diperiksaan menggunakan kenderaan bagi perbarisan terdiri dari 7 kontinjent merangkumi 24 pegawai dan 402 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Kontinjent perbarisan turut mempersembahkan kawad berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat kepada Panglima 2 Divisyen dengan diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD), Lt Kol Zaiham A.B Halim. Manakala Penolong Ketua Perbarisan adalah Mej Mohamad Faizul Anuar Fadzil dari Batalion Ke 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD). Ajutan perbarisan adalah Kapten Mohd Naim Zanai Abidin dari Markas Briged Ke-2 Infantri Malaysia. Sarjan Mejar Rejimen (SMR) perbarisan adalah PW 1 Syahrill Johari dari 6 RAMD. Keseluruhan Perbarisan ini diiringi oleh Pancaragam Gabungan dari 2 RAMD, 6 RAMD, 23 RAMD, Rejimen 3 KAD dan Batalion Ke-4 Rejimen Sempan (4 RS) dibawah pimpinan drum major Sjn Mohd Syukri Hashim.

Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar menjadi Panglima 2 Div mulai 29 Sep 2016 hingga hari ini (8 Nov 2018) dan akan menamatkan perkhidmatan pada 1 Jul 2019 setelah menabur bakti selama 39 tahun dalam perkhidmatan TD. Beliau telah berkhidmat selama satu tahun tujuh bulan kepada 2 Div semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Staf MK 2 Div dengan proses pemindahan MK 2 Div ke Kem Tun Razak, Bayan Lepas dari Hotel Runnymade yang dikenali sebagai Wisma Persekutuan Pulau Pinang pada 10 Apr 2016.

Perbarisan Penghargaan ini turut disaksikan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan isteri Datin Rashidah Abdul Rahim. Turut menyerikan majlis ini dengan kehadiran Isteri beliau Datin Hajjah Saimah Shafie dan anak-anak beliau iaitu Mohd Azril dan Nur Fatin Syahirah serta menantu Aemrierabbi Shafie. Tidak ketinggalan Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaffar dan isteri Datin Risiah Ali Bajarai; Panglima 6 Bgd, Brig Jen Dato’ Abdul Aziz Hj Ismail dan isteri Datin Ruzina Romli; Komander Artileri Divisyen 2 Div, Brig Jen Mohd Rawa Hj Seman dan isteri Puan Norlela Ali; Ketua Staf MK 2 Div, Kol Noorrul Azril Ariffin dan isteri Puan Noriza Md Rashid serta Pegawai-Pegawai Memerintah dan Pemerintah naungan 2 Divisyen.

MARKAS 2 DIVISYEN AKHIRl TAHUN 1438H DENGAN HIKMAH DAN TAHUN BARU 1439H DENGAN MUNAJATBAYAN LEPAS, 21 Sep 17: MK 2 Divis...
25/09/2017

MARKAS 2 DIVISYEN AKHIRl TAHUN 1438H DENGAN HIKMAH DAN TAHUN BARU 1439H DENGAN MUNAJAT

BAYAN LEPAS, 21 Sep 17: MK 2 Divisyen telah melaksanakan majlis bacaan doa akhir tahun 1438H dan doa awal tahun 1439H. Majlis dimulai dengan tazkirah ringkas, bacaan yasin dan tahlil diikuti dengan doa akhir tahun 1438H. Seterusnya majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan doa awal tahun 1439H mengiringi kedatangan Tahun Baru Maal Hijrah 1439 di surau Kem/Markas 2 Div. Majlis dipimpin oleh Mej Aminuddin bin Hj Salleh, PS 3 Agama MK 2 Divisyen.

Majlis turut dihadiri oleh Mej Jen Dato' Mohd Ramli bin Jaafar, Panglima 2 Divisyen, Komander Artileri Divisyen, Kol Mohd Rawa bin Haji Seman, Ketua Staf MK 2 Divisyen, Kol Noorrul Azril bin Ariffin, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota dari MK/Kem 2 Div dan MK Arti Div 2 Div. Acara diteruskan dengan jamuan makan malam. Acara berakhir dengan solat Isyak berjemaah.

KENYATAAN BERSAMA UNTUK SIARAN AKHBAR1.     Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Serantau Siri ke-106 antara Malaysia dan Tha...
20/09/2017

KENYATAAN BERSAMA UNTUK SIARAN AKHBAR

1. Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Serantau Siri ke-106 antara Malaysia dan Thailand yang di anjurkan oleh Malaysia telah diadakan di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 14 Sep 17. Mesyuarat edisi kali ini merupakan kesinambungan kepada mesyuarat siri ke 105 yang sangat berguna dalam mengeratkan hubungan selain mengekalkan kerjasama erat antara kedua-dua negara. Pertemuan antara kedua-dua jawakankuasa ini diadakan dua kali setahun secara timbal balik antara Malaysia dan Thailand.

2. Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Barat Tentera Darat merangkap sebagai Pengerusi Bersama Malaysia dan Lieutenant General Piyawat Nakwanich, Komander 4th Army Area Tentera Diraja Thailand merangkap Pengerusi Bersama Thailand.

3. Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Serantau membincangkan dengan teliti semua aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh 6 Kumpulan Kerja melibatkan operasi, latihan bersama, peningkatan kerjasama dalam pengurusan sempadan dan pengurusan bencana alam termasuk perkara berkaitan sosial dan ekonomi. Antara kemajuan yang telah dicapai melalui aktiviti dua hala antara kedua negara merangkumi persefahaman, semangat setiakawan dan kerjasama yang erat antara Malaysia dan Thailand. Dalam masa yang sama, ia juga bertindak menyelesaikan perkara-perkara sensitif dan membuka peluang perbincangan berkaitan isu keselamatan sempadan bersama dan seterusnya dikembangkan dalam bidang ekonomi dan pembangunan sosial.

4. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh 6 Kumpulan Kerja Jawatankuasa Sempadan Serantau telah membuahkan hasil yang sangat bernilai kepada Malaysia dan Thailand. Kumpulan Kerja ini terdiri daripada Kumpulan Kerja Perisikan dan Operasi Psikologi (IWG), Kumpulan Kerja Darat (LWG), Kumpulan Kerja Maritim Gabungan (CMWG), Kumpulan Kerja Udara (AWG), Kumpulan Kerja Pengurusan Sempadan (BMWG) dan Kumpulan Kerja Pengurusan Bencana Alam (DMWG). Kesemua Kumpulan Kerja ini ditubuhkan bagi menangani semua bentuk cabaran dan masalah yang timbul di kawasan sempadan dalam pelbagai keadaan. Pertemuan, kerjasama yang erat dan koordinasi antara semua agensi telah mengukuhkan dan mengekalkan keadaan baik di sempadan.

5. Jawatankuasa kali ini juga menyampaikan setinggi terima kasih kepada semua ahli yang telah menyumbang kepada pencapaian Visi dan Objektif Jawatankuasa Sempadan Serantau. Kerjasama erat antara kedua-dua negara menjadi lebih penting di masa hadapan, dalam mengharungi dunia ekonomi yang terbuka serta dimensi keselamatan yang lebih kompleks dan mencabar. Kerjasama yang erat melalui platform RBC ini juga akan terus ditambah baik bagi kemakmuran masyarakat di kawasan sempadan.

6. Thailand akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Serantau Kali Ke-107 yang akan dianjurkan dalam separuh tahun pertama tahun 2018.

PROGRAM KESEDARAN DALAM PENGURUSAN KEWANGANBAYAN LEPAS, 20 Sep 17 - Sekitar 250 orang pegawai dan anggota bagi pasukan d...
20/09/2017

PROGRAM KESEDARAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

BAYAN LEPAS, 20 Sep 17 - Sekitar 250 orang pegawai dan anggota bagi pasukan di sekitar Negeri Pulau Pinang dan Trup 2 Divisyen telah hadir ke Program Kesedaran Dalam Pengurusan Kewangan Peringkat Markas 2 Divisyen. Pegawai Staf 1 Risik 2 Divisyen, Lt Kol Mohd Ranizal bin Ismail telah memperkenalkan para agensi kewangan yang hadir untuk memberikan nasihat dan maklumat dalam pengurusan persendirian.

Oleh: Markas 2 Divisyen

Penutup Eks Haringgaroo Siri 68/2017pada 21 Sep 17 (Khamis) oleh Panglima 2 Divisyen dan Commander 3rd Bde (Aus) Rifle C...
20/09/2017

Penutup Eks Haringgaroo Siri 68/2017
pada 21 Sep 17 (Khamis) oleh Panglima 2 Divisyen dan Commander 3rd Bde (Aus) Rifle Company Butterworth (RCB).

106 RBC ANTARA TENTERA DARAT MALAYSIA DENGAN TENTERA DARAT DIRAJA THAILANDBAYAN LEPAS, 13 Sep 17 - Kunjungan Hormat Dele...
20/09/2017

106 RBC ANTARA TENTERA DARAT MALAYSIA DENGAN TENTERA DARAT DIRAJA THAILAND

BAYAN LEPAS, 13 Sep 17 - Kunjungan Hormat Delegasi Thailand yang diketuai oleh YBhg Lt Jen Piyavat Nakvanich, Commander 4th Army Area, Royal Thai Army selaku pengerusi Thailand (TJC) keatas YBhg Lt Jen Datuk Azizan bin Md Delin, Panglima Medan Barat Tentera Darat (MJC) di Wisma Perwira Pearl Eagle Riviera untuk menghadiri mesyuarat RBC Ke 106.

20/09/2017

DUA DIVISYEN DUKUNG LARIAN MERDEKA TENTERA DARAT TAHUN 2017

Laluan Timur bermula di Dataran Pantai Geting, Tumpat, Kelantan.

PASCA RIBUT DI KEM TUN RAZAKBAYAN LEPAS, 18 Sep 17 - Kerjasama Bomba dan ATM dalam program pasca ribut yang melanggar ka...
18/09/2017

PASCA RIBUT DI KEM TUN RAZAK

BAYAN LEPAS, 18 Sep 17 - Kerjasama Bomba dan ATM dalam program pasca ribut yang melanggar kawasan sekitar Bukit Gedung pada petang Jumaat (15 Sep 17). Pegawai Bomba Kanan II Yahaya bin Murad bersama 6 anggota dari Balai Bomba Bayan Baru dan anggota Markas 2 Divisyen telah sama-sama membersihkan pokok-pokok yang tumbang di sekitar Kem Tun Razak. Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli bin Jaafar turut beramah mesra bersama pasukan Bomba yang memberikan bantuan ini.

MAJLIS KESYUKURAN, DOA SELAMAT DAN KHUTBAH KHAS JUMAAT SEMPENA SAMBUTAN HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-84BAYAN LEPAS,...
18/09/2017

MAJLIS KESYUKURAN, DOA SELAMAT DAN KHUTBAH KHAS JUMAAT SEMPENA SAMBUTAN HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-84

BAYAN LEPAS, 15 Sep 17 - Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Khutbah Jumaat Khas Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke 84 bagi Tahun 2017. Majlis ini telah diadakan di Surau As Suhada, Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Ara, Pulau Pinang bagi Peringkat Markas Dua Divisyen.

Majlis bacaan yassin dan tahlil ini telah dipimpin oleh Mej Aminuddin bin Hj Salleh dan seterusnya beliau telah menyampaikan khutbah Jumaat khas bertajuk "ATM Perkasa Kedaulatan Terpelihara". Turut hadir sama Ketua Staf Markas 2 Divisyen, Kol Noorrul Azril bin Ariffin serta Pegawai-pegawai Kanan dan Anggota Lain-lain Pangkat.

Oleh: Markas 2 Divisyen

SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF MARKAS 2 DIVISYENBAYAN LEPAS, 13 Sep 17 -  Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas...
18/09/2017

SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF MARKAS 2 DIVISYEN

BAYAN LEPAS, 13 Sep 17 - Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas 2 Divisyen telah diadakan di antara Kolonel Mohd Adzhar bin Abd Latif dengan Kolonel Noorrul Azril bin Ariffin bertempat di Padang Kawad Markas 2 Divisyen, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 13 Sep 2017. Kolonel Mohd Adzhar bin Abd Latif dalam ucapannya beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama, komitmen dan taat setia yang diberikan oleh seluruh warga Markas 2 Divisyen disepanjang menjawat jawatan ini dan berharap kesinambungan serta komitmen yang tinggi dapat diteruskan dengan penuh keikhlasan kepada pengganti yang baru. Upacara menandatangani nota serah terima tugas serta penyerahan tongkat kuasa telah disaksikan oleh Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Ramli bin Jaafar pada majlis tersebut.

Address

Kem Tun Razak
Bayan Lepas
11909

Telephone

+6046199100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas 2 Divisyen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share