MPKK Kampung Jawa

MPKK Kampung Jawa MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG

02/06/2019
Sekitar Majlis Agihan Bubur Lambuk MPKK Kampung Jawa Bayan Baru. Majlis yang disempurnakan oleh Pengerusi MPKK Kampung J...
14/05/2019

Sekitar Majlis Agihan Bubur Lambuk MPKK Kampung Jawa Bayan Baru. Majlis yang disempurnakan oleh Pengerusi MPKK Kampung Jawa Bayan Baru En.Abu Kasim..Terima kasih diucapakn kepada semua yang terlibat dalamnmenjayakan majlis ini..

13/05/2019

GEORGE TOWN 13 Mei - Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata bantuan khas ini diberi kerana Kerajaan Negeri prihatin dengan tekanan kos sara hidup lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan yang dihadapi oleh kakitangan awam.

"Bantuan yang diberikan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM5.27 juta sebagai pemberian BKK kepada 3,905 penjawat awam di negeri ini,” katanya pada sidang media di sini.

Pada masa yang sama, Chow turut menyeru kepada semua penjawat awam agar terus memberikan kerjasama dan komitmen untuk menjayakan semua inisiatif-inisiatif yang telah digariskan untuk membentuk Pulau Pinang ke arah Visi 2030 Pulau Pinang.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata, Kerajaan Negeri kini dalam proses untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam di negeri ini.

“Kita fokus (untuk mengurangkan) kakitangan yang berjawatan tetap terlebih dahulu khususnya mereka yang mempunyai masalah disiplin,” kata Farizan.

Farizan berpesan kepada semua penjawat awam di Pulau Pinang agar sentiasa mengutamakan integriti dan menjaga imej baik institusi dalam menjalan tugas. -

Jom hadir bersama-sama dan ambil bubur lambuk anjuran MPKK Kampung Jawa dengan kerjasama persatuan pimpin, surau Kampung...
10/05/2019

Jom hadir bersama-sama dan ambil bubur lambuk anjuran MPKK Kampung Jawa dengan kerjasama persatuan pimpin, surau Kampung Jawa dan Petronas Bayan Baru

Penyerahan Kerusi roda kepada Pn Fatimah Karim No 29 Pintasan Bahagia 5 Kampung Jawa Bayan Baru Pulau Pinang pada 5 May ...
06/05/2019

Penyerahan Kerusi roda kepada Pn Fatimah Karim No 29 Pintasan Bahagia 5 Kampung Jawa Bayan Baru Pulau Pinang pada 5 May 2019.
Puan Fatimah amat berterima kasih kepada Pihak DUN Pantai Jerejak kerana telah memberi kemudahan untuk dia bergerak yg selama ini hanya boleh berkisar di tempat tidur sahaja..
Terima Kasih juga kepada En.Abu Kassim Pegerusi MPKK kampung jawa,En Raman setiusaha MPKK kampung jawa dan juga
En Baharuddin mewakili persatuan pimpin yang hadir utk menyampaikan kerusi roda.

KENALI KETUA POLIS NEGARA (KPN) YANG BAHARUIni kisah Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang dicabar ketaatsetiaannya kpd nega...
02/05/2019

KENALI KETUA POLIS NEGARA (KPN) YANG BAHARU

Ini kisah Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang dicabar ketaatsetiaannya kpd negara & rakyat, tetapi memilih utk menegakkan kebenaran meskipun perlu menanggung risiko & ancaman dari kuasa2 'halimunan'

1. Abdul Hamid Bador pernah mnjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch) pd sekitar tahun 2015. Krn enggan bersekongkol dengan perompak, Hamid mnjadi satu2nya pegawai polis berpangkat tinggi yg mmberanikn diri ke depan mendedahkn kepincangan dlm 1MDB.

2. Kuasa2 halimunan pd ketika itu telah mengarah Hamid utk meminta Tun menghentikn serangan terbuka trhdp Najib. Beliau juga dipaksa memfitnah Tun, dgn membuat pertuduhan kononnya Tun bersekongkol dgn Sarawak Report utk memalsukan dokumen2 1MDB.

Hamid menolak arahan2 trsebut, krn enggan bersekongkol dgn kuasa2 halimunan yg ingin menutup skandal 1MDB.

3. Hasilnya, Hamid dipancung & dipindah dari unit SB PDRM ke JPM pd Ogos 2015. Tindakan tersebut dbuat scr tiba2, sbg 'hukuman' kuasa2 halimunan terhadap anggota2 polis & penguatkuasa yg enggan mnjadi Pak Turut.

4. Hamid kemudiannya dlm sebuah surat terbuka, menyuarakan kekecewaannya trhdp penjawat2 awam tertinggi yg rela dijadikan perisai utk mempertahankan dalang2 skandal 1MDB. Antara penjawat2 awam yg disebut:
-Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
-Apandi Ali, Peguam Negara
-Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Baca surat penuh: https://www.malaysianreview.com/146761/surat-datuk-abdul-hamid-bador-kepada-kerajaan-didedahkan/

5. Susulan pendedahan Hamid, beliau dberi surat tunjuk sebab.

Begitulah balasan yg diterima oleh penjawat2 awam & penguatkuasa undang2 yg enggan bersekongkol dgn kuasa2 halimunan ketika UMNO berkuasa.

6. Sdh tentu, kuasa2 halimunan tdk akan mendiamkan diri, memandangkn muslihat & konspirasi jahat mereka tlh dibongkar. Maka Hamid mnjadilh sasaran serangan tentera siber kuasa2 halimunan. Dari orang nombor 2 unit Cawangan Khas PDRM, nama baik beliau dicemarkn, dan beliau dijadikan 'musuh negara'.

7. Hampir 3 tahun Hamid diaibkn, dianiayai, dicaci maki & diancam. Anak2 buah beliau meninggalkannya, beliau menerima ancaman bunuh, media yg dikawal kuasa2 halimun memburuk-burukkan & mengaibkannya. Kerjayanya 'berakhir' begitu sahaja, krn beliau memilih utk menegakkan kebenaran.

8. Setibanya 9 Mei 2018, kuasa2 halimunan ditendang dr Putrajaya. PH mengambil alih pusat pentadbiran. Antara perkara2 terawal yg dilakukan olh kjaan baharu adlh utk menyambung perkhidmatan penjawat2 awam berintegriti yg tlh dianiayai di zaman UMNO brkuasa.

Hamid dipanggil utk kembali berkhidmat sbg Pengarah Cawangan Khas PDRM.

9. 10 bulan kemudian pd bulan Mac 2019, Hamid dinaikkan pangkat & dilantik sbg Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.

10. Terbaru-baru ini p**a, YAB PM tlh umum bahawa Hamid bakal mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara setelah Fuzi Harun bersara wajib pd 4 Mei 2019 nanti.

Namun, perjalanan beliau tdk akn dpenuhi cabaran krn ada pihak yg mula gentar. Macam2 alasan & tohmahan dlemprkn.

Siapa mereka2 yg getar lutut, faham2lah.
........

Negara ini pd ketika ini, memerlukan pemimpin2 yg tdk gentar dgn kemungkaran. Kita memerlukan penjawat2 awam di peringkat tertinggi yg berintegriti, yg sanggup membersihkn segala taik yg dibuat olh pentadbiran terdahulu.

DS Abdul Hamid Bador merupakan penjawat awam yg teruji & diuji. Kesanggupan beliau berhdpn risiko besar, ancaman nyawa, penganiayaan & tohmahan harus kita sanjung & hargai.

Kita doakan yg terbaik utk DS Abdul Hamid Bador, dan yakin bahawa Tuhan akn sentiasa berada di pihak yg benar.

Karnival kepenggunaan yang berlangsung di Queensbay semalam.Pengerusi MPKK En Abu bin Kasim mewakili Surau Madrasah Al-I...
27/04/2019

Karnival kepenggunaan yang berlangsung di Queensbay semalam.Pengerusi MPKK En Abu bin Kasim mewakili Surau Madrasah Al-Ittihadiah Kampung Jawa menerima sumbang iklas dari Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

MAYAT lelaki ditemui dengan kesan tembak di dada dalam bilik rumah dua tingkat di Lengkok Merbah 1, Pulau Jerejak, Bayan...
25/04/2019

MAYAT lelaki ditemui dengan kesan tembak di dada dalam bilik rumah dua tingkat di Lengkok Merbah 1, Pulau Jerejak, Bayan Lepas dekat Balik Pulau, hari ini.

Dalam kejadian 6 petang itu, lelaki berusia 38 tahun terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian selepas peluru yang ditembak di dada kiri menembusi belakang badannya.

Difahamkan, lelaki itu sempat menghubungi bekas teman wanitanya yang menetap di Australia dan memberitahu mahu membunuh diri.

Menurut sumber, lelaki berkenaan turut menghantar kiriman WhatsApp kepada bekas teman wanitanya itu yang menunjukkan gambar pistol diacu di dadanya.

“Dia juga sempat berbual dalam telefon dan mengadu sakit dalam perut sebelum bekas teman wanitanya itu mendengar satu letupan.

“Perbualan mereka terputus dan bekas teman wanitanya yang bimbang kemudian menghubungi kakak lelaki terbabit,” katanya.

Sumber berkata, ahli keluarga lelaki itu cuba menghubunginya, namun gagal sebelum mereka pergi ke rumah terbabit bersama tukang kunci.

“Sebaik tiba, mereka terpaksa memotong mangga dan terkejut apabila melihat mayat lelaki itu atas lantai dalam bilik tingkat atas rumah terbabit.

“Mereka kemudian menghubungi polis dan siasatan mendapati lelaki berkenaan tinggal bersendirian di rumah terbabit,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dalam bilik, polis menemui sepucuk pistol revolver .38 bersama empat peluru di atas katil.

“Siasatan lanjut juga mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

Kredit Hadzlihady Hassan Harian Metro

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala
24/04/2019

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

Sumbang kepada manga yang kehilangan cucunya akibat kabin terbakar dikampung jawa tempoh hari daripada Y.B Sim Tze Tzin ...
23/04/2019

Sumbang kepada manga yang kehilangan cucunya akibat kabin terbakar dikampung jawa tempoh hari daripada Y.B Sim Tze Tzin Ahli Parliman Bayan Baru bersama Pegerusi MPKK Kampung Jawa Encik Abu

Address

Pintasan Bahagia 5
Bayan Lepas
11900

Telephone

+60 16-434 5600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK Kampung Jawa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MPKK Kampung Jawa:

Share