03/09/2026
🔥 LATIHAN KEBAKARAN & PENGUNGSIAN BANGUNAN 🚒🧯
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bayan Baru.
Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga kerja dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan, khususnya di tempat kerja.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak JBPM atas segala bimbingan, perkongsian ilmu, taklimat keselamatan serta demonstrasi yang telah diberikan.
Semoga latihan seperti ini dapat meningkatkan kesedaran dan kecekapan warga kerja dalam memastikan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan bersama. 🔥🧯
Keselamatan warga kerja, tanggungjawab kita bersama! 💪