17/09/2021
Program Beaufort Task Force yang dijalankan pada 16.09.2021 di sekitar Pekan Beaufort bagi tujuan memastikan semua pekerja serta penduduk menerima vaksin yang lengkap terutama sekali semasa berada di kawasan premis perniagaan.
Melalui program tersebut, warga Beaufort menerima baik dan menyokong jitu Program Vaksinasi yang dijalankan oleh CITF Daerah Beaufort dengan pelbagai agensi yang menganggotai Badan Bertindak Imunisasi Covid 19 ini seperti KKM, Pejabat Daerah, PDRM, MDB, RELA dan ramai lagi.
Kini langkah pemantauan dan pematuhan mengambil peranan kepada hasil usaha vaksinasi yang telah giat dijalankan.
Ayuh, Warga Beaufort.
Mari kita pastikan bersama daerah kita selamat dan bebas virus covid 19 durjana.