Perpustakaan Kolej Komuniti Beaufort

Perpustakaan Kolej Komuniti Beaufort perpustakaan kkbs

“Books are mirrors: you only see in them what you already have inside you.” — Carlos Ruiz ZafónTahniah diucapkan kepada ...
01/07/2026

“Books are mirrors: you only see in them what you already have inside you.” — Carlos Ruiz Zafón

Tahniah diucapkan kepada En. Mohd. Fikri Bin Murshidi, Pensyarah Unit Kulinari merupakan peminjam buku terawal bagi Sesi I 2026/2027. Beliau telah meminjam satu naskah buku yang bertajuk:

1. Professional Garde Manger: A Comprehensive Guide To Cold Food Preparation

Inisiatif penghargaan kepada peminjam pertama bagi setiap awal sesi dan setiap bulan merupakan salah satu usaha Unit Perpustakaan dalam menyemarakkan budaya membaca serta menggalakkan pembelajaran berterusan dalam kalangan warga KKBS.

Jom sama-sama jadikan membaca sebagai amalan harian! 📖😉



🎉 Tahniah diucapkan kepada Pengunjung Terawal Perpustakaan Sesi I 2026/2027! 🎉🌟 Mohamad Khairul Inmal Bin Aman Pelajar S...
30/06/2026

🎉 Tahniah diucapkan kepada Pengunjung Terawal Perpustakaan Sesi I 2026/2027! 🎉

🌟 Mohamad Khairul Inmal Bin Aman
Pelajar Sijil Kulinari (SKU1A)

Semoga perpustakaan terus menjadi pilihan utama untuk menimba ilmu dan memperkasa budaya membaca 📖✨



Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang Kuiz Awal Muharam 1448H yang telah berlangsung tempoh hari.Terima kas...
26/06/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang Kuiz Awal Muharam 1448H yang telah berlangsung tempoh hari.

Terima kasih atas sokongan dan penyertaan semua sepanjang penganjuran kuiz ini. Semoga anda terus menyokong kami dalam aktiviti-aktiviti yang lebih menarik pada masa akan datang.

Anda semua hebat!

Sekitar sesi taklimat perkhidmatan perpustakaan kepada pensyarah baharu KKBS.Taklimat ini merangkumi pengenalan sistem I...
26/06/2026

Sekitar sesi taklimat perkhidmatan perpustakaan kepada pensyarah baharu KKBS.

Taklimat ini merangkumi pengenalan sistem ILS-Koha, penggunaan OPAC, kaedah pencarian bahan, langganan e-book JPPKK, pendaftaran u-Pustaka serta panduan permohonan ISBN.

Semoga perkongsian ini dapat membantu memaksimumkan penggunaan perkhidmatan perpustakaan dan memenuhi keperluan pengguna.

Sesi Taklimat Perpustakaan sempena Minggu Transformasi Siswa Pelajar Baharu Sesi I 2026/2027.Melalui sesi taklimat ini, ...
26/06/2026

Sesi Taklimat Perpustakaan sempena Minggu Transformasi Siswa Pelajar Baharu Sesi I 2026/2027.

Melalui sesi taklimat ini, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan KKBS bagi menyokong keperluan pembelajaran dan pencarian maklumat sepanjang tempoh pengajian.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat serta membantu para pelajar memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan perpustakaan.

Jumpa anda di perpustakaan!

Sempena Maal Hijrah, Unit Perpustakaan menjemput semua pelajar & kakitangan Muslim untuk menyertai kuiz Awal Muharram 14...
15/06/2026

Sempena Maal Hijrah, Unit Perpustakaan menjemput semua pelajar & kakitangan Muslim untuk menyertai kuiz Awal Muharram 1448H seperti maklumat di poster.

Jom sertai kuiz ini bagi menguji pengetahuan serta menambah penghayatan sempena Awal Muharram 🌙

📲 Jangan lepaskan peluang — nantikan pautan kuiz di Telegram rasmi!

Jom daftar u-PUSTAKA. Ikuti 6 langkah yang sangat mudah untuk mendaftar.
12/06/2026

Jom daftar u-PUSTAKA. Ikuti 6 langkah yang sangat mudah untuk mendaftar.

📚 DAFTAR u-PUSTAKA HARI INI! 📚

Tahukah anda? Dengan keahlian u-Pustaka, anda boleh mengakses pelbagai koleksi digital seperti e-buku, e-majalah, bahan rujukan dan banyak lagi — semuanya di hujung jari, bila-bila masa dan di mana sahaja.

✅ Percuma untuk rakyat Malaysia
✅ Akses bahan digital 24/7
✅ Mudah didaftarkan secara dalam talian
✅ Sesuai untuk pelajar, penjawat awam, usahawan dan seluruh keluarga

Ikuti langkah mudah dalam poster ini untuk mendaftar dan mula menikmati dunia ilmu tanpa sempadan.

🌐 Daftar sekarang di: www.u-library.gov.my

“Utamakan Pengetahuan, Ingatlah u-Pustaka”

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada semua.Semoga segala pengorbanan, ibadah korban, dan amalan yang d...
26/05/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada semua.

Semoga segala pengorbanan, ibadah korban, dan amalan yang dilakukan pada hari yang mulia ini diterima dan diberkati Allah SWT. Sama-samalah kita menghayati erti sebenar pengorbanan dan ketaatan. Semoga sambutan tahun ini membawa seribu kebahagiaan dan kedamaian bersama keluarga tersayang. Aamiin

Address

Kolej Komuniti Beaufort
Beaufort
89807

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Kolej Komuniti Beaufort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Kolej Komuniti Beaufort:

Shortcuts

Share

Category