28/07/2026
🔥 FIRE FIGHTER FOR A DAY 🔥
Program Pengukuhan Pasukan Kerja (Team Building) Pejabat RISDA Daerah Beaufort bersama Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort
📅 27 Julai 2026
📍 Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Beaufort
Semangat berpasukan, disiplin dan keberanian menjadi teras utama dalam Program Fire Fighter for a Day yang menghimpunkan warga Pejabat RISDA Daerah Beaufort bersama Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort.
Sepanjang program, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian menarik bermula dengan sesi ice breaking, pengenalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), perkongsian ilmu berkaitan sains kebombaan, demonstrasi penggunaan Personal Protective Equipment (PPE) dan Breathing Apparatus (BA), pertandingan yel pasukan serta cabaran kemuncak Simulasi Rappelling yang menguji keberanian, keyakinan, komunikasi dan kerjasama setiap peserta.
Program ini bukan sahaja memberi pengalaman merasai sendiri tugas dan cabaran sebagai anggota bomba, malah berjaya memupuk semangat setiakawan, meningkatkan kemahiran kepimpinan serta mengeratkan hubungan strategik antara warga RISDA dan JBPM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort atas komitmen, bimbingan serta perkongsian ilmu yang amat bermakna. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi melahirkan warga kerja yang lebih berdaya tahan, berdisiplin dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran.
"Ilmu Dipelajari • Kemahiran Diasah • Operasi Disimulasi • Keberanian Diuji" 🚒💪