TP KRT Gabungan Suasa

TP KRT Gabungan Suasa Laman rasmi Tabika Perpaduan KRT Gabungan Suasa.Berkongsi info terkini,aktiviti pelajar.

MERAIKAN HARI ISTIMEWA ANAK-ANAK JULAI & OGOS πŸŒŸπŸŽ‚πŸ“… 27 Ogos 2026Anak-anak yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan ...
30/08/2026

MERAIKAN HARI ISTIMEWA ANAK-ANAK JULAI & OGOS πŸŒŸπŸŽ‚

πŸ“… 27 Ogos 2026

Anak-anak yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Julai dan Ogos diraikan bersama-sama dalam suasana yang meriah dan penuh kasih sayang. Semoga anak-anak terus membesar dengan sihat, ceria, bijak dan menjadi insan yang baik serta membanggakan. πŸŽ‚βœ¨

πŸŽ‰ Selamat Hari Jadi buat semua anak-anak yang diraikan!Semoga setiap tahun yang bertambah membawa lebih banyak kebahagiaan, pengalaman manis dan kenangan indah. πŸ₯°πŸŽ‚πŸ’




PERTANDINGAN MEWARNA PROGRAM SATU SUARA, SERIBU WARNATarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)Tema: Patriotik, Perpaduan dan Penghijau...
30/08/2026

PERTANDINGAN MEWARNA PROGRAM SATU SUARA, SERIBU WARNA

Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
Tema: Patriotik, Perpaduan dan Penghijauan
Pelaksanaan: Serentak di seluruh Tabika Perpaduan

Semarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan cinta akan negara melalui kreativiti anak-anak Tabika Perpaduan.

Bersempena pelaksanaan Program Satu Suara, Seribu Warna yang diadakan secara serentak di seluruh Tabika Perpaduan, Pertandingan Mewarna ini menjadi wadah untuk menyemai nilai perpaduan, kebersamaan dan kecintaan terhadap Malaysia sejak usia awal.

Melalui aktiviti mewarna, anak-anak bukan sahaja diberi ruang untuk menyerlahkan kreativiti dan imaginasi, malah dididik untuk mengenali serta menghayati nilai patriotisme, keharmonian hidup bersama dan kepentingan memelihara alam sekitar.





πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ PROGRAM KEMBARA MERDEKA, JALUR GEMILANG & HARI SABAH 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“… 23 Ogos 2026 (Sabtu)πŸ“ Dewan Terbuka Koperasi Berhad, ...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ PROGRAM KEMBARA MERDEKA, JALUR GEMILANG & HARI SABAH 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… 23 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Dewan Terbuka Koperasi Berhad, Kampung Suasa

Sempena Program Kembara Merdeka, Jalur Gemilang & Hari Sabah 2026, anak-anak Tabika Perpaduan Gabungan Suasa telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

🎨 Pertandingan Mewarna

πŸ‘—πŸ‡²πŸ‡Ύ Pertandingan Pakaian Merdeka Kreatif

Tahniah kepada semua anak-anak yang mengambil bahagian! πŸ‘πŸ₯°
Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan dapat memupuk semangat patriotisme, kreativiti, keyakinan diri serta kecintaan kepada Malaysia dalam diri anak-anak sejak usia awal. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨





πŸ“šβœ¨ PERTANDINGAN BERCERITA SEMPENA MINGGU PERPUSTAKAAN βœ¨πŸ“šTahniah diucapkan kepada Adik Annur Maghfirah yang telah mewakil...
30/08/2026

πŸ“šβœ¨ PERTANDINGAN BERCERITA SEMPENA MINGGU PERPUSTAKAAN βœ¨πŸ“š

Tahniah diucapkan kepada Adik Annur Maghfirah yang telah mewakili kelas dalam Pertandingan Bercerita Sempena Minggu Perpustakaan anjuran Perpustakaan Cawangan Beaufort pada 17 Ogos 2026. πŸŒ·πŸ‘

Adik Annur Maghfirah telah menyampaikan cerita yang bertajuk β€œKotak Ajaib Milik Nenek” dengan penuh semangat dan keyakinan. πŸ“–πŸ’«

Alhamdulillah, usaha dan keberanian Adik Annur membuahkan hasil apabila berjaya menerima Hadiah Saguhati. πŸ…πŸ˜„

Berani tampil, yakin bercerita, terus menginspirasi! πŸ“šβœ¨




πŸ‡²πŸ‡ΎπŸƒβ€β™€οΈ PROGRAM GENERASI CILIK PERPADUAN SUKANEKA PERPADUAN Tabika Perpaduan Zon Pedalaman BawahπŸ“… 15 Ogos 2026 (Sabtu)πŸ“ P...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸƒβ€β™€οΈ PROGRAM GENERASI CILIK PERPADUAN SUKANEKA PERPADUAN Tabika Perpaduan Zon Pedalaman Bawah

πŸ“… 15 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Pantai Luang Buaya, Kuala Penyu

πŸƒβ€β™€οΈ Acara sukaneka dimulai dengan Senamrobik Memanaskan badan dengan penuh semangat dan keceriaan.

🎈 Acara Kanak-Kanak
🏁 Larian Bendera
🎈 Passing Belon
πŸ₯„ Bola Ping Pong dengan Sudu
🫘 Pundi Kacang Atas Kepala
🦍 Jalan King Kong

πŸ‘© Acara Ibu – 🎈 Keretapi Belon
πŸ‘¨ Acara Bapa – 🐘 Tapak Gajah
πŸ‘©β€πŸ« Acara Guru-Guru – 🎈 Belon Gergasi

♻️ Acara Spogomi – Sukan Memungut Sampah sebagai usaha bersama menjaga kebersihan dan memupuk semangat kerjasama.

Terima kasih kepada semua ibu bapa, kanak-kanak, guru-guru, urusetia serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini terus mengeratkan hubungan, memupuk semangat kerjasama dan menyemai nilai perpaduan dalam kalangan warga Tabika Perpaduan. ❀️






πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎTurut diadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang bersama ibu bapa dan kanak-kanak sebagai t...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

Turut diadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang bersama ibu bapa dan kanak-kanak sebagai tanda semangat patriotik serta menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan. Aktiviti ini dapat memupuk rasa cinta akan negara, mengeratkan hubungan antara ibu bapa, anak-anak dan warga Tabika Perpaduan serta menyemai semangat perpaduan sejak usia awal. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›





PROGRAM SMARTSTART SCHOOL 2026– TABIKA PERPADUAN ZON PEDALAMAN BAWAH πŸ“… 10 Ogos 2026 (Isnin)πŸ“ Dewan DSP Lajim Okin, Pusat...
30/08/2026

PROGRAM SMARTSTART SCHOOL 2026– TABIKA PERPADUAN ZON PEDALAMAN BAWAH

πŸ“… 10 Ogos 2026 (Isnin)
πŸ“ Dewan DSP Lajim Okin, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Bisaya Beaufort
🀝 Anjuran: PEMADAM & JPNIN

Program SmartStart School merupakan inisiatif pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun yang diberi pendedahan tentang keselamatan diri dan pencegahan awal melalui pendekatan yang menyeronokkan dan bersesuaian dengan usia kanak-kanak.

✨ Program dilaksanakan secara interaktif melalui:
πŸ“– Penceritaan (Storytelling)
πŸ–ΌοΈ Aktiviti Kad Gambar (Visual Learning)
🎨 Pertandingan Mewarna

Melalui aktiviti-aktiviti ini, anak-anak dibimbing untuk mengenal pasti situasi yang tidak selamat, berani berkata β€œTAK NAK!”, menolak pemberian daripada orang yang tidak dikenali serta melaporkan kepada guru atau ibu bapa. πŸ›‘πŸ™…β€β™€οΈπŸ‘©β€πŸ«

Semoga program ini dapat membantu membina keyakinan diri, keberanian dan kesedaran keselamatan dalam diri anak-anak sejak usia awal. ❀️🌈






🦷✨ PEMERIKSAAN KESIHATAN GIGIβœ¨πŸ¦·πŸ“… 7 Julai 2026πŸ“ Tabika Perpaduan Gabungan Suasa, BeaufortSelain pemeriksaan gigi, anak-an...
30/08/2026

🦷✨ PEMERIKSAAN KESIHATAN GIGI✨🦷

πŸ“… 7 Julai 2026
πŸ“ Tabika Perpaduan Gabungan Suasa, Beaufort

Selain pemeriksaan gigi, anak-anak turut mengikuti taklimat penjagaan dan kebersihan gigi serta latihan memberus gigi dengan cara yang betul. πŸͺ₯😁

Anak-anak begitu teruja dan gembira kerana berpeluang belajar secara praktikal tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan gigi sejak usia dini. ❀️

Terima kasih diucapkan kepada Klinik Pergigian Beaufort atas perkongsian ilmu, pemeriksaan serta bimbingan yang diberikan kepada anak-anak. Semoga usaha ini dapat membentuk amalan penjagaan gigi yang baik dan berterusan dalam kehidupan mereka. 🌷

Gigi Sihat, Senyum Ceria! 😁🦷✨






PERTANDINGAN MEWARNA ANUGERAH KREATIF  ASPIRASI REKA (AKAR) 2026 ANJURAN YAYASAN KRUπŸ“†1 Julai 2026Sempena Anugerah Kreati...
30/08/2026

PERTANDINGAN MEWARNA ANUGERAH KREATIF ASPIRASI REKA (AKAR) 2026 ANJURAN YAYASAN KRU

πŸ“†1 Julai 2026

Sempena Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026, murid-murid Tabika Perpaduan di seluruh negara akan menyertai Pertandingan Mewarna bertemakan:

β€œSaya Sayang Orang utan”

Pertandingan ini dilaksanakan secara serentak di 1,781 Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia, melibatkan penyertaan lebih 34,000 murid dalam satu gerakan nasional yang menyemai kreativiti, kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar serta nilai perpaduan.

Program ini merupakan inisiatif Yayasan KRU dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi memperkasa bakat kreatif kanak-kanak, memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dan menyemai nilai perpaduan sejak peringkat awal pendidikan.




🌿🧹 AKTIVITI GOTONG-ROYONG 🧹🌿Aktiviti gotong-royong bersama warga Tabika Perpaduan bagi membersihkan luar dan dalam kelas...
29/08/2026

🌿🧹 AKTIVITI GOTONG-ROYONG 🧹🌿

Aktiviti gotong-royong bersama warga Tabika Perpaduan bagi membersihkan luar dan dalam kelas serta menceriakan kawasan tabika.🌱




Address

Kampung Suasa
Beaufort
89808

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TP KRT Gabungan Suasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share