25/08/2026
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐๐ก๐๐ง ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ข ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฎ๐๐จ๐ซ๐ญ - ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ก๐ซ๐จ๐ง๐ ๐๐ง๐ ๐ข๐ง๐๐๐ซ๐ข๐ง๐
24 Ogos : Pejabat MARA Negeri Sabah telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan di bawah Program BUDI MARA yang berlangsung di Pejabat MARA Negeri Sabah, hari ini.
Dalam majlis tersebut, sumbangan berjumlah RM10,000.00 telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Daya Throne Engineering, Encik Abd Sare bin Abd Rahim, melalui penyerahan replika cek kepada Pengarah MARA Negeri Sabah, Dr. Shahrizin bin Abdul Sarhadat.
Program BUDI MARA merupakan inisiatif bantuan pendidikan yang bertujuan menyokong kelangsungan pendidikan pelajar daripada golongan B40 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Sumbangan daripada Daya Throne Engineering ini mencerminkan keprihatinan serta komitmen sektor keusahawanan dalam menyokong pembangunan pendidikan dan masa depan generasi muda.
Sumbangan tersebut bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada pelajar yang memerlukan, malah turut mencerminkan keberhasilan ekosistem keusahawanan MARA dalam melahirkan usahawan yang berjaya, prihatin dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap tanggungjawab sosial.
Komitmen sedemikian membuktikan bahawa kejayaan dalam bidang keusahawanan bukan semata-mata diukur melalui pencapaian perniagaan, tetapi turut dapat diterjemahkan melalui sumbangan dan impak positif kepada masyarakat, khususnya dalam memperluas akses kepada pendidikan berkualiti serta membantu golongan yang memerlukan.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan komitmen yang diberikan, MARA Negeri Sabah turut menyampaikan Surat Penghargaan kepada Daya Throne Engineering sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang telah dizahirkan.
MARA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Daya Throne Engineering, khususnya Encik Abd Sare bin Abd Rahim, atas sumbangan yang amat bermakna ini.
Semoga inisiatif murni ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai usahawan dan pihak industri untuk bersama-sama menyokong agenda pemerkasaan pendidikan serta pembangunan generasi masa hadapan yang berilmu, berdaya saing dan berpotensi tinggi.