26/05/2026
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak.
Bersempena dengan musim perayaan yang istimewa ini, kami di barisan kepimpinan dan seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Subis ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan:
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha – Semoga ibadah korban tahun ini membawa keberkatan dan keinsafan buat semua umat Islam.
Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai – Kepada rakan-rakan yang menyambutnya, semoga perayaan tahun ini membawa limpahan rezeki dan kegembiraan.
Selamat Menyambut Hari Wesak – Semoga keharmonian dan kedamaian sentiasa mengiringi kita semua.
Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua guru yang berdedikasi, murid-murid yang disayangi, staf sokongan, dan seluruh komuniti warga Subis! Gunakanlah masa cuti ini untuk berehat, menyegarkan minda, dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tercinta.
Dalam keghairahan kita menyambut perayaan dan pulang ke kampung halaman, utamakanlah keselamatan. Berhati-hatilah ketika memandu di jalan raya, pastikan kenderaan dalam keadaan baik, dan pastikan kediaman anda dikunci dengan selamat sebelum ditinggalkan. Biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi.
Semoga kepelbagaian perayaan ini terus mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kita di daerah Subis.
Selamat bercuti dan jaga diri semua!