PAS Kawasan Beluran

PAS Kawasan Beluran Selamatlah Parti Islam Melangkah, Memimpin Ummah Ke Medan Siasah, Berpedomankan Al-Quran & As-Sunnah

Salam Takziah
03/04/2026

Salam Takziah

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه

PAS Sabah merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhum Haji Mohamad bin Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau.

Sumbangan, khidmat bakti serta komitmen Almarhum dalam perjuangan dan pentadbiran parti akan sentiasa dikenang sebagai satu legasi yang bermakna.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkannya dalam kalangan para hamba-Nya yang soleh.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga. Moga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Daripada:
PAS Sabah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Bersyukur atas kurniaan nikmat-nikmat Allahﷻ. Syawal yang kunjung tiba adalah...
21/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bersyukur atas kurniaan nikmat-nikmat Allahﷻ. Syawal yang kunjung tiba adalah hari kemenangan, hari kemaafan dan hari penuh keberkatan.

Pergi ke sawah melihat padi,
Burung pipit terbang beriringan,
Semoga Syawal diberkati,
Hidup bahagia sepanjang zaman.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

__________________
Mohamad Razlie bin Mohamad Omar
01 Syawal 1447H / 21 Mac 2026M

PAS Kawasan Beluran

09/02/2026

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS SABAH

PBT Diseru Sedia Surau Sementara di Bazar Ramadan

1. Saya menyeru kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah agar menyediakan surau sementara atau ruang solat yang sesuai di setiap tapak bazar Ramadan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

2. Bazar Ramadan bukan sekadar ruang ekonomi, tetapi juga medan menghidupkan syiar Islam. Dalam kesibukan peniaga mencari rezeki dan orang ramai membeli juadah berbuka, kewajipan solat tidak boleh diketepikan.

3. Kemudahan surau yang berdekatan akan membantu peniaga dan pengunjung menunaikan perintah Allah dengan mudah, teratur dan selesa. Dengan adanya ruang solat, mereka tidak perlu lagi tergesa-gesa meninggalkan tapak bazar atau berkejar mencari masjid dan surau yang jauh.

4. Apabila urusan ibadah dipermudahkan, peniaga juga dapat menguruskan perniagaan dengan lebih lancar tanpa kekangan masa. Insya-Allah, rezeki yang diperoleh akan menjadi lebih berkat.

5. Saya berharap semua pihak, termasuk penganjur dan agensi berkaitan, dapat memberi perhatian serius terhadap perkara ini supaya bazar Ramadan di negeri kita bukan sahaja meriah, malah dipenuhi nilai takwa serta menjadi contoh pengurusan yang mesra ibadah.

6. Negeri yang diberkati bukan diukur pada ramainya manusia berniaga, tetapi pada ramainya manusia yang taat kepada perintah Tuhan.

YB DATUK DR. ALIAKBAR GULASAN
Pesuruhjaya PAS Sabah
ADUN Karambunai
9 Februari 2026

09/02/2026

𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐎𝐆𝐎 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈

Adalah dimaklumkan bahawa logo, nama PASTI, uniform PASTI serta pakaian sukan PASTI telah didaftarkan dan dilindungi di bawah:
1. Akta Cap Dagangan 2019
2. Akta Rekabentuk Perindustrian 1996
3. Akta Hak Cipta 1987

Sebarang penggunaan logo dan nama PASTI, termasuk pengeluaran atau penjualan produk berjenama PASTI tanpa kebenaran bertulis, adalah merupakan suatu kesalahan jenayah. Jika disabitkan kesalahan, tindakan boleh diambil dan hukuman boleh dikenakan di bawah akta-akta berkenaan.

𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗧𝘂𝗮𝗻/𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹, 𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻/𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 tanpa kebenaran, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang, termasuk membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan amatlah dihargai.
Terima kasih.

23/01/2026

Sebagai ahli PAS, kehadiran kita bukan lagi pilihan ianya adalah amanah perjuangan.

Inilah medan kita mendengar, memahami dan mengorak langkah di bawah kepimpinan parti.

Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS kali ke-71 peringkat Negeri Sabah menghimpunkan pimpinan pusat dan negeri untuk mengupas hala tuju perjuangan, menjelaskan sikap dan prinsip parti, serta memperteguh kesatuan ahli dalam mendepani cabaran semasa.

Setiap ahli mempunyai peranan.
Setiap kehadiran membawa makna.
Dan setiap kefahaman yang lahir akan menguatkan saf perjuangan.

🗓 Sabtu | 24 Januari 2026
⏰ 7.00 malam
📍 Likas Square Ballroom, Kota Kinabalu

Ayuh hadir, dengar dengan hati, dan pulang dengan tekad.

Kerana perjuangan ini menuntut kefahaman, disiplin dan kebersamaan.

23/01/2026
Menyantuni 30 Asnaf Melalui Program Back To School 2026 Beluran | 8 Januari 2026PAS Kawasan Beluran dengan kerjasama Bir...
09/01/2026

Menyantuni 30 Asnaf Melalui Program Back To School 2026

Beluran | 8 Januari 2026

PAS Kawasan Beluran dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Sabah (BKKSPS) telah menyantuni 30 orang asnaf Muslim dan Asnaf non-Muslim sempena penganjuran Program Back To School 2026.

Program ini bertujuan membantu golongan asnaf dengan menyediakan sumbangan berbentuk beg serta peralatan sekolah sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi. Seramai 30 orang penerima telah menerima manfaat melalui program ini.

Pelaksanaan program pada tahun ini melibatkan beberapa buah kampung, iaitu:
📍 Kampung Kolapis Darat
📍 Kampung Ranpik
📍 Kampung Bayu Permai
📍 Kawasan JKR

Turut hadir Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Sabah, Nur Izzati Yusof, Yang Dipertua PAS Kawasan Beluran, Mohamad Razlie bin Mohamad Omar, Ketua Muslimat PAS Kawasan Beluran, Siti Nurfadillah, ahli jawatankuasa PAS Kawasan Beluran serta para sukarelawan.

Sedikit sumbangan, besar maknanya.Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban keluarga dan menjadi penyemangat buat anak-anak untuk terus belajar, berusaha, dan mengejar impian mereka.




Address

Beluran

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Beluran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Kawasan Beluran:

Share