29/05/2024
Tuan Abdul Kadir Cdo UPPM DUN N.48 Sugut memenuhi jemputan Tuan Jos Mongigup Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) N.48 Sugut Mukim Tangkarason, ke majlis penyerahan borang pemasangan meter elektrik kepada Tuan Alex Kontraktor SESB Beluran oleh 21 orang Penduduk Kg Tangkarason diketuai Tuan Jos, pada 28/5/2024 bertempat di rumah Tuan Laitin. Selepas acara penyerahan borang Tuan Jos menyampaikan borang permohonan penduduk Kg Tangkarason pemasangan 5 batang tiang elektrik untuk keperluan penduduk yang belum dipasangkan meter elektrik.
Dalam majlis itu juga Tuan CDO yang juga selaku Setiausaha Bahagian PGRS N.48 Sugut menerima borang penambahan Ahli PGRS daripada Tuan Jos yang juga selaku Ketua Cawangan PGRS Kg Permata Paitan. Manakala Puan Rinah Doing Ketua Pergerakan Wanita Bahagian PGRS N.48 Sugut berkesempatan beramah mesra dengan Ahli2 Wanita Cawangan PGRS Sugut ZON Tangkarason.
Selesai majlis tersebut Tuan CDO bersama rombongannya Puan Rinah Doing, Tuan Lamri Ayok Pengerusi JKKK merangkap Ketua Cawangan PGRS Kg Semangat dan PKhas CDO, Puan Narmah Indap Isteri Tuan CDO dengan di iringi oleh Tuan Molundim Maginjoh AJK Bahagian PGRS N.48 Sugut, meninjau ke tapak pembinaan bangunan baru Klinik Kesihatan Tangkarason. Tuan CDO berkesempatan bertemu bual dengan Tuan Kassim Ketua pekerja Kontrak membina bangunan Klinik Kesihatan Tangkarason. Dalam pertemuan itu Tuan Kassim memberikan penerangan ringkas kepada tuan CDO dan rombongan tentang perkembangan kerja-kerja pembinaan bangunan Klinik Kesihatan tersebut.
Sebelum p**ang Tuan CDO santai kopi-kopi Kaamatan bersama penduduk kampung di rumah Tuan Laitin. Salah seorang penduduk kampung bertanya kepada Tuan CDO tentang satu kenyataan seorang individu di FB berkaitan Kebakaran hutan di Tangkarason dan beberapa buah Kampung sekitarnya terjejas oleh kebakaran hutan tersebut baru-baru ini. "Sejurus berlakunya kebakaran hutan tersebut pihak Pejabat Daerah Kecil Paitan dan UPPM DUN N.48 Sugut sudah bertindak seperti membuat laporan kepada pihak berwajib iaitu Polis, BOMBA dan SKN. Selain itu YBhg Tuan Jalil PPM, YBhg Tuan Joe Majambu ADO Paitan, YBhg Tuan Kamri Ketua Daerah Paitan, Tuan Justinus Ketua Pergerakan Pemuda PGRS Bahagian N.48 Sugut merangkap SUPA KPMKR, Tuan Ali Said Pemaju Mukim bagi mukim Tangkarason dan beberapa lagi rombongan mereka telah memantau ke kawasan Kampung terjejas kebakaran hutan seterusnya menyampaikan sumbangan peribadi daripada YB Datuk James Ratib dan sumbangan daripada pihak-pihak tertentu berupa wang, meneral Water, makanan dan sebagainya kepada anggota BOMBA dan penduduk kampung. Pengerusi JKKK di Kampung-Kampung terjejas kebakaran hutan itu juga telah melakukan tindakan meyekat api bersama penduduk kampung masing-masing. Puan Rinah Doing yang juga selaku Pengerusi Penyelaras Anggota BOMBA Sungai-Sungai Sugut telah memantau ke kawasan kebakaran hutan di Tangkarason dan menyampaikan sumbangan peribadi beliau berupa meneral water kepada anggota BOMBA dan menyampaikan sumbangan peribadi YBhg Datuk Redonah Ketua Pergerakan Wanita PGRS Sabah berupa wang untuk keperluan anggota BOMBA. Puan Tirusah Minsu WKAN N.48 Sugut, Puan Azlinah Belun Pengerusi JKKK dan Puan Rimah Doing Setiausaha JKKK Kg Sungai-Sungai Sugut, Tuan Jalil Bakrin suami Puan Rimah dan tuan Ahada suami Puan Azlinah diantara rombongan Puan Rinah ke Tangkarason. Menyentuh tentang kenyataan seorang individu di FB kononnya usaha memohon bantuan helikopter pemadam api dilakukan oleh si bossnya itu adalah satu PEMBOHONGAN yang ketara kepada Rakyat Sugut juga kepada Rakyat Beluran amnya. Memang dasar si bossnya itu PAKAR CLAIM PAKAR CIPLAK usaha orang lain dari dulu sampai sekarang, kita tau itu..😁. Usaha memohon bantuan helikopter pemadam api itu adalah usaha Kerajaan melalui usaha YB Datuk James Ratib bersama pihak Pejabat Daerah Kecil Paitan dan UPPM DUN N.48 Sugut. Waktu bangunan Klinik Kesihatan Tangkarason terbakar beberapa bulan yang lepas dimana si boss individu itu berada dan apa yang si bossnya telah sumbangkan..?. Yang jelas batang hidung si bossnya tiada kenampakan. Saya dan bagi pihak UPPM DUN N.48 Sugut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diatas usaha Kerajaan, YB Datuk James Ratib, YBhg Tuan Joe, YBhg Tuan Jalil, YBhg Tuan Kamri, Tuan Justinus, Tuan Ali Said, YBhg Datuk Redonah, Puan Rinah, Pengerusi-Pengerusi JKKK Kampung terjejas kebakaran hutan, BOMBA, APAM Paitan dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyekat api kebakaran hutan dan membantu penduduk Kampung terjejas kebakaran hutan tersebut di Tangkarason".. kata Tuan CDO.
Sewaktu p**ang Tuan CDO bersama rombongannya singgah membeli di pasar ikan Paitan sambil beramah mesra dengan Peniaga jual ikan di sana.