19/07/2026
Minda Presiden PAS
POLITIK KEWAJIPAN DARIPADA ALLAH, BUKAN LAKONAN ATAU PERMAINAN
Di Malaysia, Melayu Islam wajib memimpin kerana mereka mendominasi penganut Islam.
Kewujudan bangsa ialah sifat tabii ciptaan Allah bagi menguji manusia. Tolak kump**an luar tabii Melayu yang bersama DAP, iaitu kump**an sekular fanatik dan cauvinis ekstrem yang menjadi ancaman kepada Islam dan bangsa Melayu. Bukan kerana fanatik perkauman, tetapi kerana Islam mewajibkan berlaku adil kepada semua manusia.
Kump**an Pakatan Harapan (PH) tidak berlaku adil dalam menunaikan amanah selepas merampas kerajaan secara menipu dan menggunakan helah yang tidak demokratik melalui rasuah dan ugutan. Mereka juga mengambil tindakan yang salah dan zalim dalam politik, pentadbiran, kehakiman, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, serta bertindak secara terpilih terhadap rasuah dan lain-lain.
Selain itu, diberikan peruntukan yang berbeza antara pihak kerajaan dengan pembangkang, peruntukan untuk Sarawak dan Sabah terhadap bumiputera. Semua ini bersifat langkah politik yang membahayakan kedaulatan Melayu dan Islam, meminggirkan bahasa kebangsaan dalam pelajaran, pendidikan dan pentadbiran.
PH berslogankan madani yang kiblat solatnya ke arah Baitullah (Rumah Allah) di Makkah, adapun kiblat politik dan ekonominya ke arah White House (Rumah Putih) di Washington. Mereka juga berkonsepkan Islam sekularisme dan liberalisme berpandukan kaedah politik Barat:
“The end justifies the means.”
“Matlamat menghalalkan cara.”
Allah memberi amaran kepada mereka yang jahil murakkab (jahil yang tidak sedar dirinya jahil) yang menyesatkan orang lain dengan ucapan dan tulisannya termasuk media yang membantunya.
PAS mengajak kepada perubahan berteladankan Rasulullah SAW serta berasaskan kekuatan perpaduan Islam Arab dan bukan Islam yang tidak ekstrem. Hal ini dilaksanakan melalui umat Melayu Islam bersama bumiputera dan bukan Islam bukan dalam kalangan Melayu yang tidak ekstrem.
Dahulukan PAS bersama UMNO, Barisan Nasional (BN), kump**an Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem seperti MCA, MIC, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) dan lain-lain, diikuti oleh Sarawak dan Sabah bagi menyelamatkan Malaysia yang tercinta ini.
Baca selanjutnya:
https://www.facebook.com/share/p/18qShQV3DE/?mibextid=wwXIfr