Balai Bomba Dan Penyelamat Bentong

Balai Bomba Dan Penyelamat Bentong BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BENTONG
JALAN KETARI 28700 BENTONG PAHANG DARUL MAKMUR
(09-2224444)

Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), khususnya warga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, merakamkan...
15/08/2026

Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), khususnya warga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAS Dato’ Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (TKPP) atas segala jasa, bakti, kepimpinan, tunjuk ajar serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan bersama Jabatan.

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSalam ...
13/08/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia,Berprestasi Tinggi,Cepat dan Mesra.

Salam Malaysia Madani

13 Ogos 2026 (Khamis)

TEST CALL DARIPADA BAHAGIAN OPERASI JBPM PAHANG

Pada hari ini telah berlangsung test call daripada PgB Al Hafizi bin Hussin, Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang.

Antara perkara yang dilaksanakan dalam test call tersebut adalah latihan kawad tangga yang telah dijalankan oleh Pasukan Bersih BBP Bentong bertempat di Perpustakaan Bentong.

Selain itu, turut dilaksanakan pengujian alat pernafasan kepada anggota bagi memastikan tahap kesiapsiagaan, kecekapan serta penguasaan anggota dalam penggunaan peralatan tersebut sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSalam ...
13/08/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia,Berprestasi Tinggi,Cepat dan Mesra.

Salam Malaysia Madani

PENUBUHAN BOMBA KOMUNITI JANDA BAIK

13 Ogos 2026 | Janda Baik, Bentong

Satu perjumpaan telah diadakan antara Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bersama Tok Empat Janda Baik bagi membincangkan cadangan penubuhan Bomba Komuniti Janda Baik. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara JBPM dan komuniti setempat dalam aspek keselamatan kebakaran, kesiapsiagaan kecemasan serta tindakan awal sebelum ketibaan pasukan bomba. Penubuhan Bomba Komuniti ini diharap dapat meningkatkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan penduduk Janda Baik.

SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRASALAM MALAYSIA MADANITAHNIAH KADET BOMBA ...
06/08/2026

SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI

TAHNIAH KADET BOMBA DAERAH BENTONG

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen Kadet Bomba Daerah Bentong atas pencapaian yang membanggakan dalam Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri Pahang.
Hasil daripada semangat juang, disiplin, kerjasama berpasukan serta komitmen yang tinggi, kontinjen Kadet Bomba Daerah Bentong telah berjaya mencatatkan keputusan berikut:
Penyertaan Kawad Kaki – Tempat Ke-4
ASPEC Challenge – Naib Johan
Kawad Operasi Kering – Naib Johan
Kawad Operasi Basah – Tempat Ke-3
Ikatan dan Simpulan – Tempat Ke-4

Pencapaian ini membuktikan kesungguhan, dedikasi serta usaha gigih setiap peserta, jurulatih dan semua pihak yang terlibat sepanjang persediaan dan pertandingan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan serta mengharumkan nama Daerah Bentong dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Tahniah & Syabas! Teruskan kecemerlangan, jayakan misi demi agama, bangsa dan negara.

‎بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُSALA...
04/08/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI

Tarikh: 04 Ogos 2026 (Selasa)

Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Tapak Projek Menaik Taraf Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong telah diadakan yang dipengerusikan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Turut hadir ialah YS Dato’ Mohd Razam bin Taja Rahim, Pengarah JBPM Negeri Pahang, serta YS TPjB Datuk Ts. Nazili bin Haji Mahmood, Pengarah Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan dan Logistik JBPM, bersama wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak kontraktor yang telah dilantik bagi membincangkan penyelarasan serta kemajuan pelaksanaan projek menaik taraf BBP Bentong.

Selain menghadiri mesyuarat dan lawatan tapak projek, YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohamad turut berkesempatan mengadakan lawatan ke balai sementara BBP Bentong bagi meninjau keadaan operasi serta kemudahan yang digunakan sepanjang tempoh pelaksanaan projek menaik taraf balai.





‎بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُSALA...
03/08/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI

Tarikh: 03 Ogos 2026 (Isnin)

Khidmat Khas: Pokok Tumbang Menghempap Kenderaan

Balai Bomba dan Penyelamat Bentong telah menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 khidmat khas melibatkan kejadian pokok tumbang yang menghempap sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Lama Genting Sempah menghala ke Janda Baik.

Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati sebatang pokok besar telah menghempap kenderaan berkenaan. Kejadian tersebut mengakibatkan empat mangsa disahkan meninggal dunia, manakala seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan.

Pasukan bomba bertindak memotong pokok menggunakan gergaji berantai dengan bantuan jengkaut serta agensi-agensi berkaitan sebelum mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat hidraulik. Semua mangsa berjaya dikeluarkan, disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.





‎بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُSALA...
03/08/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI

Tarikh: 03 Ogos 2026 (Isnin)

Aktiviti: Kawad Operasi 3A dan Teknik Penggunaan Nozel

Latihan Kawad Operasi 3A dan Teknik Penggunaan Nozel telah dijalankan oleh Pasukan Cekap Balai Bomba dan Penyelamat Bentong sebagai usaha memperkukuhkan tahap kecekapan, kemahiran serta keseragaman dalam pengendalian operasi pemadaman kebakaran.

Latihan ini memberi penekanan kepada teknik penggunaan nozel yang betul, kawalan aliran air, komunikasi berpasukan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan setiap anggota sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.





‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSalam ...
02/08/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Salam Malaysia Madani.

Tarikh : 02/08/2026 (Ahad)
Pasukan: Amanah
Tempat: Tanah Perkuburan Cina Chamang, Bentong

Jenis Aktiviti:
(PRAKTIKAL EMERGENCY DECONTAMINATION)
Air basuhan dan pakaian yang tercemar tidak boleh dibiarkan mengalir sewenang-wenangnya kerana boleh mencemarkan alam sekitar. Sisa ini mesti dikumpul menggunakan kolam takungan mudah alih dan dilupuskan mengikut garis panduan sisa berbahaya (HAZMAT).

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada para pegawai yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempe...
01/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada para pegawai yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Semoga pengurniaan yang amat bermakna ini menjadi pengiktirafan atas jasa, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah serta terus menjadi inspirasi untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada:
Warga Balai Bomba dan Penyelamat Bentong

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSalam ...
01/08/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Salam Malaysia Madani.

YS Dato, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Balai.

Sabtu (01/08/2026)

KETIPAN TERAKHIR

PBK II (TBK I) 8734 Ahmad Fadzil bin Idris telah menamatkan perkhidmatan dan bersara wajib pada 1 Ogos 2026 selepas 28 tahun berkhidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Seluruh warga Balai Bomba dan Penyelamat Bentong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas segala jasa, bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang 16 tahun berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Bentong.

Selamat Bersara. Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung.

Sekian untuk makluman semua

Address

Bentong
28700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share