JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pahang Barat

JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pahang Barat page Rasmi JKR Cawangan Kejuretaraan Mekanikal Pahang Barat, Bentong

**MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT**Telah diadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di pejabat seb...
30/07/2026

**MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT**

Telah diadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di pejabat sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah SWT.

Majlis ini diadakan bersempena dengan:

1. Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
2. Mendoakan keselamatan, kesejahteraan, kesihatan dan keberkatan buat seluruh warga Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pahang Barat (CKMPB), serta ahli keluarga dan saudara-mara.
3. Mendoakan keselamatan semua peserta konvoi/rider CKMPB yang akan menyertai Program RXZ Members 2026 agar dikurniakan perjalanan yang selamat, dipermudahkan segala urusan serta kembali ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Semoga majlis yang diadakan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga CKMPB. Aamiin.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SejahteraNOTIS SEBUTHARGA:No. Sebut Harga: JKR/CKMPB/09/KP/2026/02PERKHIDMATAN KAWALAN ...
20/07/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
NOTIS SEBUTHARGA:
No. Sebut Harga: JKR/CKMPB/09/KP/2026/02
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI JABATAN KERJA RAYA CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL PAHANG BARAT , BENTONG PAHANG DARUL MAKMUR BAGI TEMPOH 24 BULAN (TAHUN 2026-2028)
Sila rujuk iklan sebutharga untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
JKR Negeri Pahang
Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang

07/04/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

NOTIS SEBUTHARGA

NO.SEBUTHARGA : JKR/CKMNP/05/M01/2026/14

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN, PENGGANTIAN DAN PEMBAIKAN KOMPONEN SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS BERPUSAT DAN BERASINGAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN PERPUSTAKAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG

GRED : G3
KATAGORI : ME
PENGKHUSUSAN : M01

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 20/04/2026 (ISNIN)
TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 TENGAHARI

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SejahteraNOTIS SEBUTHARGA:No. Sebut Harga: JKR/CKMPB/09/BP/2026/01PEKHIDMATAN PEMBERSIH...
03/03/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
NOTIS SEBUTHARGA:
No. Sebut Harga: JKR/CKMPB/09/BP/2026/01
PEKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN DI JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL PAHANG BARAT, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR BAGI TEMPOH 24 BULAN (TAHUN 2026-2028)
Sila rujuk iklan sebutharga untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang
JKR Negeri Pahang

📌PROGRAM FIT & FITRAH RAMADAN 1447HJKR CKM PAHANG BARAT (CKMPB)📌Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan 1447H yang penu...
24/02/2026

📌PROGRAM FIT & FITRAH RAMADAN 1447H
JKR CKM PAHANG BARAT (CKMPB)📌

Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan 1447H yang penuh keberkatan, JKR CKM Pahang Barat (CKMPB) sedang menganjurkan Program “Fit & Fitrah” yang melibatkan penyertaan seluruh warga CKMPB.

Program ini diadakan sebagai inisiatif mengimarahkan bulan Ramadan dengan pendekatan yang seimbang antara penjagaan kesihatan fizikal dan peningkatan amalan kerohanian. Melalui program ini, peserta digalakkan memanfaatkan ibadah puasa sebagai ruang untuk meningkatkan disiplin diri, menurunkan berat badan secara sihat (Fit) serta memperbanyakkan amalan ibadah (Fitrah).

🗂Komponen Program

🧘‍♂️1. FIT
Peserta akan menjalani sesi timbang berat badan seperti ketetapan berikut:

Timbang Mula: 23 Februari 2026 (Isnin)

Timbang Akhir: 30 Mac 2026 (Isnin)

Penentuan pemenang adalah berdasarkan peratus penurunan berat badan tertinggi sepanjang tempoh program.

🫁2. FITRAH
Peserta dikehendaki merekodkan aktiviti ibadah harian dalam log peribadi (sulit).

Tempoh Pelaksanaan: 5 Ramadan hingga akhir Ramadan 1447H

Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah markah tertinggi daripada senarai semak amalan yang telah ditetapkan oleh pihak urus setia.

Adalah diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat yang menyeluruh kepada para peserta, seterusnya membantu warga CKMPB menghayati Ramadan sebagai bulan tarbiah, disiplin dan transformasi diri.

Semoga usaha ini menjadi asbab kepada peningkatan kesihatan, produktiviti serta keberkatan dalam menjalankan amanah perkhidmatan.

📖PROGRAM PERKONGSIAN ILMU CKM PAHANG BARAT📖Alhamdulillah, Program Perkongsian Ilmu telah berlangsung dengan jayanya di D...
06/02/2026

📖PROGRAM PERKONGSIAN ILMU CKM PAHANG BARAT📖

Alhamdulillah, Program Perkongsian Ilmu telah berlangsung dengan jayanya di Dewan CKMPB pada 6 Februari 2026 (Jumaat) dengan kehadiran warga CKMPB.

Program pagi ini dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin, Surah Al-Kahfi serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sebagai pembuka majlis dan doa agar segala urusan serta tugasan harian dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh JMD CKMPB, dengan berpandukan potongan video ceramah oleh Dato’ Ustaz Shamsuri bin Ahmad yang menyentuh tentang nikmat-nikmat Allah SWT kepada seluruh manusia di muka bumi. Tazkirah ini mengajak para peserta untuk merenung kembali betapa besarnya nikmat perlindungan dan teduhan yang dikurniakan Allah, sebagaimana yang disebut dalam Surah An-Nahl ayat 81, serta Hadith Nabi Muhammad SAW riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA mengenai tujuh golongan manusia yang akan mendapat nikmat teduhan Allah SWT di akhirat kelak.

Tujuh golongan tersebut ialah:

1. Pemimpin yang adil

2. Pemuda dan pemudi yang membesar dalam suasana ibadah kepada Allah

3. Individu yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid

4. Dua sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, bersatu dan berpisah kerana-Nya

5. Lelaki yang menolak godaan wanita kerana takutkan Allah

6. Individu yang bersedekah dengan penuh keikhlasan sehingga tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan

7. Individu yang mengingati dosa-dosanya lalu menangis kerana takutkan Allah

Bagi menambahkan kefahaman dan menghidupkan suasana, program diteruskan dengan kuiz interaktif berkaitan tazkirah yang telah disampaikan. Pemenang kuiz bagi sesi ini ialah En. Fahyadh, En. Anuarul, En. Amir dan En. Hasri.

Semoga program seperti ini dapat terus menjadi medium untuk menyuburkan nilai keinsafan, menguatkan keimanan, serta membentuk warga jabatan yang seimbang antara tanggungjawab kerjaya dan kekuatan rohani.

Alhamdulillah, aktiviti pagi Jumaat di Pejabat CKM Pahang Barat telah dimulakan dengan pengisian rohani melalui bacaan S...
30/01/2026

Alhamdulillah, aktiviti pagi Jumaat di Pejabat CKM Pahang Barat telah dimulakan dengan pengisian rohani melalui bacaan Surah Yaasin, Surah Al-Kahfi serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Program ini diadakan bagi menyuburkan suasana kerja yang tenang, diberkati dan berlandaskan nilai kerohanian.

Program diteruskan dengan sesi _Coffee Talk_ Pejabat yang disampaikan oleh En. Zambri bin Zainuddin. Sesi ini berlangsung dalam suasana santai namun penuh pengisian bermakna, memberi ruang kepada warga pejabat untuk merenung dan memperbaiki diri.

Antara intipati utama yang diketengahkan ialah kepentingan doa serta redha ibu bapa dalam kehidupan dan kerjaya. Redha ibu bapa menjadi kunci keberkatan rezeki, ketenangan jiwa dan kemudahan urusan. Setinggi mana pun pencapaian seseorang, tanpa redha mereka, keberkatan hidup akan terasa sempit dan tidak menenangkan.

Program pagi ini diteruskan dengan taklimat oleh Setiausaha Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Pejabat CKM Pahang Barat. Taklimat ini memberi pendedahan berkaitan kaji selidik ergonomik di tempat kerja bagi mengelakkan kecederaan dan masalah kesihatan jangka panjang.

Semoga pengisian rohani, perkongsian ilmu serta kesedaran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Pejabat CKMPB, seterusnya meningkatkan kesejahteraan, produktiviti dan keharmonian di tempat kerja. 🌿

11/01/2026

Address

Kampung Baru
Bentong
2870

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pahang Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share