DAP Pahang

DAP Pahang Halaman Rasmi - Democratic Action Party (DAP) Negeri Pahang 彭亨州民主行动党官方脸书

15/08/2026
14/08/2026

彭亨州行政议员梁耀雯同志,协同其直凉州议员办事处与百乐县 5 个新村村委会联合主办的“凉爽欢乐跑和市集”圆满成功!

社区营造需要大家共同参与。这次活动打破新村界限,把村民与在地店家紧密连结在一起,展现了百乐县强烈的凝聚力与社区生命力。

07/08/2026
06/08/2026
05/08/2026

KENYATAAN MEDIA YANG BERHORMAT YOUNG SYEFURA OTHMAN
AHLI PARLIMEN BENTONG
4 Ogos 2026

INSIDEN POKOK TUMBANG LALUAN FT68 GENTING SEMPAH – BUKIT TINGGI: PENILAIAN RISIKO POKOK MATANG PERLU DITINGKATKAN DEMI KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA.

Saya menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tragis pokok tumbang di laluan FT68 (Jalan Lama Bentong – Kuala Lumpur) berhampiran Genting Sempah – Bukit Tinggi semalam. Doa saya agar seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan, dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Saya juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bentong, IPD Bentong dan semua pihak yang bertindak pantas di lokasi kejadian bagi mengendalikan operasi menyelamat dan pembersihan laluan dengan berdedikasi.

Laluan FT68 merupakan nadi perhubungan yang amat berharga bagi Daerah Bentong. Ia bukan sahaja menyambungkan kawasan pelancongan utama seperti Kampung Janda Baik dan Bukit Tinggi, malah bertindak sebagai laluan alternatif kritikal setiap kali berlaku kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KL-Karak).

Disebabkan faktor geografi laluan ini yang dikelilingi kawasan berbukit dan pokok-pokok matang, isu kestabilan cerun serta risiko pokok tumbang sentiasa menjadi keutamaan yang dibincangkan bersama dari semasa ke semasa, termasuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Bentong. Kita juga wajar mengambil pengajaran daripada insiden tanah runtuh dan pokok tumbang di tapak perkhemahan sebelum ini sebagai peringatan penting tentang kepentingan pengurusan risiko alam sekitar yang teratur.

Insiden semalam menegaskan lagi keperluan untuk kita memperkukuhkan langkah pencegahan sedia ada secara lebih menyeluruh. Justeru, saya menyokong penuh pandangan positif daripada pelbagai pihak, termasuk Persatuan Pengamal ESH Pahang (PESHA), untuk menambah baik aspek pengurusan keselamatan laluan ini.

Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan pihak konsesi penyelenggaraan harus mempertingkatkan kerjasama dengan pihak serta pakar bertauliah. Penilaian teknikal berkala terhadap kesihatan pokok, kestabilan akar, dan struktur tanah dapat memandu tindakan pemangkasan atau rawatan pokok secara lebih komprehensif serta menyesuaikan kaedah pengurusan aset jalan raya supaya skop penyelenggaraan berkala merangkumi pemantauan vegetasi matang dan cerun (geoteknikal), terutamanya sebagai persediaan menghadapi fenomena cuaca ekstrem dan musim hujan.

Saya juga menyeru pemegang taruh di kawasan tumpuan pelancongan dan pihak berkepentingan tempatan untuk bersama-sama menyumbang maklumat awal berhubung pokok berisiko di kawasan sekitar demi tindakan awal pihak berkuasa.

Pihak saya akan terus membawa perkara ini ke peringkat kementerian serta menyusuli pelaksanaan tindakan pemantauan ini di dalam Mesyuarat JTPD Bentong yang akan datang. Fokus utama kita adalah untuk bekerjasama rapat dengan semua agensi teknikal demi memastikan keselamatan penduduk tempatan serta para pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Semoga usaha bersama ini dapat meminimumkan risiko kejadian berulang dan memelihara keselamatan serta kesejahteraan persekitaran di Daerah Bentong.

Kedit gambar Sinar Harian.

Address

Tingkat 1, No. 22, Jalan Chui Yin
Bentong
28700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DAP Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share