06/08/2026
Taklimat Permohonan Lanjutan Tempoh Pajakan Tanah Kampung Baru di Kemansur
Baru-baru ini, kami telah menjemput pegawai daripada Pejabat Tanah untuk mengadakan sesi penerangan mengenai Permohonan Lanjutan Tempoh Pajakan Tanah Kampung Baru kepada penduduk Kampung Baru Kemansur.
Dalam sesi tersebut, Pegawai Pejabat Tanah, Encik Firdaus, telah menerangkan secara terperinci prosedur permohonan, dokumen yang diperlukan serta kadar bayaran rasmi yang perlu dijelaskan kepada Pejabat Tanah. Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mendapatkan dan menyimpan resit atau slip pembayaran sebagai bukti bagi setiap urusan yang dilakukan.
Saya turut menasihatkan para penduduk supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan individu yang menawarkan khidmat sebagai runner dengan janji bahawa semua urusan boleh diselesaikan hanya dengan satu bayaran. Pastikan setiap urusan dibuat melalui saluran yang betul dan jangan sesekali menyerahkan wang tanpa mendapatkan resit rasmi. Semoga sesi penerangan ini dapat membantu penduduk memahami proses sebenar serta mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.