KAMPUNG CHEMOMOI

KAMPUNG CHEMOMOI Kampung Chemomoi کامڤوڠ چموموي dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai Daerah Bentong Pahang DM

31/08/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵 🇲🇾

Tanggal 31 Ogos bukan sekadar catatan sejarah, tetapi lambang perjuangan, pengorbanan dan semangat rakyat yang bersatu demi sebuah negara bernama Malaysia. Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah amanah yang perlu terus dipelihara, dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Semoga semangat Merdeka terus menyatukan kita tanpa mengira latar belakang, demi Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera. Bersama-sama kita teguh mempertahankan perpaduan dan menyemarakkan cinta kepada tanah air tercinta. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚𝟭𝘀𝘁
𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚
𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝘿𝙞𝙙𝙖𝙝𝙪𝙡𝙪𝙠𝙖𝙣, 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙠𝙢𝙪𝙧𝙖𝙣 𝘿𝙞𝙥𝙚𝙧𝙩𝙖𝙝𝙖𝙣𝙠𝙖𝙣.
𝟯𝟭 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

31/08/2026
27/08/2026

Gempa bumi lemah telah berlaku di Temenggor, Gerik, Perak pada jam 12:06 pagi, 28 Ogos 2026

Koordinat : 5.5° Utara dan 101.3° Timur
Magnitud : 3.4
Jarak : 9km Timur Laut dari Hulu Perak,Perak
Kedalaman : 10 km

Gegaran dirasai di sekitar kawasan Gerik, Perak, Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan ini
https://forms.gle/BsgrF3Cc8p11iZ277


.met.gov.my

26/08/2026
🌙 JEMPUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan penuh rasa syukur dan ...
24/08/2026

🌙 JEMPUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🌙
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan penuh rasa syukur dan hormat, kami menjemput seluruh penduduk Kampung Chemomoi serta masyarakat setempat untuk hadir memeriahkan Himpunan Selawat dan Tazkirah Sempena Maulidur Rasul.
🗓 Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
🕝 Masa: 2.30 petang
📍 Tempat: Masjid Al-Hidayah, Kg Chemomoi
🎙 Selawat dan tazkirah disampaikan oleh:
Imam Nasrul Akmal bin Abdul Halim
🍽 Jamuan: Potluck
👔 Tema Pakaian: N**e / Coklat Cair
Marilah kita bersama-sama menghidupkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menimba ilmu dalam majlis yang penuh keberkatan ini.
Kehadiran Tuan/Puan sekeluarga amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan dan menyerikan majlis.
"Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad." 🤲

24/08/2026

Soal Selidik Belanjawan Negeri Pahang Darul Makmur 2027

Kerajaan Negeri Pahang akan terus memperkukuh agenda pembangunan negeri dengan memastikan setiap dasar, perancangan dan peruntukan yang dirangka memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi negeri secara berterusan.

Berteraskan aspirasi Pahang 1st, Kerajaan Negeri akan memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkukuh daya saing ekonomi, memperkasa modal insan serta memastikan pembangunan yang dilaksanakan dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh.

Saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa kekuatan sesebuah kerajaan bukan hanya diukur melalui pencapaian ekonomi dan pembangunan fizikal, tetapi sejauh mana hasil dan manfaat daripada kemajuan tersebut dapat dirasai oleh rakyat.

Justeru, Belanjawan Negeri Pahang Darul Makmur 2027 akan dirangka dengan mengambil kira keperluan semasa, cabaran yang dihadapi serta aspirasi rakyat di seluruh negeri, selaras dengan prinsip Pahang 1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan

Saya mengalu-alukan pandangan, cadangan dan idea daripada seluruh rakyat Pahang untuk dipertimbangkan dalam penyediaan Belanjawan Negeri Pahang 2027. Suara rakyat amat penting bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat benar-benar bersasar, berimpak dan memberi nilai tambah kepada kehidupan rakyat.

Melalui portal ini, selain membuktikan Kerajaan Negeri cakna dengan suara rakyat, keterlibatan masyarakat umum dalam penyediaan Belanjawan 2024 juga adalah lebih menyeluruh, dan setiap rakyat dapat menyumbang idea dan buah fikiran dalam memastikan Pahang terus makmur.

Sehubungan itu, saya menyeru seluruh rakyat Pahang untuk bersama-sama memberikan pandangan dan cadangan melalui soal selidik Belanjawan Negeri Pahang Darul Makmur 2027 di pautan berikut:
https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=744

23/08/2026

Tok Wan ingin merakamkan ucapan Tahniah & Terima Kasih kepada semua anak-anak Pahang.

Hampir 2,000 pasukan telah menyertai Liga Fantasy EPL Pahang 1st musim 2026/2027.

Penyertaan adalah percuma. Masih dibuka hingga GW4, Scan QR Code untuk sertai.

Terima kasih semua 👍


12/08/2026
12/08/2026
11/08/2026

🐘 SELAMAT HARI GAJAH SEDUNIA 2026🌿

Ayuh bersama menghargai, melindungi dan memelihara gajah demi kelangsungan generasi akan datang. 💚

12 Ogos 2026 | World Elephant Day

Address

Kampung Chemomoi
Bentong
28740

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAMPUNG CHEMOMOI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KAMPUNG CHEMOMOI:

Shortcuts

Share