12/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐๐
BENTONG โ Kerajaan Negeri Pahang amat prihatin terhadap insiden tragis yang melibatkan kejadian pokok tumbang di Jalan Lama Gombak - Bentong berhampiran Genting Sempah pada 3 Ogos 2026 yang lalu, di mana sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor telah dihempap dan mengakibatkan kematian empat orang individu.
Satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau persekitaran kawasan kemalangan, mengenal pasti punca kejadian, serta membincangkan langkah-langkah komprehensif bagi meningkatkan tahap keselamatan para pengguna di sepanjang laluan berkenaan.
Lawatan tersebut telah dihadiri oleh barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang:
YB Datoโ Sri Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang
YB Dato' Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang
YB Dato' Ir. Razali bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang
Turut hadir bersama di lokasi kejadian:
YH. Dato' Haji Rose Samsul bin Abdul Razak, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong
YH. Datoโ Khairun Nissa binti Aris, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Kerajaan Negeri Pahang
Tuan Ariffin bin Mohamed Ismail, Jurutera Daerah Bentong
Encik Norden bin Zakaria, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan
Wakil-wakil Pegawai daripada Pejabat Daerah dan Tanah Bentong serta agensi-agensi teknikal dan keselamatan yang terlibat.
Kerajaan Negeri Pahang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan. Tindakan susulan dan kawalan keselamatan akan terus dipertingkatkan demi menjamin keselamatan komuniti dan pengguna jalan raya.
๐ฉ๐๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐
๐๐ ๐ฌ๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐, ๐ฏ๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐